Wednesday, December 23, 2020

Jualan Akhir Tahun PG Mall

 Assalamualaikumdan salam sejahtera


Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2020. Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2020 yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Semoga tahun 2021 lebih membawa makna dan sinar dalam kehidupan kita. Tapi sebelum tu, ada berita baik yang hendak aku kongsikan kepada korang semua iaitu promosi jualan akhir tahun di PG Mall. Ikuti butirannya !



Untuk pengetahuan korang, PG Mall merupakan satu-satunya e-commerce platform tempatan yang ada di negara kita. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan semenjak dari itu, ia cukup mendapat tempat di hati masyarakat sehinggakan disenarai sebagai TOP 3 e-commerce site oleh laporan Iprice Insight.



Penerimaan yang positif daripada masyarakat setempat mungkin kerana terdapatnya pelbagai jenis promosi yang diadakan di PG Mall. Seperti waktu sekarang ini, mereka sedang mengadakan promosi jualan akhir tahun secara besar-besaran. Terdapat banyak diskaun dan tawaran menarik yang ditawarkan.


Promosi jualan akhir tahun ini bermula dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2020. Antara jenis-jenis produk yang terlibat dalam promosi jualan akhir tahun ini termasuklah barangan-barangan keperluan rumah, barang-barang dapur, barang-barang baby dan kanak-kanak, barangan kesihatan dan kecantikan, sukan dan automotif, perkakas elektrik dan juga pakaian. 


Jom kita tengok barang-barang yang menjadi pilihan ramai.

1. OLDTOWN White Coffee

Untuk peminat coffee di luar sana, inilah masanya untuk korang borong kopi pra campuran segera kegemaran anda sekarang. Terdapat banyak tawaran dan pakej harga menarik ditawarkan. Pembelian produk OLDTOWN White Coffee di PG Mall dari official store mereka. 


2. So Convinent Store 

Di stor ini, korang boleh dapatkan barang-barang keperluan harian dan juga barang-barang dapur. Mudah sekarang, semuanya ada dalam satu stor. Tak perlu pusing-pusing nak cari satu-satu. Kini membeli-belah barangan dapur hanya di hujung jari sahaja. 


3. Hurixs

Untuk mencari produk-produk kesihatan boleh terus ke stor ini di mana di sini menempatkan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk melegakan pelbagai sakit, seperti sakit tekak ke, vitamin, pedih ulu hati ke, dan macam-macam lagi. 


4. Broz Car Accesories

Untuk mereka yang gemar menghias dan mencari-cari aksesori kereta, boleh terus ke stor ini untuk riki-riki aksesori yang dicari. Terdapat banyak diskaun dan tawaran menarik sepanjang promosi jualan akhir tahun ini berlangsung. Jangan lepaskan untuk dapatkan aksesori kereta dengan harga terbaik. 


5. Khind by Costplus Online

Terdapat pelbagai jenis perkakas elektrik yang dijual di stor ini. Antara yang dijual di sini ialah rice cooker, dapur masak, kipas meja dan macam-macam lagi. Khind merupakan sebuah jenama perkakas elektrik yang cukup dipercayai dari segi keselamatan dan jangka hayatnya yang tahan lama. 


Menarik bukan ? Terdapat banyak diskaun dan tawaran menarik. Penghantaran percuma ke seluruh negeri dengan minimum perbelanjaan sebanyak RM30. Tawaran ini sah dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2020. Tak lama je lagi dah nak habis, jadi lebih baik cepat check out barang-barang yang dah ada dalam cart tu. 

Ouh ya, sebelum check out, jangan lupa menggunakan promo code yang ada untuk dapat lebih banyak lagi potongan. Rujuk gambar di bawah untuk dapatkan kod promo tersebut.



Lebih menarik lagi, transaksi pembayaran boleh dilakukan dengan pelbagai medium pembayaran e-wallet yang terdapat di negara kita. Antaranya Grab Pay, Boost, Touch N Go dan macam-macam lagi. Pilih je nak gunakan medium apa, semuanya boleh. Rujuk gambar di bawah untuk medium pembayaran yang diterima di PG Mall.


Shop now ! Jom membeli-belah sekarang. Untuk info lanjut mengenai tawaran ini, boleh dapatkan butirannya di pautan yang berikut.

Website: www.pgmall.my

Untuk mereka yang belum lagi mendaftarkan diri, boleh sign up guna link ini : REGISTER

Jom shopping !

16 comments:

  1. Dah akhir tahun ini memang best lar kalau boleh dapat discount dan rebate kan? Saya suka shop kat PG Mall ni kerana boleh dapat cahsback as well.

    ReplyDelete
  2. PG Mall punya year end sales memang best..macam-macam ado. Asyik tergoda je 😅

    ReplyDelete
  3. Wah!!!!!!!!? Sronok nyer PG mall pun dah buat year end sale. Boley shopping sakan lah kita sumer. Enjoy your shopping mate.

    ReplyDelete
  4. Wow huntungla sekarang model PGMall ye. Okla kite nak beli Old Town White Coffee tu. Kita akan guna promo kod supaya lebih penjimatan.

    ReplyDelete
  5. year end sales is can't resists! Nak visit PG Mall and shop all my wish lists now thanks for the info

    ReplyDelete
  6. Pg mall ni not bad. Banyak dah akk belanja jat sini. Cepat dan berbaloi

    ReplyDelete
  7. Oh, Old Town White Coffee pun ada kat PG Mall ya? Tak perasan pulak. Brand favorite saya tu. Nanti nak tengok apa promotion dia.

    ReplyDelete
  8. Sempat juga guna kod KBBM30 buat beli gold bar. Akak kalau PG Mall nampak gold bar je...hihi

    ReplyDelete
  9. Every month ada jer surprise dari PG Mall ni.. Makin looking forward utk membeli belah kat PG mall ni..

    ReplyDelete
  10. wahh bolehlah shopping lagi hujung tahun ni! memang menarik promosi PG Mall, sentiasa menawarkan promosi menarik untuk pelanggan :)

    ReplyDelete
  11. So Convenient Store tu nampak menarik lah. Boleh beli banyak barang dapur dengan harga diskaun yang best dekat PG Mall ni.

    ReplyDelete
  12. Uishhh dia datang lagi... baru je lepas soping 12.12 hahahaha.. serem nak bukak apps.. tapi kannn kalau sale dia memang berbaloi beli..murah semua..

    ReplyDelete
  13. Wah.. PG Mall ada sells tentu byk offer and brg2 yg menarik nti blh tgk cuci mata dulu

    ReplyDelete
  14. wah so many year end sales happening at the same time, and all the deals are amazing. cant wait to check pg mall out!

    ReplyDelete
  15. Oh wow! memang best banyak jualan akhir tahun and i like to shop online too.

    ReplyDelete
  16. Wahhh banyaknya sale dia! Nak grab barangan ni la masanya..boleh jimat byk time sales

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini