Tuesday, December 29, 2020

Big Bang Year End Sale di LuLu Hypermarket

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jualan akhir tahun di LuLu Hypermarket datang lagi. Inilah detik yang ditunggu-tunggu oleh semua di mana terdapat potongan sehingga 50% untuk barangan yang terpilih. Ini termasuklah perkakas elektrik, perkakas dapur, barangan dapur, pakaian dan macam-macam lagi. Ikuti butiranny !



Aku berkesempatan untuk berkunjung ke LuLu Hypermarket cawangan Capsquare KL ini. Kebetulan hari ini merupakan hari pertama bermulanya jualan Big Bang Year End Sale ini. Untuk pengetahuan semua, LuLu Hypermarket terdapat dua cawangan tau. Satu lagi cawangan terletak di One Shamelin Mall, Cheras. Jadi bolehlah korang datang ke cawangan LuLu Hypermarket yang berdekatan.


Memang banyak tawaran diskaun yang terdapat di sini. Setiap sektor mempunyai potongan harga. Jom kita tengok apa yang menarik ! Untuk ruangan fesyen, LuLu Hypermarket menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori, baik pakaian lelaki mahupun pakaian wanita. Juga terdapat koleksi pakaian kanak-kanak. Pakaian pula pelbagai jenis, boleh dipakai untuk ke pejabat, casual, untuk sambutan perayaan mahupun untuk pakaian harian. 




Terdapat pelbagai jenama dan koleksi pakaian di LuLu Hypermarket. Cakap je nak pakaian apa, insyaAllah semuanya ada. Nak blazer ? Ada. Nak baju sejuk ? Ada. Nak baju sukan ? Pon ada. Kira macam one stop center LuLu Hypermarket nie. Tak perlu terjah satu persatu kedai untuk cari baju. Satu department je melengkapi untuk semua jenis pakaian dan majlis. 



Untuk pengetahuan semua, LuLu Hypermarket terkenal dengan koleksi saree dan pakaian traditional masyarakat India. Dekat sini, korang boleh saksikan pelbagai jenis kain saree dan punjabi suit dijual di sini. Macam-macam corak, design dan jenis kain ada. Warna-warnanya juga cukup meriah ! Untuk promosi di bahagian saree ini, potongan sebanyak 35% untuk semua jenis saree dan punjbai suits yang dterletak di dalam bahagian ini. 




Jangan lupa juga pergi ke bahagian aksesori sebabnya di ruangan ini juga terdapatnya potongan sehingga 50% tau untuk pelbagai jenis aksesori. Sebagai contoh, beg tangan, wallet, kasut dan macam-macam lagi.




Sekiranya korang pergi ke bahagaian elektronik, korang pasti akan cukup teruja dengan tawaran harga di situ. Bayangkan barangan elektrik terpilih dijual pada separuh harga. Tak ke gila ? Kalau mereka yang mencari-cari barangan elektrik atau rasa-rasa macam nak upgrade barangan elektronik dekat rumah tu, inilah waktu yang sesuai untuk korang upgrade dan datang ke LuLu Hypermarket. 



Antara barangan elektrik yang termasuk dalam promosi Big Bang Jualan Akhir Tahun ini ialah air fryer, rice cooker, LCD Television, kipas angin, peti sejuk dan macam-macam lagi. Bahkan gadget-gadget seperti laptop juga termasuk dalam promosi Big Bang Jualan Akhir Tahun LuLu Hypermarket ini. 



Dan sudah semestinya barangan keperluan harian dan barangan dapur juga termasuk dalam promosi jualan akhir tahun ini. Jadi untuk mereka yang nak topup barang-barang masakan di rumah tu, bolehlah terus ke LuLu Hypermarket. Semua dah gaji kan ? Ahaks.






Menarik bukan ? Semua bahagian di LuLu Hypermarket ini termasuk dalam promosi Big Bang Jualan Akhir Tahun Mereka. Jadinya, boleh mula merancang nak beli barang apa dan survey barang-barang apa yang berbaloi untuk disambar ketika jualan ini. Nak senaraikan satu persatu barangnya kang, sampai besok entri nie tak habis. Jadi, boleh tengok butiran lanjut mengenai jualan ini di laman sesawang mereka ya. 

INGAT ! Promosi Big Bang Year End Sale di LuLu Hypermarket ini bermula hari ini, 29 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021. Ia berlangsung selama 6 hari sahaja. Jadi, cepat-cepatlah datang. Risau nanti barang yang ada sale tu habis. Masa tu nak menangis di bucu katil tidak berguna lagi. Tibehh.

LULU HYPERMARKET 
Capsquare, Kuala Lumpur
One Shamelin Mall, Cheras


8 comments:

  1. lulu hypermarket ni suka buat hal la. dah murah buat big bang sale lagiii la murah. saja je nak suruh pi shopping haha

    ReplyDelete
  2. Macam2 ada kat lulu. Memang sangat menarik dan meriah. Sale diapun banyak penjimatan

    ReplyDelete
  3. wah best yer shopping kat Lulu Hypermarket ni. semua barang ada bawah 1 bumbung. harga pun berpatutan. nanti nak try lah shopping sini. xpernah lagi jejak kaki sini

    ReplyDelete
  4. Ni dah PKP ni, derang still bukak ke? Mybe sampai jam 8pm aje laa ek..tengok barangnya banyak betul.. tersusun kemas aje, mudah nak mencari.. suruh dia bukak apps senang di Johor ni nak soping hahahaha

    ReplyDelete
  5. Suka konsep department store macam ni, sebab semua barang ada di satu tempat. Tak payah susah2 pergi banyak kedai.

    ReplyDelete
  6. fuh !! bukan main !! banyak betul potongan harga dan murah !! lagi-lagi coklat.. adei.. terliur.. tak de PS Lulu ke ? hahahaha~

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing this! Look like there's a lot of stuff! Gotta visit after MCO!

    ReplyDelete
  8. alamak how could i have missed this sale! everything looks so cheap and the selection is amazing!

    ReplyDelete