Tuesday, August 27, 2013

Lebaran 2013 : Syawal 6 7 8 9 10

Assalamualaikum

Seperti yang telah dijanjikan, mari kita sambung dengan cerita hari raya aku untuk hari yang keenam sehingga hari yang kesepuluh. Tanpa membuang masa, ayuh !


Hari Raya Keenam, 13 Ogos 2013

Waktu siang tu, aku beraya ke rumah kawan-kawan sekolah. Rumah pertama ke rumah Zuhair, lepastu ke rumah Syazwan. Lama betul borak masa nie. Maklumlah, dah jarang jumpa. Masing-masing mula sibuk.


Belah malam pula, kitorang beraya lagi ke rumah jiran-jiran. Tak sempat nak beraya semua rumah haritu, jadi kami sambung beraya. Kami pergi satu keluarga je, sama macam malam semalamnya.


Dan dan kitorang nak keluar pergi beraya, jiran depan rumah datang beraya rumah kitoang dulu. Haishhhh, dah kalah dah. Selalu keluarga kitorang yang datang dulu ke rumah dia. Tahun nie, dorang beraya dulu. Lepas dah meraikan tetamu, barulah kami mula pergi beraya. Sempat beraya dua buah rumah je malam tu. Satu rumah je dah ambil masa satu jam. Memang tak banyaklah rumah boleh pergi kalau malam hari.





Hari Raya Ketujuh, 14 Ogos 2013

Hari raya ketujuh kitorang pergi beraya rumah jauh. Kitorang pergi waktu petang sebab ayah kerja, tak nak membazir cuti kaytanya. Siang tu aku pergi rumah terbuka kawan aku. Dekat je rumah kawan aku nie. Naik motor tak sampai 5 minit dah sampai. Pergi rumah kawan sekolah rendah aku, Khadijah. Masa tengah masih dekat sana, ayah dah call suruh balik sebab nak bertolak dah.


Balik rumah terus bergegas tukar baju melayu. Siap sedia nak bertolak pergi ke rumah Faries dekat Jempol Negeri Sembilan. Memang dah plan nak pergi hari nie pon, sebab bila lagi nak pergi.


Tengah dalam perjalanan, boleh pula nampak satu anak kucing comel tepi jalan. Terus my mom jerit suruh berhentikan kereta. Terkejut kitorang, ingatkan ada apa lah. My mom pon turun dan ambil kucing tu bawa masuk kereta. Nak bela katanya. Haishhh baru je haritu aku kutip satu kucing nie dekat pasar, hari nie adopt lagi kucing baru.


Lemah gila kot kucing tu. Singgah Petronas beli roti, dia makan sikit je. Sampai rumah Faries baru kitorang bagi susu. Dia minum gelojoh gila. Kesian betul dia lapar sangat. Yang rumah si Faries nie pula jauh beribu batu. Tak sampai-sampai. Kalau aku naik bas pergi rumah dia, sakit bontot aku dibuatnya. Jauh sangat.







Baliknya tu memang dah lewat sangat, ayah aku mengantuk gila. Tapi dia tak bagi aku memandu. Kitorang singgah RnR untuk ayah aku hilangkan rasa mengantuk itu. Suka singgah RnR nie sebab ada satu kedai tu jual Yong Tau Fu sedap gila. 





Hari Raya kelapan, 14 Ogos 2013

Siang tak pergi beraya mana-mana pon. Cuma belah malam, kitorang beraya rumah kawan ibu, rumah Acik Nisa.





Hari Raya Kesembilan, 16 Ogos 2013

Hari raya kesembila tak pergi beraya pon sebab dah tak tahu nak beraya rumah siapa lagi. Jadinya aku bawa adik lelaki dan perempuan aku makan dekat Restoran Chinese Muslim yang aku pernah tulis dulu. Suka makan dekat sini sebab sedap sangat !





Tak bawa lagi dua orang tu sebab dorang lambat bersiap. Plan nak makan dekat sini pon last minute. Kalau ajak nanti kang, sampai restoran tutup pon belum tentu boleh siap.

Hari Raya Kesepuluh, 17 Ogos 2013

Raya kesepuluh tak pergi mana-mana sebab rumah kitorang bakal terima tetamu. Keluarga Faries datang.










Lepas je family Faries balik, keluarga Acik Nisa pulak datang. Sama macam tahun lepas. Lepas keluarga Faries balik, keluarga Acik Nisa datang. Kebetulan ke apa ? Itu belum cukup, dengan tiba-tibanya, kawan ayah aku pula datang, ahh sudah. Ramai pula yang datang malam-malam nie.

Di kesempatan ini, nak jugak berterima kasih kepada blogger Ummi Kalsum, sebab hantar kad raya untuk aku. Seriously tak sangka. Aku nie dah lah excited sikit kalau dapat kad raya. Ahaks ~


Okay, itu sahaja cerita hari raya aku. Jumpa lagi di raya tahun hadapan pula.

4 comments:

  1. raya sakan lepas raya pertama spoil ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslahh, nak tebus kembali 1 syawal yang dh spoil tuu =)

      Delete
  2. Assalamualaikum dik, wahh jauhnya beraya ye. tapi best lah, beraya sakan dengan family. hehe tema warna korang tu tema akak gak. tapi last minute tak jadi. semua pakai warna cacamarba. hehehe. selamat hari raya adik zarep. akak pun dapat banyak kad raya dari blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam kak sheila. wahhh bestnya dapat kad raya banyak. saya tahun nie satu je kak =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...