Monday, June 14, 2021

10 Ketul Manusia Berjubah di Bukit Bintang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selama hari ini, aku sangka bila di bulan puasa, semua aktiviti harian agak terbatas. Ini termasuklah bercuti bersama kawan-kawan. Tapi rupanya tak mustahil pon nak pergi bercuti ketika di bulan puasa. Jom ikuti percutian aku bersama kawan-kawan selama 3 hari 2 malam di bandar metropolitan Kuala Lumpur.


Percutian kali ini juga boleh dikira sebagai percutian last minute sebab tiada rancangan yang rapi pon. Pada mulanya hanya bercadang untuk berbuka puasa sama-sama sambil meraikan ulangtahun kelahiran dua rakan kami. Namun, rancangan berubah dan mereka berhasrat untuk menginap.

Ya, kami menginap di bandar metropolitan Kuala Lumpur je. Maklumlah, masih lagi di musim pandemik masa nie dan larangan merentas negeri masih lagi berkuatkuasa. Ini pon bersyukurlah cuma larangan rentas negeri je, buatnya larangan merentas daerah dikuatkuasakan makanya berhuhu jelah di rumah macam sekarang nie. Rindunya nak hidup bebas tanpa ada sekatan untuk ke mana-mana. 


Pada 29 April, kami check in. Untuk penginapan kali nie, kawan kami, Louise, yang survey dan buat tempahan. Kami menginap di Fahrenheit Suite. Eh ye ke ? Aku x pasti namanya apa, yelah kot. Hahahaha. Penginapan kami sangat selesa. Luas, bersih dan serba-serbi cukup semua benda. Sangat puas hati. Tuan rumah pon baik dan sangat menjaga kebajikan penginap. Kalau ada masalah, bagitahu je terus dia datang tau.


Mulanya pendingin hawa di ruang tamu rosak, lepastu kitorang terpaksa bertukar ke unit lain. Kelam kabut jugak masa nie sebab dah dekat waktu buka puasa. Sampai je dekat unit baru, terus semua bergegas buat persiapan untuk buka puasa. Kalau tak silap, lebih kurang dalam 30-40 minit sebelum berbuka kami tukar unit rumah. Memang bersilatlah tukang-tukang masak di dapur. Hahaha tak adalah. Masak oden je, jenis campak-campak. Senang dan mudah.



Biasa-biasa je menu buka puasa kitorang malam tu, tak ada fancy sangat pon. Lepas dah buka puasa, kitorang keluar jalan-jalan dekat Bukit Bintang. Tak adalah jalan-jalan sangat pon, cuma cari kedai kopi untuk minum dan borak-borak je.


Oleh kerana buka puasa tadi makan tak berapa kenyang, maka tengah malam tu keluar lagi cari makanan. Kali nie kami naik kereta menuju ke Kampung Bharu untuk singgah makan di Restoran Nasi Lemak Wanjo. Secara jujurnya, ini kali pertama aku dengar nama restoran nie tapi rupanya Restoran Nasi Lemak Wanjo nie cukup terkenal di Kampung Bharu. Sumpahlah memang ramai betul orang makan dekat sini. Tak kira bangsa dan negara. Semua ada. 


Dah namanya Restoran Nasi Lemak Wanjo, sudah tentulah signature dish di sini adalah Nasi Lemak. Pelbagai jenis nasi lemak disajikan di sini, boleh pilih nak sambal apa. Untuk aku, sudah tentulah sambal sotong. Singgah makan kali nie kiranya makan untuk bersahur jugak. Malas nak bangun sahur nanti. 


Bagi aku, nasi lemak dia biasa-biasa saja. Tak pasti apa yang hype sangat kedai makan nie. Mungkin sebab terletak di Kampung Bharu kot. Bila ada kedai makan yang khusus menghidangkan nasi lemak macam nie, menunjukkan bahawasanya nasi lemak itu relevan untuk dimakan pada bila-bila waktu. Tak semestinya pada waktu sarapan pagi sahaja.

Untuk hari kedua kami menginap di Fahrenheit Suite, tak ada buat apa pon. Siang tu keluar berjalan shopping dekat Kenanga beli persiapan raya. Murah barang-barang dekat Kenanga nie. Sempatlah sambar beberapa helai baju dan seluar. Habis membeli-belah, terus balik ke tempat penginapan kami untuk bersiap sedia acara buka puasa.

Tema untuk buka puasa kali ini ialah jubah.


Hari kedua nie lah kami semua berjubah berjalan ke Pavilion Bukit Bintang untuk buka puasa. Tak adalah rasa kekok sangat sebab ramai-ramai berjubah. Plus masa tu bulan Ramadan, jadi boleh diterimalah kalau nak berjubah sekalipon. Kalau hari biasa kau berjubah tengah-tengah Bukit Bintang, memang tak kena dikk nonn. 


Kami berbuka puasa di Grandmama's Restaurant dalam Pavilion. Dari Fahrenheit Suite tempat kami menginap dengan Pavilion nie cuma 5 minit berjalan kaki je. Sangat-sangat dekat. 




Asalnya cuma inilah yang kami rancangkan iaitu berbuka puasa ramai-ramai sambil meraikan ulangtahun dua orang kawan kami yang akhirnya bertukar menjadi percutian di Bukit Bintang. Memang dah rancang nak berbuka puasa dekat Grandmama's nie. Lama dah survey dan buat tempahan. Kami ambil 3 set Ramadan mereka dan harganya berpatutanlah. Licin habis semuanya. Sedap pon sedap, puas hatilah buka puasa dekat sini.


Mulanya ingat nak buat acara potong kek sekali dekat sini tapi rasa macam akan mengganggu pengunjung-pengunjung lain yang datang berbuka dekat sini, jadi kami putuskan untuk sambut dekat tempat penginapan kami je. Jadi habis je berbuka puasa, kami singgah minum kopi dulu dekat Starbucks, lepastu barulah balik ke suite kami dan sambut birthday.




Lepas bergambar je, semua terus tukar baju sebab dah panas berjubah. Hahahaha. Lepastu barulah acara pemotongan kek dan penyerahan hadiah dibuat. Selamat ulangtahun kelahiran buat Zuzu dan Faries. Semoga terus dimurahkan rezeki dan ceria-ceria selalu 😊


Hari ketiga tak ada buat apa pon, kami check out jam 2 petang macam tu. Semua balik ke destinasi masing-masing. Jadi itu sahajalah cerita percutian kami selama 3 hari 2 malam ketika bulan puasa di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Percutian seterusnya entah tak tahulah bila. PKP penuh pon disambung untuk 14 hari lagi, makanya kita berhuhu jelah dulu dekat rumah. Sampai jumpa lagi di entri percutian akan datang, yang aku tak tahu bila akan keluar. Hahahaa

Till then, stay safe and stay home. Bye !

1 comment:

  1. Pendek je penerangan kali ini ye. I ingatkan akan ada penceritaan berkenaan tukar unit dengan lebih detail. Haha. Bila nak bercuti bersama lagi nie? I nak jumpa Ultraman!

    ReplyDelete