Monday, October 18, 2021

Renew spek mata murah di kedai spek mata viral Eye Pro Vision, Sungei Wang Plaza

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku berkesempatan berkunjung semula ke kedai spek mata viral di Sungei Wang Plaza. Dah lama sebenarnya nak berkunjung ke sana, tapi disebabkan larangan untuk merentas daerah dan negeri yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, jadinya ia membataskan perjalanan dan pergerakkan. Terpaksalah tunggu sehingga dibenarkan.


Kunjungan kali ini, aku bawa sekali ibu dan keluargaku bersama sebab mereka juga nak buat spek mata. Alang-alang boleh rentas tu, kita angkut semua sekali. Buat sekali harung, senang sikit. Tak payah berulang banyak-banyak kali.



Oleh kerana aku dah pernah buat spek mata dekat sini, jadi aku dah selesa dengan kedai Eye Pro Vision nie. Kali terakhir aku datang sini masa pertama kali aku buat spek mata pada hujung tahun 2019. Lebih kurang 2 tahun yang lepas. Spek mata tu pon elok je lagi dan aku memang selesa sangat pakai spek mata tu. Memandu malam, pergi tengok wayang, tengok skrin laptop dan phone, memang wajib pakai. Kalau tak, dia jadi kabur dan silau. Sakit mata tengok lama-lama tanpa pakai spek mata. Rabun jauh aku tak tinggi, tapi silau aku tinggi. Sebab tu bila malam je, mata aku berpinar. Pandangan tak jelas dan tak cantik. Sebab tu aku pakai spek mata.



Alang-alang pergi haritu, aku saja cek mata. Tak sangkalah pula power mata aku dah naik sedikit. Mungkin sebab aku bukan 24 jam pakai kot, sebab tu power mata naik. Makanya, aku pon buatlah juga spek mata baharu. Atas nasihat Mr. William, dia sarankan aku pakai spek mata dengan kanta Alpha Blue UV420. 

Kanta Alpha Blue UV420 nie memang elok untuk menghalang sinaran UV masuk ke mata kita. Untuk mereka yang mempunyai silau yang tinggi, memang sangat disarankan untuk ambil kanta Alpha Blue 420 nie. Oleh kerana aku memang selesa dengan kanta nie, jadinya Alpha Blue UV420 tetap menjadi pilihan untuk spek baru aku.


Masalah bila masuk Eye Pro Vision nie ialah bila nak pilih bingkai sebabnya sangat pelbagai dan membuatkan kita jadi rambang mata. Sumpah cantik-cantik dan bermacam jenis. Untuk mereka yang lasak, boleh pilih bingkai plastik yang boleh dilentur. Agak takut bila tengok mereka demo lenturan bingkai spek mata tu. Sangat tahan lasak. Sesuai untuk budak-budak kecil yang terpaksa pakai cermin mata. Maklumlah, budak-budak nie bab jaga spek mata memang kelaut dalam.

Untuk kita yang dewasa nie, pasti mahu ikut trend semasa. Terutama sekali ala-ala Korea gituhh. Pon ada bingkai seperti itu di Eye Pro Vision nie. Sebab tu aku cakap, susah nak pilih. Rambang mata, rasa macam nak pilih semua bingkai. Dahtu, murah pulak tau. Bermula harga RM65 untuk bingkai. Murah kan ?


Mr William juga menyarankan aku buat sekali satu spek mata yang bertukar warna gelap apabila terkena cahaya matahari. Kanta ini juga sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai silau yang tinggi. Plus, kanta jenis ini nampak lebih bergaya kerana ia seolah-olah seperti kita memakai spek mata hitam. Sangat sesuai dipakai apabila keluar berjalan-jalan.



Memang sangat disarankan untuk buat spek mata di Eye Pro Vision sebab murah dan pantas. Siap dalam masa 1 jam sahaja. Ya, 1 JAM SAHAJA. Tak perlu tunggu berhari untuk siap. Buat dan boleh terus ambil. Harga pon murah. Bayangkanlah, harga bingkai dan kanta Alpha Blue UV420 cuma RM125 sahaja. Murah kan ? 

EYE PRO VISION
Lot G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza

Waktu operasi :
Dibuka setiap hari : Jam 11.00 AM hingga 5.00 PM


Tel : 016-377 1304 (Mr. William)


Tiap kali orang tanya kedai spek mata yang bagus, aku akan sentiasa sarankan untuk korang buat spek mata di Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza. Aku sendiri puas hati dengan layanan dan hasil spek mata yang dibuat.  

13 comments:

  1. Selalu dengar best and good review pasal kedai cermin mata ni. Pasang niat dari sebelum PKP lagi nak pi tapi sekarang BZ pula. paling best dalam tempoh singkat dah leh siap tu memudahkan pelanggan supaya tak tunggu lama

    ReplyDelete
  2. Spek mata ni keperluan untuk mereka yang memerlukannya. Bagus la kalau harganya berpatutan. Sis pun kategori rabun tapi tak la teruk sangat.

    Kedai ni pun viral eh?

    ReplyDelete
  3. Nad pun dah dua klai buat spek mata dekat sini. Nad pun ada maslah silau. Bagus layaan dekat sini, dengan harganya yang murah

    ReplyDelete
  4. Spek kita dah calar. Haritu datang sini gak. Nak kena dtg la cari spek dan bingkai baru. Mata pun rasa mcam makin kabur je sebab rajin membaca. Hehe

    ReplyDelete
  5. teringin nak pg kedai ni. ramai yg bg feedback servis bagus dan hargapun berbaloi

    ReplyDelete
  6. Haritu ke KL lupa plak nak singgah laaa, cermin mata Sis pun dah time kena tukar gak ni, adeiii.. rasa kat JB ada ke tak ya ey vision ni?.. jap nak google..

    ReplyDelete
  7. Kite pun buat spek kat Sungei Wang. Memang murah kat situ. Sanggup tu naik lrt & monarail ke sana.. Tapi berbaloi la. Servis pun cepat. Sejam je dah dapat 🤗

    ReplyDelete
  8. Okay seriously kena g la sini nanti. Nak kena juga buat spec mata ni lama betul bertangguh. Harga dah mur camni kena g la..haha

    ReplyDelete
  9. Wish I could renew my broken glasses to at this place. So many choices and the prices are still rather affordable thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. Kak ana pun plan nak ke sini semula. Suka buat spek dekat eye pro vision ni sebab murah, banyak pilihan spek dan servia yang cepat. Spek pun tahan lama walau pakai lasak.

    ReplyDelete
  11. Kte pun suka kalo bab berkaitan cermin mata gi Eye Pro ni sebab kte mmg la tak pakai tapi laki kte pakai spek dan selalu ke sini

    ReplyDelete
  12. Wahhhh dah buat spek baru ke tu. Baru hari tu akak tanya lawa spek. Hahaha. Di sini rupanyaaaaaa kedai Zharif pegi. Best kan ke sini. Mudah dan cepat. William best.

    ReplyDelete
  13. Yay! you also go there for your new spek. I did mine last year kat sana juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...