Tuesday, October 30, 2012

Salam Aidiladha 2012

Assalamualaikum 

Agak menyedihkan cerita raya aku sebenarnya. Lebih sedih dari cerita orang yang tak dapat nak balik raya tau. Ceritanya macam nie, aku kena kerja pagi raya tu. Masuk kerja jam 9 pagi pulak tu. Boleh bayangkan tak, kesedihannya macam mana ? Boleh menangis ya kalau pasang lagu raya Siti Nurhaliza.


Aku ingat, kerja pada hari raya haji, gaji dikira sebagai triple sebab cuti umum. Sebab tu aku tak minta cuti. Rupanya gaji dikira macam hari biasa. Sabar jelah. Kalau tahu awal-awal, aku minta cuti. Tapi dah terlambat sebab ramai staff dah minta cuti pada hari raya haji. Maka bekerja lah aku pada pagi tu. 

Tapi sebelom aku pergi kerja tu, Alhamdulillah sempat aku pergi solat raya. Gembira sangat sebab hajat aku tersampai. Walaupon tak dapat nak dengar khutbah raya. Tak apalah, janji aku dapat solat. Habis solat je terus cepat-cepat aku beredar sebab dah lambat nak pergi kerja.

Sudahnya aku lambat 3 minit masuk kerja. Tak kisahlah, asalkan dapat solat raya

Tahun nie tak dapat nak tengok lembu korban. Tak macam tahun lepas, dapat tengok 3 ekor lembu kena korban lagi. Anyway, tahun nie Ibu aku dah siap-siap masak sehari sebelom raya aidiladha tu. Macam-macam dia masak. Antaranya ialah rendang ayam, kuah kacang dan ketupat. Memang malam tu jugak aku tibai semuanya.


Apa-apa pon, kerja pada hari raya memang satu penyeksaan di mana orang lain semua orang berbaju melayu dan berbaju kurung. Yang kita nie pula beruniform kerja. Lepastu ramai sibuk datang serbu makan di Pizza Hut Banting. Busy gila satu hari tu . Tapi Alhamdulillah, walaupun restoran busy, duit cashier yang aku jaga masa tu tak short pon. Alhamdulillah sangat-sangat.

Post edited : August 2021

16 comments:

  1. kenapa gaji x triple? Ini tidak adil! Masa raya puasa dulu, aq g makan kat Pizza Hut Ipoh depa pakai baju raya tahu termasuk yang non-Muslims. Pasai pa hangpa x pakai baju raya waktu kerja, baru feel raya. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal . Aku pon ingat gaji dikira triple . Rupanya tak .

      Manager aku ckap , raya aidilfitri je kerja pkai baju melayu . Raya haji tak . Huhu

      Delete
  2. Ketidakterupdatekannyer...*berbelit lidah* hehehe

    ReplyDelete
  3. Kesiannye zharif . huhu tp tkpe lah . pengorbanan jugak tu ! ^^

    Mcm best je life zharif kan jd pekerja pizza ni . Keep it up tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ? hurm boleh lah . tp sebenarnya banyak sangat masalah >__<

      Delete
  4. pengalaman lah tu. nanti bila dah jadi owner pizza banting tu, jangan ulang dah apa yg manager tu buat. bertimbang rasa sikit. hehe :D

    ReplyDelete
  5. curlasss sngt BAJU raya tuuu =) btw even raya dah lepas ,,, SELAMAT HARI RAYA jugak laa ea ZA=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih najihah =) selamat hari raya jugak ^^

      Delete
  6. wah , rindu gile nak kerja pizza :D
    emm , pelik gak kan kenapa tak triple , masa kerja time raya aidilfitri dlu mmg masyuk . hehe :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini