Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau korang mengikuti aku di laman sosial, pasti korang tahu yang aku nie seorang penggemar kopi tegar. Hampir setiap hari aku akan keluar rumah untuk beli kopi. Ibarat macam tak ada kopi, tak boleh nak buat rutin harian. Mesti kena mulakan hari aku dengan kopi. Tapi memandangkan musim pandemik dan lockdown yang akan datang nie, aku memang dah jarang sangat keluar melainkan ada urusan penting sahaja. Jadinya, aku memang dah sedia awal-awal dengan kopi segera di rumah.
Baru-baru nie aku diperkenalkan dengan kopi segera jenama tempatan iaitu Arabica Coffee Latte dari Arwa Cafe. Ia merupakan salah satu produk keluaran MISG Global. Sangat menarik Arabica Coffee Latte nie sebab biasanya kopi-kopi segera yang aku nikmati sebelum nie semuanya berkonsepkan 3-in-1. Tapi Arabica Coffee Latte nie berkonsepkan 4-in-1.
Kenapa 4 dalam 1 ya ?
Bila baca pada bungkusannya, barulah aku faham. 4-in-1 yang dimaksudkan adalah campuran 4 bahan hebat maka terhasillah Arabica Coffee Latte. Bahan-bahan tersebut ialah serbuk kopi Arabica, Oligofructose, Sarang Burung dan juga Ubi Bit. Tidak hairanlah kenapa ia dikatakan kopi dengan ramuan istimewa sebabnya ia bukan sebarang kopi. Ia kopi yang berkhasiat. Rasanya semua orang memang sudah sedia maklum kebaikan Sarang Burung dan juga Ubi Bit nie.
Sarang Burung memang cukup terkenal sebagai bahan yang dapat melancarkan perjalanan darah. Malah banyak khasiatnya untuk ibu-ibu yang mengandung di mana ia dapat menguatkan paru-paru bayi dikandung dan mengurangkan rasa sakit pada pinggul. Malah ia sangat baik untuk penyembuhan luka dalaman seperti luka bersalin. Buat mereka yang kurus dan ingin menambahkan berat badan, bagus kalau ambil minuman yang mengandungi bahan sarang burung ini kerana ia menambahkan selera makan.
Manakala untuk Ubi Bit (Red Beet) pula, banyak kajian telah menunjukkan bahawa ubi bit sangat bagus dalam proses nyahtoksin dalam badan. Kandungan Betaine yang terdapat dalam ubi bit membantu mengurangkan pengumpulan lemak dalam hati dan melindungi hati kita daripada toksin. Ia juga merendahkan risiko sakit jantung dengan merendahkan tekanan darah dan meningkatkan pembentukkan nitrik oksida.
Pengambilan ubi bit juga mampu menangani masalah mata yang berkaitan dengan usia seperti rabun dan sebagainya. Ia juga mengurangkan risiko pembentukkan katarak yang boleh terjadi pada sesiapa tidak kira mengira umur muda mahupun tua. Pokoknya, memang banyaklah khasiat 4 campuran bahan dalam Arabica Coffee Latte nie.
Cara penyediaan Arabica Coffee Latte ini sama seperti kopi segera lain yang terdapat di pasaran. Hanya tambahkan air panas atau boleh juga diminum sejuk mahupun suam. Terserah citarasa individu nak nikmati bagaimana. Malah nak masuk dalam pengisar dan jadikan ice blended pon boleh.
Untuk aku, aku lebih suka nikmati secara panas. Tiap pagi sebelum memulakan rutin harian, memang aku akan bancuh kopi terlebih dahulu. Barulah boleh buat kerja. Tak ada kopi rasa macam tak kena pulak hari itu. Sel-sel otak pon macam tak berapa nak fungsi selagi tak dapat kopi.
Tambah-tambah rutin yang memerlukan aku untuk membaca, memang wajib minum kopi terlebih dahulu. Kalau tidak, tak sampai berapa minit, mulalah menguap dan mengantuk. Akhirnya tertidur dengan lenanya. Dengan kopi, barulah aku boleh fokus dan tidak rasa mengantuk. Zaman-zaman aku belajar dulu, memang wajib ada stok kopi segera dalam almari.
Harga Arabica Coffee Latte (20 sachet/pack) :
1 pack : RM55 (Semenanjung), RM65 (Sabah & Sarawak)
2 packs : RM100 (Semenanjung), RM120 (Sabah & Sarawak)
Jom dapatkan Arabica Cofee Latte dan rasai sendiri khasiat yang terkandung di dalam kopi campuran ini. Sebarang pembelian boleh dilakukan dengan menghubungi talian whatsapp berikut : https://wa.link/5u0008 (+6019-935 3460)
Ouh ya, oleh kerana produk ini masih baru dikeluarkan, makanya mereka sangat-sangat mengalu-alukan sesiapa di luar sana yang ingin menjadi ejen atau pengedar. Tak perlu keluar rumah pon, hanya perlu beli 5 bungkus Arabica Coffee Latte dan telefon pintar sahaja. Dan yang bestnya, korang tidak perlu bersusah payah buat content untuk pengiklanan. Mereka akan menyediakan bahan-bahan iklan dan korang tinggal blast sahaja di platform masing-masing. Group support juga diberikan yang mana mereka akan tunjuk ajar segala macam benda dalam memastikan tiada ejen yang tercicir.
Sebarang maklumat lanjut mengenai Arabica Coffee Latte atau untuk jadi ejen, bolehlah hubungi mereka di talian whatsapp yang aku berikan tadi atau boleh ke laman sosial media mereka pada pautan di bawah.
Facebook : ARWA CAFE HQ
Instagram : @arwacafehq
ahahaha terhibur tengok vid tu. Nak try la kopi ni jgk, tang ubi bit tu menarik plk, tapi risau takut kena marah dgn otromenš
ReplyDeleteKopi ni sis tolak kat hubby je la sebab dia suka coffee. Sis prefer Teh tapi takpe boleh suggest coffee ni kat hubby sis.
ReplyDeleteI'm a coffee lover and i love good coffee. So this is a must try coffee for me
ReplyDeletesaya peminat coffee, hari2 nak minum. first time jumpa kopi yang ada beetroot, menarik dan unik
ReplyDeleteI want to see more of Ultraman! I want more.
ReplyDeleteLove your video - quirky and cute.
Wah, first time dengar kopi yg ada sarang burung dan ubi bit. 4 dalam 1. Biasa dgr 3 dalam 1 je.
ReplyDeleteSaya penggemar coffee. So bila nampak coffee rasa tertarik pula. 4 in 1 benda baru sebab selalunya 3 in 1 je. So kena try coffee ni
ReplyDeletesinggah baca walaupun ray tak minum kopi haha
ReplyDeleteWoww. Kopi ada sarang burung sekali. Lepas ni minum kopi pon boleh cantik sekali
ReplyDeleteKopi ni kan, haritu Suami bawa balik one stick, tak tau dpt dr mana, Sis bancuh dan buat, memang sedap.. nanti nak tanya dia, kot laa beli letak opis sorok kat Bini kannnn.. hahahaa
ReplyDeleteAkak ni kalau apa-apa jenis kopi pun akak suka. Tapi kopi Arwa Cafe ni nampak special sebab ada sarang burung dan ubi bit. Mata segar, kulit pun cantik.
ReplyDeleteSama la kita :) Every morning without failed now, memang bancuh Arwa Cafe ni sebelum on laptop untuk start kerja.. (Y)
ReplyDeleteTak pernah try lagi Latte Arwa ni. Nampak menarik dan kandungannya pun menyakinkan. Biasa pun dengar 3 in 1 tapi yang ni extra . Nanti nak order la
ReplyDeleteKopi ni kat market x de lagi... Suka sbb dia ada rasa latte.. tu yg menarik
ReplyDeleteOhh, ini yang Zharif amik sebab ngantuk masa membaca tu kan? hehe. Elok makan siang la, malam kang takleh tido kan.
ReplyDeleteI am hantu kopi so I must try this in future! I have not try a 4-in-1 coffee before so this is gonna be excited!
ReplyDeleteWow after reading your review i also want to but this Arabica Cafe Latte.
ReplyDelete