Thursday, June 3, 2021

Pengalaman Pertama Kali Hadiri Temuduga Jawatan SPA Gred 41

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah sekian lama, hari ini baru aku menggagahkan diri mengingat kembali detik-detik ditemuduga oleh panel untuk jawatan yang aku pohon di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pada bulan Ogos 2020, aku pergi 3 temuduga, dan temuduga SPA ini merupakan salah satu daripadanya. Ikuti butirannya !


Aku pasti, ramai graduan di luar sana terutama sekali untuk graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian, masih tidak mempunyai pengalaman temuduga SPA Gred 41 dan aku pasti ramai tertanya-tanya bagaimana agaknya proses temuduga itu dan apakah soalan-soalan yang ditanya. Oleh itu, aku ingin berkongsi cerita temuduga aku kepada pembaca Jejakakaula semua.

Jawatan yang aku pohon ialah jawatan Pembangunan Masyarakat Gred S41 di Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Harus diingatkan, temuduga yang aku lalui mungkin berbeza dengan apa yang kalian pernah lalui walaupun berkongsi gred yang sama. Apa yang aku nak kongsikan ini merupakan berdasarkan pengalaman aku ditemuduga pada bulan Ogos tahun 2020 ketika di musim pandemik Covid-19.

Sebelum aku mulakan, sebelum ditemuduga, setiap calon perlu menjalani sesi Professional Assessment Centre (PAC) terlebih dahulu. Hanya calon yang lulus PAC sahaja yang akan dipanggil temuduga. Alhamdulillah, sesi PAC yang aku jalani pada Jan 2020 berjalan dengan lancar dan aku lulus. Sebaik sahaja dimaklumkan aku lulus PAC, mereka akan maklumkan melalui email. 

Cerita aku pergi PAC boleh baca di sini : KLIK


Masa aku terima email nie, memang sangat-sangat gembira. Almaklumlah, aku tak pernah lepas pon jawab exam online, tuptup kali nie lepas pulak untuk jawatan nie. Lepastu dipanggil untuk sesi PAC, pon dah gembira dah masa tu. Lulus pulak sesi PAC, makin bertambah-tambahlah kegembiraan aku.

Ini merupakan kali pertama aku pergi sejauh ini untuk permohonan jawatan di SPA. Sumpah gembira betul masa nie. 

Ketika itu, March 2020 dunia diserang pandemik Covid-19 dan Malaysia mengenakan PKP buat kali pertama. Mungkin disebabkan itu, tarikh temuduga aku lambat keluar. Aku syak, kalau tak ada pandemik nie, mungkin dalam bulan 5 atau bulan 6 tarikh aku temuduga. Tapi disebabkan pandemik, tarikh temuduga akhirnya dikeluarkan setelah kes Covid-19 di negara kita turun dan mula capai angka satu digit. Aku menerima email pada awal bulan Julai 2020.



Maka pada 4 Ogos 2020, berlangsunglah sesi temuduga aku. Sangat nervous ya. Tak boleh tidur malam dibuatnya memikirkan temuduga itu. Sebenarnya, aku bukan tak boleh tidur malam sebab nervous sangat ke apa. Aku terlampau teruja, sebab tu tak dapat tidur. Aku sejenis kalau terlampau teruja, aku tak boleh nak tidur. 

Keterujaan itu akhirnya menyebabkan aku terlambat hadiri sesi temuduga. Aku sebenarnya salah bajet masa, bukan sebab aku bangun lewat. Aku patut keluar lebih awal. Boleh pulak aku bajet masa 1 jam je. Lepastu tak jumpa lokasi pulak. Dah jumpa lokasi, aku tak jumpa tempat parkir kereta. Dah aku terpusing-pusing kat bangunan tu cari tempat parkir. Sudahnya aku parkir kereta dekat tempat loading area. Kah ! Berlari tak cukup tanah masa tu weyh. Tempat parkir tu jauh gila. Memang masa jadi ter-drag. Dahlah waktu temuduga aku tu merupakan sesi pertama untuk hari itu.

Sudahnya, aku lambat 15 minit daripada waktu yang sepatutnya. 

Tapi tidak mengapa, sebab temuduga aku giliran nombor 3 untuk sesi 8.00 pagi itu. Satu calon anggaran masa temuduga lebih kurang 15 ke 20 minit je. Oleh sebab pandemik, calon temuduga tidak datang serentak. Setiap satu jam, beberapa calon akan hadir. Dalam jam 9, ruang menunggu sudah mula penuh dengan calon untuk sesi seterusnya. Sesi 8.00 pagi calon belum habis lagi. Hahaha


Mula-mula tu kena drop kan segala benda sijil-sijil yang dia minta di satu bilik nie. Kena isi dan scan barcode, baru nombor giliran temuduga keluar. Kemudian, terus ke ruangan menunggu untuk ditemuduga. 

