Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pandemik Covid-19 yang melanda seperti tiada penghjung. Saban hari kes semakin meningkat, kawalan pergerakan seperti tiada kesudahan. Manusia semakin hari semakin lelah dengan semua ini. Kita mengimpikan kehidupan yang biasa semula. Tapi bila ? Itu persoalan besar bagi semua orang di kala ini.
Ramai manusia terkesan dengan perubahan ini. Ada yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan, hilang tempat bergantung, hilang orang yang tersayang dan macam-macam lagi. Pandemik ini juga turut memberi kesan yang besar untuk aku tapi aku bersyukur nasib aku masih dikira baik kalau hendak dibandingkan dengan nasib orang lain.
Namun begitu, aku juga manusia biasa. Setiap ujian yang menimpa atas diri aku, adakala aku rasa sangat lemah dan putus asa. Kadang aku mempersoalkan kenapa semua ini terjadi ke atas diri aku. Aku cuba bersifat positif atas semua yang berlaku. Aku banyak ambil inisiatif untuk hilangkan rasa negatif itu. Antaranya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aku kerap beriadah di petang hari bersama keluarga. Kadang, aku keluar mengambil angin di pantai. Mujur rumah aku berdekatan dengan pantai.
Tapi apa yang aku perasan, pandemik ini semakin mendekatkan diri aku dengan tuhan. Aku berusaha untuk tidak meninggalkan solat dan kalau ada masa, memang aku dan keluarga akan solat secara berjemaah. Selain itu, untuk memastikan aura positif dan ketenangan itu sentiasa berada di sekeliling aku, aku akan pasangkan alunan ayat-ayat al-Quran setiap pagi dan pada waktu maghrib. Aku pasang guna handphone saja sebab ada satu aplikasi yang aku muat turun, memudahkan aku untuk akses alunan ayat-ayat al-Quran dan penenang jiwa.
Nama aplikasi itu ialah Mindful Muslim. Korang pernah dengar tak ?
Aplikasi ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dikalangan keluarga dan juga teman rapatnya. Baru berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication. Aplikasi yang dibangunkan olehnya baru sahaja diperkenalkan pada March 2020 tahun lalu. Ia merupakan satu aplikasi penenang jiwa petama berteraskan Islam di dunia.
Aplikasi ini dibanunkan bersama 16 penyelidik yang lain. Mereka berperanan sebagai penulis dan menyumbangkan voice over di dalam aplikasi itu. Sangat membanggakan kerana aplikasi ini menerima penganugerahan Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge. Walaupun aplikasi ini dikira baru dalam industri, namun sebanyak 15 ribu pengguna baru memuat turun aplikasi ini setiap bulan dan negara Malaysia penyumbang tertinggi untuk angka itu, diikuti Amerika Syarikat, Unite Kingdom dan United Arab Emirates.
Jom kita teroka apa yang ada dalam aplikasi Mindful Muslim nie.
Aplikasi ini penuh dengan ayat-ayat penenang jiwa yang mana ia sangat membantu dalam masa-masa kecederaan seperti sekarang nie di mana kebanyakkan manusia agak tersepit dan tertekan dengan hidup. Di dalam aplikasi ini terdapat bacaan ayat-ayat al-Quran, surah-surah, doa, ruqyah dan kisah-kisah para anbia yang banyak memberi manfaat dan pedoman hidup. Ia sangat sesuai untuk semua lapisan umur. Malah untuk kanak-kanak juga bersesuaian. Bahasa pengantaraan yang digunakan adalah bahasa Inggeris dan insyaAllah di masa akan datang, aplikasi ini akan mempunyai seleksi pilihan bahasa bagi kemudahan untuk setiap penggunanya.
Amat sarankan buat mereka-mereka di luar sana untuk memuat turun aplikasi ini. Banyak manfaat yang boleh diperoleh selain dapat memberikan kita ketenangan. Yang penting, aku banyak belajar hal-hal agama terutama sekali kisah-kisah para anbia yang dah lama aku tinggalkan. Mungkin ada yang tertanya, berkesan ke aplikasi ini untuk menenangkan hati yang gusar ? Persoalan ini sangat subjektif.
Untuk aku yang biasa-biasa nie, maksudnya aku tidaklah terlalu keagamaan sangat atau bukanlah seorang Muslim yang baik, sejahil mana pun aku, aku tetap akan kembali pada Allah kerana hanya Dia sahaja tempat aku bergantung harap sekiranya mengalami kesedihan. Jadi jawapan aku, ya ia sangat membantu memberikan aku ketenangan.
Jom ramai-ramai muat turun aplikasi ini.
Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma dan boleh layari secara premium dengan langganan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Jom sama-sama kita perbaiki diri, hidup positif, optimis dan jaga kesihatan mental. Sama-sama juga kita kongsikan sesuatu yang bermanfaat seperti aplikasi Mindful Muslim bersama orang lain.
No comments:
Post a Comment