Sunday, September 28, 2014

Japan Fest 2014

Assalamualaikum

20 September 2014, aku telah mengikuti satu trip ke Japan Festival yang dianjurkan di Duluth, Georgia. Harga tiket cuma 3 USD je. Kalau nak naik shuttle kolej, kena tambah extra 10 USD untuk duit tambang. Tapi aku tak naik shuttle kolej, aku tumpang CA Takafumi. CA stands for community advisor a.k.a ketua aras blok. Kami berlima satu kereta.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Malam tu aku tidur jam 3.30 pagi. Dah set alarm tapi tak berbunyi. Rupanya aku set untuk weekdays je, lupa masa tu dah hari Sabtu. Nasib baik terbangun jam 7 pagi. Kami bertolak jam 9 pagi. Kelam-kabut juga dibuatnya.




Sampai je sana, kami cari rakan-rakan lain yang datang ke sini menaiki shuttle kolej. Masa sampai tu, terus menjalankan misi mencari tempat makan. Lapar sangat-sangat ya. Memang berdoa supaya banyak makanan laut dijual dekat festival nie. Banyak tu memang banyak, harga dia pon boleh tahan.


Paling best takoyaki yang dijual ketika di festival nie. Sumpahlah sedap gila. Memang berbeza dengan apa yang dijual dekat Malaysia. Harga dia untuk 5 ketul adalah 5USD. Tapi aku tak beli pon, mengharap ihsan orang-orang untuk pelawa aku makan. Kah !


Lepas dah siap makan, Takafumi dan Shiori tukar baju tradisional dorang. Lupa nak bagi tahu, Japanese exchange students ada 3 orang semuanya. Takafumi, Shiori dan Eri. Cantik bila mereka mengenakan pakaian tradisional Japanese ketika di festival itu.



Buat mereka yang minat anime, mungkin boleh gila kalau datang sini. Macam iols nie, memang yang ado lah pengetahuan bab-bab anime nie. Yang aku tahu cuma Pokemon dan Digimon je. Itupon kalau ia dikira sebagai anime. Hahahaha


Agak mahal juga barang-barang yang dijual di sini. Keychain anime kecik tu je pon harga 6-9 USD. Ko mampu ? Kalau peminat tegar, mungkin dorang sanggup beli. Untuk aku nie, tengok gituh je. Tak rasa nak beli apa-apa. Juga terdapat persembahkan ketukan gendang besar. Badan aku nie asyik nak bergoyang-goyang je bila dengar gendang-gendang tu dipalu. Serious best. Rugi aku tak rakam full video. Sebab awal-awal dekat pintu masuk tu dah bagi amaran, tidak boleh rakam. Aku rakam 30 saat je sebab takut kantoi.




Dah datang sini, naklah juga beli sehelai dua baju traditional japan kalau murah. Memang murahlah. Satu set full siap selipar and aksesori kimono perempuan harga dalam 30-40 USD je. Macam nak rembat satu untuk kakak aku. Tapi bila fikir balik, bilalah dorang nak memakainya pon. Tak jadilah beli.


Kimono laki pula rata-rata harga 30 USD. Tapi kosonglah. Tak ada apa-apa aksesori. Even belt dia pon tak ada. Acano tu ? Tak jadilah beli. Mundar-mandirlah aku dekat Japan Festival tu tak tahu nak beli apa. Tak tahulah rezeki ke apa, aku ternampak satu kimono nie, cantik tergantung tinggal satu dekat situ. Cuba tanya harga kimono tu dan penjual tu cakap harganya 30 USD. Tak jadi nak beli dan beri alasan yang aku nie dari Malaysia dan currency duit Malaysia sangat rendah. Terus dia bagi discount 50% dari harga asal. Maka dapatlah satu kimono dengan harga 15 USD.

Bertuah sungguh diri aku dapat beli kimono semurah itu. Susah nak dapat harga kimono semurah itu katanya, bahkan di negara Japan sendiri. Alhamdulillah rezeki aku.






Ada tempat untuk belajar main archery sekali. Aku malas nak beratur panjang-panjang. Aku mampu tengok jelah dorang cuba-cuba memanah tu. Atau lebih tepat, hanya untuk bergambar.



Jam 4 petang, kena berkumpul untuk balik ke kolej semula. Baliknya tu, aku naik shuttle kolej sebab si Takafumi dengan si Tris nak pergi saksikan baseball game lepas balik dari Japan Festi nie. Ada dua trip masa nie. Aku pergi Japan Fest je, yang baseball game tu mahal tiketnya. Plus tak minat. Jadi buat apa aku bazir duit tengok benda yang aku tak minat.



Jam 4.30 kami semua bertolak dan sampai di Milledgeville jam 6.30 petang. Aku terus pergi dining hall untuk makan. Lapar lagi kot. Makan dekat Japan Fest tu tak banyak dan tak ebrapa nak kenyang.


8 comments:

  1. Baru kau tahu Zharif bila beli makanan tu, jangan convert duitnya, Kalau tak, memang tak makan lah kau kat sana. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ! sedih tengok duit keluar macam air T__T

      Delete
  2. as salam. sedapnya boleh gi belajar sambil melancong...abe kie follows your blog.. no 1244. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. alhamdulillah best sangat =) terima kasih yea

      Delete
  3. Zharif, aku respect gila kat kau bab tawar-menawar ni. Haha n i thought you're very lucky guy ataupon kau ni memey mulut manis. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. dilahirkan dalam keluarga sederhana jadi bab tawar menawar tu dh sebati dlm hidup. ceyhh. ayat mengundang sangat tau.. terima kasih Asyirah =)

      Delete
  4. wahhh zhariff, bestnya tengok activiti orang dekat sana... kalau free2, mehlah jenguk blog akak...akak study dekat germany skrg... btw, kalau rajin, joinlah giveaway akak buat baru ni...akak nak bagi souvenirs yang akk beli masa dekat Paris...have fun over there...insyaallah nnt free, akak dtg jenguk sini lgi...ilove ur writing style..keep it up! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh germany tu.. best best ! terima kasih kak atas pujiannya. saya bru berkesempatan balas komen akak.. maaf terlambat. saya selalu approve comment je tp xde masa nak reply.. now dh kembali kehidupan asal bru lah free skit.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini