Saturday, October 30, 2021

Jom terbang bersama Firefly

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sudah lama rasanya tidak menaiki kapal terbang untuk melancong sejak pandemik menimpa dunia. Rasa rindu dengan suasana lapangan terbang, rindu kejar penerbangan, rindu menunggu untuk kutip bagasi dan rindu melihat senyuman manis para pramugari yang cantik. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menbus kerinduan itu setelah pihak kerajaan membenarkan pelancongan domestik kepada rakyat. Ikuti butirannya !


Setelah hampir dua tahun lamanya, akhirnya rakyat jelata boleh menggunakan perkhidmatan kapal terbang semula untuk melancong ke destinasi-destinasi sekitar Malaysia. Sebaik sahaja kebenaran itu diumumkan, ramai mula merancang percutian mereka bersama keluarga dan sahabat handai. Aku juga tidak ketinggalan. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk bercuti di Langkawi dan percutian aku ke Langkawi kali ini, aku menggunakan perkhidmatan penerbangan kos rendah Firefly Airline.



Ini merupakan kali pertama aku menggunakan perkhidmatan mereka dan aku cukup berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan oleh mereka dari mula membeli tiket, sehinggalah waktu untuk terbang. Semuanya Alhamdulillah dipermudahkan dan lancar.




Proses untuk check-in bagasi dan mendapatkan tiket sangat mudah dan pantas. Sangat tidak membebankan dan tidak perlu beratur lama. Proses sangat lancar dan krew mereka sangat peramah. Apa sahaja persoalan yang diajukan, mereka akan menjawab dan menerangkan dengan secara terperinci. Maklumlah, bercuti dalam musim pandemik nie, banyak peraturan dan langkah-langkah baharu yang perlu diikuti pelanggan. Kadang, tak semua pelanggan cakna akan peraturan-peraturan baharu itu.




Walaupun Firefly Airlines merupakan penerbangan kos rendah, namun in service flight mereka sangat memuaskan. Mereka ada menyediakan kudap-kudapan untuk penumpang secara percuma. Bolehlah isi perut sementara menunggu masa untuk mendarat. Flight kami hanya berdurasikan 1 jam 15 minit dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Langkawi. Tahu-tahu je dah sampai. Rasa sekejap sangat. 




Penumpang juga boleh membeli merchandise Firefly Airlines ketika berada di dalam kapal. Para pramugari akan menawarkan ketika berada di dalam penerbangan. Sekiranya berminat, boleh terus buat pembayaran pada mereka. Comel-comel merchandise dari Firefly.


Secara keseluruhan, aku memang cukup berpuas hati dengan servis dan perkhidmatan dari Firefly Airlines. Bolehlah lepas nie aku terus menggunakan perkhidmatan mereka. Terima kasih Firefly kerana menerbangkan saya pergi dan balik dengan selamat. Tak sabar nak berkongsi cerita percutian aku ke Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam dalam blog. Nantikan entri-entri Langkawi yang bakal menyusul okay. Stay tuned !


5 comments:

  1. Dah pernah terbang bersama Firefly dah sebelum ni. Memang puas hati sangat. Rindunya nak naik lagi

    ReplyDelete
  2. Meriah ye. Nie sebijik MasWings kat Sarawak kalau nak balik kampung I. Tapi I sejenis ngeri naik flight, besar ke kecil ke hehehe

    ReplyDelete
  3. Yeah! Firefly is a good flight service especially for cuti cuti Malaysia, can't wait to resume interstate travelling then with them. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. I miss flying so much! Haven't been to firefly before. it is time to book my ticket haha

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya naik firefly. Suka tgok uniform crew dia. Cantik sgt. Nanti boleh la plan dgn family naik firefly juga. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...