Tuesday, August 13, 2019

Promosi Half PayBack, Membeli-belah RM100 di LuLu Hypermarket Dapat Voucher RM50

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Oleh kerana tarikh Kuala Lumpur Fashion Week dah nak dekat, jadinya inilah masanya untuk cari busana-busana yang mampu cetuskan fenomena dan juga statement. Kebetulan, LuLu Hypermarket tengah ada promosi Half PayBack untuk barang-barang di bawah kategori fashion, di mana setiap pembelian RM100 akan mendapat voucher membeli-belah di LuLu Hypermarket sebanyak RM50. Menarik bukan ? Ikuti butirannya !


Bahagian fashion di LuLu Hypermarket Kuala Lumpur terletak di tingkat 1. Di situ terdapat banyak jenis-jenis pakaian. Baik pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak mahupun pakaian bayi. Semuanya ada dan lengkap. Bahkan pakaian-pakaian tradisi kaum juga ada dijual di sini, terutama sekali pakaian masyarakat kaum India seperti saree, punjabi, kurta dan sebagainya.




Sesuai sangatlah buat mereka yang sedang mencari-cari saree untuk perayaan Deepavali tak lama lagi. Awal beli lagi bagus, tak ada lah nanti bersesak-sesak dengan manusia nak cari baju. Pilihan juga sangat banyak. Cakap je nak warna apa, jenis kain macam mana, pasti ada dijual di sini.





Macam yang aku cakap tadi, sekiranya korang berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit di bahagian fashion ini, korang boleh dapat RM50 voucher membeli-belah di LuLu Hypermarket. Caranya mudah sahaja.
  • Berbelanja di bahagian fashion
  • Mesti berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit
  • Bayar dan tebus voucher di kaunter khidmat pelanggan.




Voucher membeli-belah tu nanti boleh korang gunakan untuk beli barang-barang dapur dekat LuLu Hypermarket. Korang tahukan barang-barang dapur dekat LuLu nie selalu ada promosi ? Hah, berganda-ganda penjimatan berbelanja korang tau kalau beli-belah di LuLu Hypermarket.





Jangan lepaskan peluang ini tau. Promosi Half PayBack ini sah sehingga 25 Ogos 2019 ini sahaja. Jadi cepat, jangan terlambat. Kang melepas pulak. Maklumat lanjut berkenaan promosi Half PayBack ini, boleh layari pautan berikut :


Jom singgah LuLu Hypermarket sekarang ! Kini LuLu Hypermarket mempunyai dua cawangan. Satu di Capsquare Kuala Lumpur dan satu lagi di 1 Shamelin Mall, Cheras.

18 comments:

  1. WoW!!! Promosi datang lagi... Memang sengaja mengeringkan dompet LeYa ni.. Ahaha... Kenapa lah sekarang banyak sangat promosi best3x ni.. Baru nak diet duit sikit...hehe..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi ke lulu ni. Kalau ke kl bolehla singgah shopping

    ReplyDelete
  3. happy shopping there yeh, long time no go this mall. Didn't know there's this place to shop. Now we know can plan a date to go!

    ReplyDelete
  4. Wah tuan @Zharif, bukan main lagi bergambar bersama aweks di gambar kedua atas tu ya :) Menarik juga perkongsian tuan ni, sebab bercadang nak beli baby stroller untuk baby Ummu, kot2 dapat voucher RM0 tu boleh shopping sekali lagi untuk pakaian baby :)

    ReplyDelete
  5. shopping!!!!
    aduhai, aida thn ni memang kurang shopping gini la, zharif.
    duit perabih kan rumah ajer. bila ada promosi gini, terasa rugi nyer tak join shopping kan :(
    hu hu hu hu hu sabo jer lah...
    hamboi. kepit awek lawa bersari tu. kuch kuch hota hai ker? ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Wah menarik nie. Jika yang sesak pada hujung2 bulan ini boleh lah mai sini untuk membeli belah. Terima kasih bro share tempat sebegini. Alangkah best di Kedah ada satu. haha

    ReplyDelete
  7. Wah. Kiranya diskaun 50% jugak ni ye. Banyak tu. Teringin nk pergi, kwn2 kata parking senang dkt tgh2 kl tu. Tengok la nanti singgah

    ReplyDelete
  8. wa this is one nice promotion at Lulu. I have not been there personally yet. But I heard many good things about it from my friends. look like I gonna visit it soon

    ReplyDelete
  9. I love shopping at Lulu and I'm always looking forward for these kind of sales there Guess it's time for another visit 😊

    ReplyDelete
  10. Giler banyak tu babe. sampai half dia bagi. Nilai RM50 tu pon boleh beli macam-macam tu. biar betul lulu ni. nanti boleh la p shopping sini kalau macam ni.

    ReplyDelete
  11. banyak barangan di lulu hypermarket ni kan. and best lah kalau membeli dpt diskaun sehingga 50%. naseb baik jauh, kalau dekat dah pegi dah weekend ni.

    ReplyDelete
  12. Bila ada promo macam ni confirm ramai yang serbu. Cantik saree tu zharif, sesuai sangat untuk mereka yang nak cari baju raya sempena depavali ni. Bolehlah singgah nanti ni. Sempat ni nak pergi lepas gaji hehe

    ReplyDelete
  13. Hey awas awak beli Saree ker hehehe terkejut kita nak pakai best dress wakakaka gurau jer kita memang suka beli kat LuLu hypermarket sebab sentiasa ada harga murah dan juga promosi macam ni bebaloi-baloi sangat beli kat ini penuh satu troli...

    ReplyDelete
  14. Lain kali kalo ada lg ajak la kte gak hahahah..berbaloikan shopping kat lulu ni. Kak min suka shopping kat lulu sebab memang barangan dia bagus dan berbaloi

    ReplyDelete
  15. Bila baca ni terus rasa nak shopping dekat Lulu Hypermarket ni. Cantik2 baju tu semua. Siap boleh dapat payback rm50 on the spot lagi. Mana nak dapat dekat tempat lain kan.

    ReplyDelete
  16. Wah.. Promosi kaw kaw nie. Kat sini semua design trending.. AM nak terjah gak la bila dah gaji nnti..

    ReplyDelete
  17. nampak smart Zharif pakai blazer sebab cutting dia cantik terletak. Rambang mata tengok handbag dia, not bad design dekat Lulu ni. Boleh dapat handbag cantik, dapat voucher boleh shopping barang dapur pulak.

    ReplyDelete
  18. napalah kat tempat sis ni takde LULU.. kalau ada kan best!! alaaa jelesnya kita..... geram tengok smua barang tu.. lawa lawa...murah lagi... hmmm apa lg yg kurang... heaven

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...