Friday, August 20, 2021

Sembang Santai Bersama Tun M Mengenai Kerjaya Pasca Covid-19

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


8 Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021. Ikuti butirannya.


Dalam sembang santai tersebut akan bercakap mengenai topik "Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’' di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab sembang santai ini dianjurkan kerana hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih. Oleh itu, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita. "Bootcamp" anjuran YEG Academy turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi.


Ini menjadikan  YEG Academy sebagai platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini. Ia telah berlangsung pada 2 Ogos lalu dan rata-rata mereka yang telah menonton siaran langsung ini memberikan maklum balas yang sangat positif.

Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi. Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya.

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

Keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM. Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara PERCUMA.


Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah sebelumm menjadi selebriti instagram.

Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, YEG Academy percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak.


Untuk menyertai program YEG Academy, sila layari pautan berikut :

Laman sesawang : http://yegmy.com/bootcamp/ 
YouTube : @YEGAcademy

5 comments:

  1. Wow so many of the speakers like you have mentioned were really good before turning into influencer. Should be a good talk.

    ReplyDelete
  2. Jarang ni Tun M bagi talk. Memang bagus program sebegini. Tun M sangat berpengetahuan bab ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah ramai juga dah join kan, sekurangnya ianya memberi sinar kepada mereka untuk buat keputusan yang lebih baik untuk masa depan...

    ReplyDelete
  4. Program yang bagus. Ramai badan agensi terlibat. Percuma pula tu. Semoga bermanfaat buat semua yang menyertainya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. bagus sbnrnya talk mcm ni..apatah lagi ex PM pula yg berkongsi... rugi x dengar hari tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini