Monday, October 4, 2021

Sudio T2 peranti telinga tanpa wayar baharu dari SUDIO

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudio mengeluarkan satu lagi peranti fon telinga tanpa wayar baharu yang diberi nama Sudio T2. Sudio T2 sudah mula dilancarkan bermula September yang lalu dan bakal masuk ke pasaran Malaysia bermula 8 Oktober ini. Buat peminat muzik dan penggemar aktiviti lasak di luar sana, anda patut dapatkan Sudio T2 ini. Kenapa ? Ikuti butirannya.


Peranti fon telinga tanpa wayar yang selesa
Antara ciri yang paling dititikberatkan mestilah keselesaan sesuatu peranti itu. Sudio T2 memang cukup selesa kerana bentuknya yang lembut tanpa tepi sudut. Sangat ergonomik dan selesa apabila diletakkan di telinga. Bahagian hujung telinganya juga cukup selesa kerana pihak Sudio ingin memastikan setiap pengguna selesa untuk memakai peranti ini untuk jangka masa yang panjang. Secara peribadinya, aku menggunakan peranti fon telinga tanpa wayar Sudio T2 ini berjam-jam namun ia tidak memberikan rasa sakit atau kurang selesa seperti peranti fon telinga tanpa wayar jenama lain.


Audio yang dihasilkan sangat mantap
It's all about that bass. Peranti fon telinga tanpa wayar Sudio T2 ini menghasilkan bunyi yang tajam, bersih dan mantap. Untuk mereka yang menggemarkan bunyi yang kuat dan rasa "tenggelam" apabila mendengar sesuatu lagu, Sudio T2 adalah untuk anda. Kira kau pasang je masuk telinga, kau berada dalam dunia yang lain. Bunyi bising keliling semua tak dengar. Itu yang aku suka Sudio T2 nie, noise cancellation teknologi dia betul-betul berjaya. Pasang lagu kuat-kuat yang head banging atau muzik berkonsepkan kelab malam, memang boleh hilang pedoman.  

Teknologi "Beamforming"
Menggunakan Sudio T2 untuk bekerja dari rumah juga boleh digunakan kerana teknologi mikrofon yang ditingkatkan dan mikrofon "Beamforming" yang melihat susunan mikrofon di setiap peranti telinga tanpa wayar. Satu menunjuk ke arah luar sementara yang lain ditujukan ke mulut pengguna. Secara serentak ia menangkap suara dan suara sekitar sebelum algoritma pemprosesan isyarat dalaman memproses bunyi untuk mengurangkan bunyi persekitaran bagi memastikan kejelasan suara. Kedengaran agak berteknologi di situ. Korang faham ke idakk ?

Warna pilihan yang menarik
Warna pilihan untuk Sudio T2 sangat-sangat cantik kerana semuanya berwarna matte. Ia sekaligus tampak elegan dan mahal. Dan untuk keluaran Sudio T2 ini, Sudio memperkenalkan satu warna baharu iaitu warna Jade. Warna baby green yang sangat lembut dan tampak mewah. Warna Jade memang sumpah cantik sangat ! Kena tempat cepat-cepat sebab takut warna nie out of stock. Paling laris ya. 


Kawalan sentuh Sudio T2
  • Klik pada mana-mana peranti untuk mainkan muzik atau menjawab panggilan
  • 2 kali klik pada peranti belah kiri untuk memainkan lagu sebelumnya.
  • 2 kali klik pada peranti belah kanan untuk memaikan lagu yang seterusnya.
  • 3 kali klik pada peranti belah kiri untuk merendahkan kelantangan.
  • 3 kali klik pada peranti belah kanan untuk meningkatan kelantangan.
  • Tekan selama 3 saat di mana-mana peranti untuk tolak panggilan atau tamatkan panggilan.

Jangka hayat Sudio T2
Sudio mendakwa bahawa T2 menawarkan masa mendengar sehingga 7.5 jam dan jangka hayat bateri 35 jam menggunakan cas pengecasan. Sekiranya korang nak menggunakan peranti fon telinga tanpa wayar Sudio T2 nie dengan segera, tak perlu risau sebab masa pengecasan selama 10 minit sudah cukup untuk anda mendapatkan masa bermain sekitar 2 jam. Hebat bukan ?


Ketahanan untuk melakukan aktiviti lasak
Sudio T2 adalah kalis percikan air dan peluh untuk pendengar yang aktif bersukan. Malah ia cantik terduduk di telinga. Oleh itu, untuk melakukan aktiviti lasak sambil menggunakan Sudio T2 tidak menjadi masalah. Jangan pula kau bawa pergi mandi kolam sudahlah.

Dalam kotak Sudio T2
Selain peranti fon telinga tanpa wayar dan cas pengecasannya, pembelian juga disertakan dengan manual arahan biasa, kabel pengecasan, kain pembersih, dan set hujung telinga untuk anda mendapatkan kesesuaian telinga masing-masing agar ia "terletak" apabila dipakai.


Tunggu apa lagi ? Cepat dapatkan Sudio T2 sekarang. Pembelian boleh dilakukan di laman sesawang Sudio di https://www.sudio.com/my/

Harga SUDIO T2 : RM549 / USD149

Jangan lupa untuk aplikasikan kod voucher "ZHARIFT2" apabila check out untuk mendapatkan potongan sebanyak 15%. Free shipping untuk seluruh dunia. Cepat dapatkan sekarang !


10 comments:

  1. Semakin laju teknologi Sudio ni. Tak terkejar betul LeYa nak mendapatkan earphone terkini... Apa-apa pun memang terbaik

    ReplyDelete
  2. alamak kita dah beli tapi jenis lain..tapi bagus benda ni. berbaloi kalau beli..

    ReplyDelete
  3. Haaa Sudio dah keluar yang T2?. Sis tak beli pun lagi Sudio ni tapi berkenan juga ni. Dia takde wayar yang buat menarik tu.

    ReplyDelete
  4. since ramai org update this sudio T2 earphone wireless ni rsa makin tertarik pulak...

    ReplyDelete
  5. Wow... Sudio dah ada model baru lah. Menarik. Like the lime green color. It is so pretty. Thank you for sharing, Zharif.

    ReplyDelete
  6. Alamak. I terlepas this beautiful colour la plak. I dapat putih. Nak tukar tak dengan I?

    ReplyDelete
  7. cantik2 lah design sudio ni. gerammm je, warna2 pun sangat cantik...tapi harga telan air liuq gak haha

    ReplyDelete
  8. Da banyak yang pakai jenama ni lah. Teruja pulak dengan variasi warna yang ada. Menarik betul..mudah nak pakai pulak tu

    ReplyDelete
  9. suka dengan sudio T2 ni rekaan dia mmg smart giler.. audio pun mmg gempak

    ReplyDelete
  10. akak suka sebab tahan lama. hahaha akak ni jenis layan netflix mmg bateri earbuds ni lagi lama lagi senang sebab malas nak charge selalu.

    ReplyDelete