Saturday, January 30, 2021

WWW.KAWALKENCINGMANIS.COM Platform Atas Talian Secara Percuma Memantau Pesakit Kencing Manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kencing manis merupakan satu penyakit yang sangat ditakuti oleh semua orang kerana ia menyerang semua lapisan umur. Tidak tunggu tua, orang muda juga boleh mendapat penyakit kencing manis ini sekiranya tidak menjaga dari segi pemakanan dan gaya hidup. Mari kita kupas lebih lagi mengenai penyakit kencing manis ini. Ikuti butirannya !


Untuk pengetahuan semua, menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis. Nisbah itu sangat kecil ya,  jadinya memang ramai masyarakat Malaysia sedang menderita penyakit manis sama ada sedar mahupun tidak sedar. Statistik yang membimbangkan ini menunjukkan Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia. 


Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap kencing manis, berat badan berlebihan serta berumur antara 45 tahun dan ke atas merupakan golongan yang dikira berisiko tinggi untuk mendapatkan penyakit kencing manis. Malah, golongan ini sering memandang enteng terhadap penyakit ini sehinggalah mereka didiagnos mempunyai kencing manis.


Harus kalian tahu, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi tau seperti komplikasi buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi. Oleh sebab itu, kita seharusnya lebih ambil peka dan maklum akan bahaya penyakit kencing manis ini.


Kebimbangan terhadap statistik penyakit ini, sekumpulan ahli profesional kesihatan menerajui sebuah platform sehenti yang memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Platform ini telah dilancarkan awal Januari yang lalu bagi membantu pesakit-pesakit ini. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021.


Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah
  • Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
  • Akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah
  • Latihan pengawalan stress
  • Kaedah tidur lena tanpa rasa gangguan ingin ke tandas setiap malam
  • Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi


Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.

Dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di :

Laman sesawang rasmi:
FB Page: Program Kawal Kencing Manis
Instagram: Program Kawal Kencing Manis



Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini, boleh sertai program ini untuk batch yang seterusnya. Ia bakal dijalankan pada 1 - 14 March 2021. Jangan lepaskan peluang ini okay !

12 comments:

  1. Semua orang ingat bila kencing manis ni sebab makan banyak manis. Tu salah satu faktor juga. Faktor lainnya pun sebab tak jaga pemakanan yang betul. Sebab tu dari muda kena jaga makan. Bukannya muda kita telan semua, bila dah tua baru berjaga tak jadi. Betul tak?

    ReplyDelete
  2. this is something else! never knew we can monitor diabetes online, this revolutionary feature can definitely help a lot of people in need to seek help!

    ReplyDelete
  3. Akak. Mmg takut bab kencing manis ni.. Sebab akak hari tu masa mngandung ada kencing manis... Mmg part2 pngambila gula ni akak particular sikit.. Risau kan... Tambah 2 anak2 tu suka sgt mknan manis2... Thanks for sharing about this zharif

    ReplyDelete
  4. My family mmg ada sejarah penyakit diabetes. Jadi kena la berjaga-jaga dari skrg.

    ReplyDelete
  5. Bagus bila ada prog mcm ni.. dapat bantu kita monitor masalah gula dalam badan

    ReplyDelete
  6. Thanks sebab share infor nie. Boleh share dengan my sisters and my parents agar diorang pun boleh guna kan. Neves gak tengok simptom tu

    ReplyDelete
  7. 1st time baru tahu pasal apps ni. Bagusnya! Kak nina nak rekemen pada father in law sebab dia ada penyakit kencing manis. Dengan apps ni moga dapat membantu beliau kawal penyakit nya supaya sentiasa berada paras normal. TQ yaa sharing

    ReplyDelete
  8. Sis laaa orangnya paling takut, sebab ada keturunan penyakit gini.. sebab tu kena jaga semua dalam kehidupan dan pemakanan sihat Sis...bagus ada pendedahan macam ni, biar semua orang tau dan rasa takut..

    ReplyDelete
  9. Elok ada program macam ni. Sebab masa pandemik COVID-19 ni kerja di rumah, tidak bergerak kemana-mana dan aktif order makanan online. Hahahah. Makanan mengandungi kandungan gula tinggi dan kita tak bersenam. Bila buat sugar level test, lebih dari paras normal. Mesti cuak!

    ReplyDelete
  10. Saya keturunan ada kencing manis. Maklumat sebegini sangat berguna. Dan adanya program begini sangat bagus untuk membendung masalah peningkatan pesakit kencing manis. Tahniah atas usaha. Dan terima kasih atas perkongsian. Boleh forward kat saudara mara yang lain.

    ReplyDelete
  11. Memang banyak kes kencing manis kat negara kita, bagus ada platform yang memberi pengajaran dan jugak bimbingan intensif kepada golongan pesakit kencing manis. Terbaik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...