Assalamualaikum dan salam sejahtera
Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021 yang lalu. Pertandingan itu telah berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021. Seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih dan mereka memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Ikuti butirannya !
Para pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumukan secara rasmi melalui media sosial LengQuas. Selain menawarkan hadiah buat pembeli-pembeli LengQuas, KOPETRO turut menawarkan hadiah-hadiah lumayan buat ejen-ejen dan pengedar-pengedar yang berjaya mendapat jualan tertinggi pada bulan April, Mei dan Jun 2021.
Untuk pengetahuan semua, LengQuas adalah produk keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd. ialah salah sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mereka mula memperkenalkan dua menu produk sejuk beku pada tahun 2019. LengQuas boleh ditempah secara atas talian melalui akaun sosial media Facebook dan Instagram @LengQuas.official. Selain itu juga, tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di talian 017 - 319 5764.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO Berhad, Encik En. Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, biarpun KOPETRO sudahpun lebih 40 tahun ditubuhkan, ini merupakan kali pertama peraduan seumpana ini diadakan bagi mana-mana anak syarikat milik KOPETRO. Sambutan yang diterima agak luar biasa dan ini menjadi pembakar semangat bagi seluruh tenaga kerja LengQuas untuk berusaha dengan lebih lagi demi meningkatkan jualan LengQuas pada masa hadapan.
Sepanjang tempoh peraduan dijalankan, pelbagai aktiviti promosi telah dijalankan termasuklah mengiklankan produk-produk LenQuas di stesen televisyen. Hal ini menyebabkan sambutan yang luar biasa diterima sehinggakan jumlah pengeluaran produk LengQuas terpaksa ditingkatkan demi memenuhi permintaan pembeli. Sambutan yang cukup hebat ini juga, dirasai ejen-ejen dan pengedar LengQuas yang turut menambah jualan tempahan bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap LengQuas.
KOPETRO turut menerima banyak permohonan daripada orang ramai untuk menjadi ejen jualan LengQuas. Sehingga kini, LengQuas mempunyai 400 ejen berdaftar serata Malaysia. Mereka juga bersedia untuk mengembangkan pasaran LengQuas ke negara jiran dalam masa yang terdekat ini. Ini membuktikan masyarakat semakin terbuka untuk menerima produk sejuk beku sebagai menu sajian makanan. Menawarkan sajian makan tradisional seperi Ayam Percik, Daging Masak Hitam, dan Daging Dendeng. Makanan sejuk beku amat mudah, cepat disediakan, enak dan berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga.
Untuk informasi lanjut mengenai senarai produk LengQuas, ikuti media sosial LengQuas di pautan yang berikut :
Facebook : @lengquas.official
Instagram : @lengquas
Tahniah buat semua pemenang
ReplyDelete