Friday, January 1, 2021

Kedai Repair Phone Murah Taman Permata Kuala Lumpur - Gila Gadgets

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Susah betul bila kita dekat tempat orang dan tak familiar dengan sesuatu kawasan tu. Yelah, bila ada masalah atau nak beli apa-apa, jadi susah nak cari dan kena bertanya orang ramai. Baru-baru ini, handphone aku ada masalah lagging. Asyik stuck, lepastu tiba-tiba je mati dengan sendirinya. Terus aku cari kedai repair phone di kawasan Taman Permata nie. Makanya terjumpalah dengan kedai repair phone Gila Gadgets Taman Permata.



Untuk pengetahuan korag semua, Kedai repair phone Gila Gadgets terdapat 4 buah cawangan semuanya. Selain di Taman Permata, terdapat juga satu cawangan di Seksyen 13 Shah Alam, satu di Hulu Langat dan satu lagi di Senawang Negeri Sembilan. Aku pernah hantar betulkan telefon di cawangan Hulu Langat dan cukup berpuas hati dengan servis mereka. Pantas dan efisien. Harga pon berpatutan.


Kali nie, aku datang ke Gila Gadgets cawangan Taman Permata pula. Saiz kedai ini lebih kurang dengan cawangan di Hulu Langat. Aksesori-aksesori telefon yang dijual di sini juga hampir sama banyak dengan yang di Hulu Langat. Cuma aku rasa cawangan Hulu Langat lebih best lah sebab lebih banyak kepelbagaian berbanding di sini.




Walaupun begitu, aksesori-aksesori di sini tidak mengecewakan. Pelbagai jenis dan jenama dijual. Ada yang mahal dan ada yang murah. Pilih ikut poket masing-masing. Walaupun harga murah, bukan sebarangan murah tau. Semuanya berkualiti tau. Dapatlah sambar satu earphone dan juga satu wayar USB buat back up, just in case yang sekarang nie buat hal. Alang-alang dah sampai sini kan, beli terus. 


Ouh ya, sebelum nak bayar tu, jangan lupa daftar sebagai ahli tau sebabnya korang akan dapat 5% diskaun untuk setiap pembelian yang pertama. Banyak kelebihan bila daftar sebagai ahli. Antaranya ialah korang boleh membeli sambil mengumpulpoints dan point-point tu nanti, korang boleh guna untuk tebus hadiah-hadiah menarik. 


Oleh kerana aku dah biasa hantar betulkan telefon dekat Gila Gadgets nie,jadinya aku cukup percaya dan puas hati dengan servis mereka. Sebab tu bila ada kawan-kawan aku tanya pasal kedai repair phone,aku akan suggestkan kedai Gila Gadgets nie.Tak kesahlah dekat mana-mana cawangan,asalkan Gila Gadgets. Kalau tengok semua feedback dekat laman sesawang mereka, semua memberikan feedback yang positif. 



GILA GADGETS TAMAN PERMATA
No 2759, Jalan Cangkat Permata, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur

Tel : 019 - 988 0531


Waktu operasi : Isnin - Ahad (10 AM - 10 PM)


15 comments:

  1. boleh pi ushar2 nanti. now suka gadjet accessories hehe thanks tau share.

    ReplyDelete
  2. untung la siapa yang dekat dengan semua branch Gila Gadgets. Senang nak berurusan kalau hp buat perangai. Nak tambah aksesori pun senang. Siap dapat diskaun kalau jadi ahli pulak tu

    ReplyDelete
  3. wah !! dah ada empat cawangan.. terima kasih untuk info nya zharif, nanti nanti kalau akak perlukan perkhidmatan dorang, boleh rujuk entri zharif ni..

    ReplyDelete
  4. Seronok ada kedai repair fon macam ni. Kalau tetiba fon rosak area sana, bolehlah cari kedai ni

    ReplyDelete
  5. Gila Gadgets tak ada area rumah akak. Kalau ada senang dah. Kalau handphome rosak ke apa beh hantar sini.

    ReplyDelete
  6. Oh good to know. Will save their details for future needs. I wonder if they also ada servis repair laptop.

    ReplyDelete
  7. i think i've visited this place before. seriously love how fast, cheap and efficient their repair service is. and on top of that, all the accessories pn cantik and murah2.

    ReplyDelete
  8. wow! bestnya. it sure does benefit people who are staying nearby. cant believe it is the 4th branch.

    ReplyDelete
  9. Beli yang baru je la sebab selalu ada problem je mobile phone tu. Bukan gred 1:1 kan? Larik!!

    ReplyDelete
  10. wahhhhhhhhh memang gila gajet habis ni... senang lah nak refer kalau ada phone rosak ke.. minta dijauhkanlah .. thanks for sharing zharif ! nak cari casing untuk fan ediiton ada tak style yang cantik sikit\

    ReplyDelete
  11. barulah seronok nak beli aksesori telefon.. repair pun depan mata..baru puas hati..

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak pergi kedai camni. Dulu suka tukar casing dan beli aksesori tepon. Nanti nak pi la kedai ni. Menggamit memori betul. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Kedai ni macam nearby my area jer,, boleh la try g nanti.. ada discount on first registration lak tue.. interesting!

    ReplyDelete
  14. Banyaknya pilihan produk kalau datang kedai macam ni. Kalau duduk dekat memang pergi dah sebab kawasan kita kurang kedai gadget banyak barang macam ni

    ReplyDelete
  15. Semua gadget pun boleh repair ke? iphone ada masalah sikit ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...