Saturday, October 9, 2021

Daging Halal Segar dan Premium dari True Aussie Beef & Lamb

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Permintaan daging halal yang tinggi dalam kalangan masyarakat dalam dan luar negara menjadikan Australia sebagai pembekal daging lembu dan kambing yang berkualiti tinggi dan halal. Permintaan yang diterima melebihi 100 buah negara termasuklah negara-neghara di Timur Tengah, Indonesia dan juga Malaysia.


Baru-baru ini aku dapat ikuti satu Webinar yang dianjurkan oleh Meat and Livestock Australia (MLA) yang bertajuk "Your Trusted Halal Australian Beef and Lamb, from Farm to Plate". Dalam webinar tersebut berkongsi resepi yang boleh dihasilkan menggunakan daging halal dari True Aussie Beef & Lamb. Ia dimasak oleh Chef Jason Mason yang menyediakan sajian daging rendang istimewa. Dalam webinar tersebut juga ada menerangkan sumber dan kualiti daging halal yang dikeluarkan oleh negara Australia yang mana ia dijamin bersih, berkualiti dan Halal.

Halal bukanlah satu terma untuk umat Islam sahaja. Halal membawa maksud sah dan dibenarkan di dalam Bahasa Arab. Atau dalam erti kata lain, bersih. Ia tidak hanya tertakluk kepada bagaimana haiwan itu disembelih, tetapi juga bagaimana haiwan itu dijaga semasa hidup. Mengikut agama Islam, haiwan tidak boleh dianiaya dan sakiti sepanjang hayatnya. Selain itu, sebagai penternak haiwan, kita seharusnya menyediakan ruang yang luas untuk haiwan itu berkeliaran dan hidup secara bebas, memberikan makanan dan minuman yang diperlukan dan udara yang bersih.


Kesemua ciri ini menepati dengan penjagaan haiwan ternakan lembu dan kambing di negara Australia yang mana haiwan-haiwan tersebut hidup di padang rumput yang subur dan dijaga dengan baik. Praktis ini sekaligus memberikan kesan positif pada pengeluar daging lembu dan kambing Halal dari Australia.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Meat and Livestock Australia (MLA), daging yang terhasil konsisten dari segi kualiti dan nutrisi. Ia bersih, selamat dan berkhasit untuk dinikmati. Malah makanan yang terhasil menggunakan daging-daging ini lebih enak, lembut dan tidak mengambil waktu yang lama untuk dimasak.


Untuk pengetahuan semua, lembu dan daging yang diproses di Australia untuk pasaran Malaysia disembelih di bawah Program Halal Selia Kerajaan Australia oleh orang Islam yang bertauliah. Program ini ditadbir oleh Jabatan Pertanian Persekutuan di Australia. Selain itu, semua kemudahan pemprosesan di Australia hanya menggunakan pekerja Muslim yang berdaftar dan terlatih menyembelih dari Badan Perakuan Halal. Mereka cukup mematuhi kebersihan diri, keperluan kebersihan operasi dan kebajikan haiwan. Badan Pensijilan Halal ini adalah diiktiraf dan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Halal sistem dan operasi pengeluaran di sana, diaudit secara berkala oleh kualiti dalaman dan keselamatan makanan oleh wakil negara Australia dan negara pengimport dari DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia) dan JAKIM.

Selepas webinar itu, aku rasa terpanggil untuk menyediakan satu resepi menggunakan daging dari True Aussie Beef. Untuk resepi kali nie, aku menggunakan Beef Shabu Shabu. Berikut merupakan bahan-bahan dan cara menyediakannya.


Bahan-bahan :
  • Beef Shabu Shabu dari True Aussie Beef
  • Hirisan bawang holland
  • Hirisan daun bawang
  • Bijan
  • Bahan A :
  1. Setengah biji bawang holland
  2. 3 ulas bawang putih
  3. Setengah biji buah pear
  4. Daun bawang
  5. 3 sudu kecil gula perang
  6. 1 sudu lada hitam
  7. 1/3 cawan kicap masin
  8. 3 sudu teh minyak bijan



Cara memasak.
  1. Kisarkan Bahan A sehingga halus
  2. Perapkan Beef Shabu Shabu dengan bahan yang telah dikisar halkus tadi dan taburkan bawang holland yang sudah dicincang.
  3. Gaul sebati dan balut dengan plastic wrap.
  4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit atau semalaman di dalam peti sejuk.
  5. Masak di atas kuali yang panas sehingga daging bertukar menjadi keperangan.
  6. Taburkan bijan dan hirisan daun bawang untuk hiasan.
  7. Boleh dimakan begitu saja atau dihidangkan bersama nasi.

Pilihan : Kalau nak rasa pedas sikit, boleh tambahkan cili dalam bahan perapan.


Mudah bukan ? Jangan lupa tau cuba di rumah. 

Untuk maklumat lanjut mengenai True Aussie Beef, boleh layari www.trueaussiebeefandlamb.my atau www.mla.com.au

10 comments:

  1. Wow korean "chef" in the house. Your dish looks really good and I bet they are equally tasty to say the least. :)

    ReplyDelete
  2. wah nampak sedap..resepi pun simple je boleh try. daging ni kalau buat bakar sedap ni..terliur plak

    ReplyDelete
  3. okay nanti nak try resepi ni, yang penting guna daging berkualiti, melting je dalam mulut sedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. wow! bukan kaleng-kaleng ya dia punya video siap menari lagi. dah la guna daging premium. kite pun macam nak beli nanti buat rendang boleh delivery kan

    ReplyDelete
  5. Ya rabbi sedap betul kte tgk. Kte dah tgk ye video joget2 awak tu hahahah..mmg terliur tgk daging tu

    ReplyDelete
  6. Wow... wee... that beef look so yummy. I haven't had Aussie beef for quite a long time. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Hahahaha akak tengok video Zharif joget tu. Kemain haaaaa. Bagus content Zharif yang mcm tu. Terhibur akak tengok. Keep it up dan all the best.

    ReplyDelete
  8. Geram betul nengok daging merah dia oii.. ni kalau buat bbq dan tabur lada hitam arghhh mesti juicy kan rasa dia.. ishhh nak kena beli ke acaner ni ekkkk

    ReplyDelete
  9. Klu chef mcm ni gayanya ramailah awek2 yg tgk, bkn nak tgk resepi dia tapi nak tgk chef yg masak😂enjoy jgk tgk video chef zarif masak😂

    ReplyDelete
  10. Aussie beef tu nampak sedap, marble dia cantik elok je. Teringin lak nak beli.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...