Dalam jam 9 pagi macam tu, masuklah aku ke ruangan temuduga. Bilik temuduga ada banyak, jadi dalam satu masa akan berjalan beberapa temuduga. Bilik tu besar gila dan terdapat dua orang panel. Dua-dua duduk berjauhan. Mungkin SOP pandemik kot, tu pasal duduk jauh-jauh. Ketua panel aku berbangsa Melayu, dan panel lagi satu seorang wanita berbangsa Cina. Fasih sungguh Bahasa Melayu wanita itu. 

Aku serahkan segala pendokumentasian kepada wanita berbangsa Cina itu. Ketika sesi temuduga tersebut, hanya ketua panel sahaja yang banyak menemuduga aku, panel wanita tersebut cuma bertanyakan aku dua soalan sahaja. Itupun di hujung-hujung sesi. Ikuti perbualan aku bersama dua panel tersebut. Aku namakan mereka Panel K untuk ketua panel dan Panel W untuk panel wanita itu.

Penulisan perbualan mungkin sedikit berbeza daripada perbualan sebenar. Tapi intipatinya adalah sama. 

Aku : Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Panel K & W : Waalaikumsalam dan selamat sejahtera.
Panel K : Okay boleh serahkan fail pada Panel W dan sila duduk.
Aku : *serahkan fail dan duduk*, Terima kasih. 
Panel K : Ceritakan sedikit latar belakang anda.
Aku : Nama saya bla bla bla . . . . . . .

Korang nak tahu jugak ke part nie ? Hahahhaa tak perlu lah. Yang pasti masa nie aku bagi tahu nama, umur, tempat tinggal dan latar belakang akademik. 

Panel K : Kenapa ambil kos Psikologi ?
Aku : Panjang ceritanya En.
Panel K : Ceritalah.
Aku : Saya ditemuduga di UPSI untuk kos pendidikan Bio dan juga pendidikan Matematik. Alhamdulillah temuduga saya lulus. Namun semester itu, kedua-dua kos ini tidak ditawarkan. Tak tahu macam mana benda nie boleh terjadi, mungkin kerana mereka nak tarik ramai orang memohon belajar di situ dengan menawarkan kos-kos tersebut tapi hakikatnya ia tidak ditawarkan untuk semester itu. Oleh kerana saya dah lulus temuduga, mereka menyuruh saya memilih kos-kos yang ditawarkan untuk semester itu. Kesemua kos-kos tersebut bukanlah berlatarbelakangkan sains dan kalau boleh saya tak nak lari jauh daripada subjek sains. Nampak ada kos Psikologi ditawarkan. Nama psikologi bunyinya macam ala-ala sains, makanya saya pilih psikologi sebagai kos pilihan saya di UPSI. 

Panjang kan cerita kenapa aku ambil kos Psikologi di UPSI ? Dah dia nak dengar cerita tu, aku ceritakanlah. Kesian korang kena baca sekali. Hahahaha. Penat tau kalau orang tanya aku kenapa ambil kos psikologi. Banyak kali juga aku kena ceritakan benda nie. Kenapa nak tahu bab nie erk ? Ke sebab kos aku nie pelik ? Aku tak rasa panel temuduga akan persoal kenapa awak ambil kos TESL, kenapa ambil kos Biologi, kos Matematik dan yang seangkatan dengannya. 

Panel K : Di UPM awak ambil apa pulak ?
Aku : Saya ambil Psikologi Pendidikan.
Panel K : Buat research pasal apa?
Aku : Kajian saya mengenai perbezaan penggunaan teknologi untuk tiga generasi guru yang berbeza. Apakah persepsi mereka mengenai teknologi, sama ada mereka lebih memilih cara tradisional ataupun yang tekini dan kekerapan mereka menggunakan teknologi di dalam kelas.
Panel K : Menarik awak buat perbezaan tiga generasi tu. Dan apa kesimpulannya ?
Aku : Pada awalnya saya menjangkakan, guru dari generasi boomers lebih memilih cara tradisional namun keputusan soal selidik mendapati ketiga-tiga generasi lebih memilih teknologi dalam pengajaran mereka dan mereka boleh dikatakan kerap juga menggunakan teknologi di dalam kelas.

Pulak dia nak tahu pasal kajian aku secara terperinci. Mujur ingat lagi. Of course lah aku ingat, in fact sampai sekarang pon ingat lagi tau. Kajian yang mendatangkan stress untuk aku kot. Mestilah kena ingat. Hahahaha. 

