Saturday, February 23, 2019

"Nahh Sabun Cuci Pinggan AFY HANIFF, Jangan Malas Basuh Pinggan Lepas nie" - Pesan Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku nie kalau bab masak memang nombor satu. Aku suka mencuba masak menu baharu. Pantang nampak makanan sedap sikit dekat kaca tv atau dekat laman sosial, terus cari tutorial memasak dekat youtube. Macam-macam aku cuba masak. Tapinya, ada satu bab yang paling malas dalam dunia nie ialah nak membasuh perkakas dan pinggan mangkuk yang digunakan selepas memasak. Bab yang nie aku lemah sikit.


Sampaikan baru-baru nie, ibu aku belikan produk basuh pinggan dengan harapan aku akan lebih rajin untuk membasuh pinggan mangkuk selepas memasak mahupun selepas makan. Siap pesan, tak ada alasan untuk malas basuh pinggan lepas nie. Punyalah banyak ibu aku beli, rupanya suruh aku bawak balik kolej sekali. Ini betul-betul satu perlian.


Pencuci pinggan Afy Haniff nie datang dalam dua wangian. Yang warna merah tu wangian serai wangi dan lemon, manakala yang warna hijau tu wangian pandan dan juga limau nipis. Dua-dua mempunyai wangiannya yang tersendiri tapi aku lebih suka yang warna hijau tu. Pinggan mangkuk bau wangi-wangi limau lepas basuh. Best bau dia !

40 Days Dishwashing Liquid Serai Wangi & Lemon by AFY HANIFF

Beza dua pencuci pinggan nie cuma bau dia sahaja. Tapi fungsinya tetap sama. Dua-dua mampu menanggalkan kotoran degil seperti minyak dan juga kotoran yang lain. Sekali calit je dah tertanggal semua jenis kotoran. Mudah dibilas dan juga menjimatkan penggunaan air. Yang penting sekali, ia mampu menghapuskan bau busuk. Pinggan mangkuk yang dah dibasuh akan menjadi wangi dan segar.

40 Days Dishwashing Liquid Pandan & Lime by AFY HANIFF

Kedua-dua jenis pencuci pinggan ini didatangkan dalam dua saiz, 900ml dan 500ml. Untuk pencuci pinggan 900ml, ia dipercayai mampu membasuh sehingga 1000 pinggan mangkuk. Manakala sabun pencuci pinggan 500ml pula, ia mampu membasuh sehingga 500 pinggan. Penggunaan yang sangat jimat dan efisien !

Plash Foaming Handwash By AFY HANIFF (Sweet Sakura & Fresh Aloe)

Alang-alang hari tu singgah dekat Giant, ibu aku belikan sekali sabun basuh tangan Plash by Afy Haniff nie. Ada dua wangian, Sweet Sakura dan Fresh Aloe. Sweet Sakura tu bau dia wangi sangat. Tekstur dia dalam bentuk buih, rasa macam tak nak bilas dengan air lepas pakai tu, dok seronok sangat main sabun. Eh bukan main sabun yang itu ! Ishhh 😂


Ini merupakan kali pertama aku menggunakan jenama Afy Haniff, dan tak sangka rupanya banyak lagi produk keluaran Afy Haniff. Ada pencuci pinggan, pencuci tangan, penghalau serangga dalam bentuk cecair, pengalau serangga dalam bentuk lilin dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok dekat laman sesawang Afy Haniff.



Boleh dapatkan produk-produk Afy Haniff di seluruh Pasaraya Giant berhampiran tempat tinggal anda ataupun pasaraya-pasaraya yang disenaraikan di atas. Mesti akan jumpa punya. Ataupun, korang boleh membeli secara atas talian :


Nampak gayanya kena rajin basuh pinggan lah lepas nie. Tak ada alasan lagi kata sabun pencuci habis. Ibu aku siap belikan yang botol kecil untuk aku pakai dekat kolej. Ko ghase ?

13 comments:

  1. kalau tengok website sebelum ni diorang banyak jual produk serai wangi, memang wangi pun sebab dah pernah beli dan guna kat rumah. lepas ni boleh try pencuci pinggan ni pulak, mesti harum baunya

    ReplyDelete
  2. Wah ni brand melayu ke.. Ada nama haniff.. Good ada produk bumiputera dah... Tgok ada yg pandan dan lime.. Mcm best je.. Senang dh skg guna sabun pencuci ini je kan.. Adoii lawaklah tgk zharif dgn mak tuu. Pasni jgn malas2 tau .. Nanti kena piat lagi... Hahaha

    ReplyDelete
  3. Amboi maknya. Siap bawa berlakon la. Sporting your mum. Rawlins pula sejenis yang gila membasuh hahaha... perhaps dia nak bagi kat Rawlins hahaha

    ReplyDelete
  4. Adoiyai.. Sampai kena piat telinga tu, mak suruh cuci pinggan. Haha
    Lawa pinggan mak tu haaa. Meriah..
    Bab cuci pinggan ni memang lemah.
    Lemah kalau sabun pencuci dia tu jenis lambat nak hilangkan kesan minyak.
    Boleh buat stress.
    Kerja boleh jadi lambat.

    ReplyDelete
  5. Wah.. macam pernah dengar je nama jenama ni. Bagus ada produk bumiputera macam ni.. yakin sikit nak membeli.. yang penting produk ni memang bagus.. haha. gambar last tu kelakar

    ReplyDelete
  6. sekejap lagi akak nak keluar pergi Giant..boleh cuba Affy Haniff pulak..kalau sesuai boleh bertukar terus ke Affy Haniff produk

    ReplyDelete
  7. Aku lak suka membasuh selepas makan. Tugas ni, serah kat aku. hahah..ptg ni boleh terus ke Giant cari produk Afy Haniff ni..tak pun bro boleh pass sebotol ke sini, boleh gak kami try :-p

    ReplyDelete
  8. Macam best pulak jenama ni. Walaupun x pernah guna tapi produk yg ada ramuan serai mmg best. Ingat nak try lah kebetulan sabun cuci pinggan kat rumah dah abis

    ReplyDelete
  9. ooo jenama Afiy Haniff ni akak biasa guna ...kat rumah akak memang pakai spray serai wangi untuk halau serangga...memang berkesan tau...lepas ni nak cuba pencuci pinggan mangkuk pulak....

    ReplyDelete
  10. Wah! Mak dah marah sebab malas cuci pinggan mangkuk. Nasib baik you ada Sabun Cuci Pinggan Afy Haniff on standby... selamat ehehehe.

    ReplyDelete
  11. Alamak siap kena piat telinga tu yang x tahan...sabar je la...jenama Afy Haniff product tempatan yang bagus...

    ReplyDelete
  12. Boleh cuba gak ni..dah selalu guna jenama yang sama, sesekali kena jugak tukar jenama lain ya dak..:D. Mana lah tau kot2 yang ni lebih serasi dengan kulit sis..kulit sis ni sensitif sikit kalau tak serasi mulalah mengelupas

    ReplyDelete
  13. wah afy haniff dah keluar product cuci pinggan ya. bagus ni, btw cantik semua gambar2 you .Selamat membasuh pinggan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...