Panel K : Tahu tak, skop kerja jawatan yang awak pohon nie, jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41?
Aku : Tahu. Pegawai Pembangunan Masyarakat nie ialah orang yang bla bla bla........

Aku berjaya jawab soalan nie dengan menerangkan skop kerja jawatan tu tapi aku dah lupa apa jawapannya. Lama dah berlalu weyh dan aku pon dah move on. Jadi memang tak ingat apa skop jawatan nie. Hahahahaa.

Panel K : Pernah buat atau join mana-mana kerja sukarelawan sebelum ini ?
Aku : Secara jujurnya, saya tidak pernah join mana-mana aktiviti sukarelawan. Teringin ikuti tapi kadang waktu tak sesuai dan slot penuh.
Panel K : Macam mana nak jadi Pegawai Pembangunan Masyarakat kalau aktiviti sukarelawan pon tak pernah join ?
Aku : *Sedikit tersentap* ...... Saya pernah nak ikuti jadi sukarelawan zoo negara sebelum ini tapi masa tu sudah penuh dan ketika saya belajar di UPSI pula, ada aktiviti sukarelawan bantu mangsa banjir di Pantai Timur tapi ketika itu sedang cuti semester. 

Actually bab nie aku menipu sikit. Aku nak tunjuk bahawasanya niat tu ada. Tak cukup dengan niat, aku cuba juga nak tunjuk aku pernah menyumbang sesuatu kepada bangsa dan negara. Tibehh.

Aku : Saya ada juga pergi ke rumah-rumah anak yatim dan orang tua, untuk membersihkan dan membuat program dengan mereka sewaktu zaman saya belajar di UPSI dulu.
Panel K : Apa yang saya nampak, sekiranya benda tu ada keperluan untuk awak, baru awak buat. Benda-benda tu salah satu assignment awak kan ? Kalau secara sukarelanya, awak tak buat pon. Kalau ada keperluan je baru awak buat. 

Sentap makkkkkkkkkkkk. Boleh tunjukkan pintu keluar dah kot sekarang. Hahaha Sumpah memang aku terkedu gila bila dia cakap macam tu. Aku dah tak ada point nak back up diri aku. Aku senyap je tapi tetap melemparkan senyuman. 

Panel K : Panel W ada nak tanya soalan apa-apa ?
Panel W : Okay, sebentar tadi awak ada beritahu mengenai skop pekerjaan Pegawai Pembangunan Masyarakat. Boleh saya tahu, apakah program-program yang JKM buat untuk orang-orang OKU ?
Aku : Owhhh JKM ada menyediakan skim bla bla bla, wang bla bla bla. 

Tudiaaaaa ! Sekali dia bersuara, terus tanya soalan yang penuh dengan fakta. Dahlah perasaan sentap tu tak habis lagi, dia tembak pulak dengan soalan berbaur fakta. Tapi tidak mengapa. Aku berjaya jawab soalan dia sebab aku dah buat homework kot pasal jawatan nie. Jawab dengan penuh bangga masa nie. Sorry aku dah tak ingat jawapannya tapi aku berjaya jawab. Semua fakta nie aku cedok dekat website JKM.

Panel W : Okay, boleh bagi tahu kami kenapa kami patut ambil En Zharif untuk jawatan nie ?

Inilah masa untuk aku jual diri !!! Dan kau tengok apa jawapan aku.

Aku : Saya rasa sebab saya baik kot. 
Panel W : Hah ? *melemparkan muka yang pelik dan bingung
Aku : Saya rasa saya baik sebab rakan sekerja gembira berada di sekeliling saya. Saya rasa ini satu ciri yang perlu ada oleh seseorang Pegawai Pembangunan Masyarakat agar orang-orang merasa dekat dengan diri kita.

Sumpahlah jawapan aku bodoh gila. Aku boleh jual benda lain kot. Macam-macam aku boleh cakap tapi apalah bodoh sangat boleh bagi jawapan tu. Actually, jawapan tu merupakan jawapan sama yang aku berikan masa aku interview nak masuk UPSI dulu. Cumanya, masa dekat UPSI panel terketawa dengar jawapan tu dan aku berjaya. Tapi masa temuduga nie, panel tu malah runsing. Mesti dalam fikiran dia bermonolog, bodohnyalah budak nie. Hahaahaha

Panel W pandang Panel K dan dua-dua geleng kepala bermaksud tiada apa lagi yang hendak ditanyakan. Maka sesi temuduga aku pon tamat. Begitulah intipati temuduga aku ketika itu. Memang sangat sekejap. Dalam 15 minit je rasanya. Tak sempat panas bontot dah keluar. Aku memang rasa sedikit kecewa sebab aku boleh buat lebih baik cumanya aku sangat-sangat nervous dan tersentap dengan kenyataan Panel K tu.

The moment bila dia bagi ayat sentap tu, masa tu aku dah boleh agak apa keputusan temuduga aku nie. Apa-apa pon, aku masih meletakkan secebis harapan dan semoga rezeki berpihak pada diri aku sebab aku dah cuba buat sehabis baik.


Tidak lama kemudian, keputusan temuduga pon keluar dan memang sudah jangka aku tidak dapat. Hihi

Tidak mengapa, tak perlu sedih terlampau sangat. InsyaAllah ada rezeki lain yang lebih baik Allah sediakan. Kita percaya je dengan ketentuan Dia. Yang penting, kita dah usaha dan buat yang terbaik. Ini bukanlah pengakhirannya, aku akan buat lebih baik sekiranya dapat lagi peluang seperti ini. 

Berikut merupakan beberapa tips sebelum hadiri temuduga SPA yang dapat aku kongsi setelah mengalami sendiri temuduga ini :
  • Datang awal supaya korang ada masa untuk bertenang. Jangan datang betul-betul ikut waktu, Bagi ruang 15 - 30 minit untuk diri korang bertenang. 
  • Praktis temuduga. Secara jujurnya, aku langsung tak praktis temuduga, maksudnya cuba jawab akan soala-soalan yang mungkin ditanya. Sumpah memang aku tak praktis langsung sebab ramai kata kalau kita terlampau praktis, nanti otak kita blank bila kita tak ingat isinya. Boleh praktis tapi berpada dan jangan scripted sangat.
  • Buat homework. Pastikan korang betul-betul tahu jawatan yang korang pohon tu. Jadi bila ditanya dalam temuduga tu nanti, korang boleh jawab dengan jayanya. Jangan pulak study last minute. 
  • Kejujuran dalam menjawab soalan. Ramai kata, sekiranya kita tak tahu jawab, jujur sahaja tidak tahu. Tambah-tambah benda yang fakta. Kita semua manusia biasa dan mana mungkin kita ingat semua benda. Jadi jujur je. Kalau bab selain fakta, nak menipu or goreng, dipersilakan. Cuma jangan kantoi jelah. Aku jenis tak pandai menipu dan kalau aku menipu memang nampak sangat. Aku pilih kejujuran. Maka kahwini daku. Tibehhh. 

Aku harap tips nie membantu dan perkongsian temuduga aku boleh memberi gambaran akan bagaimana situasi temuduga Gred 41. Mungkin berbeza untuk setiap jawatan dan mungkin berbeza sekiranya tiada pandemik nie. Tapi apa yang aku kongsikan ini merupakan pengalaman temuduga aku pada bulan Ogos tahun lalu. 


Ouh ya, masa aku pergi temuduga SPA nie, Tokki dan Wek aku dari Pahang, tinggal dengan kami sekeluarga di Banting untuk 2 minggu. Ayah aku menyusul ke lokasi temuduga aku untuk bawa dorang keliling Putrajaya. Teringin tengok Putrajaya katanya. Walaupun masa nie aku tengah kecewa dengan diri sendiri, tapi sebab ada Tokki dan Wek aku, terubat sikitlah rasa kecewa itu. 

InsyaAllah ada rezeki lain yang lebih baik menanti aku. Korang doakan untuk aku tau 😊
Terima kasih kerana membaca. 

7 comments:

  1. InshaAllah Zharif nanti akan ada rezeki lain. Umur pun still muda kan..rugi dia x amek orang baik macam nie kerja dengan dia.. hehe

    ReplyDelete
  2. Zharif, aku ada petua untuk kau berjaya temuduga, simple je iaitu "KITA NI TAK BOLEH LURUS SANGAT, DAN TAK BOLEH BENGKOK SANGAT". Ingat Zharif.. buatlah apa yg aku ckp ni bila kau nk temuduga akan datang...Walaupun ianya berbunyi pedas, tapi inilah hakikatnya untuk berjaya dalam temuduga zaman sekarang...

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing zharif, hope youll do all the best in your future career, God bless you and us.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing zharif, hope youll do all the best in your future career, God bless you and us.

    ReplyDelete
  5. maaf nk tnye, dalam senarai semak temuduga tu, ade tertlis kad pengenalan ibubapa, maksudnya kene bawak yang asli masa temuduga tu ke. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpayah..sy bawak yg salinan hari tu..tapi dorang tak mintak pun ic ibubapa..cuma pastikan dah upload dalam mycv..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...