Assalamualaikum
Pada 22 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya International Day of Georgia College. Ianya merupakan acara tahunan yang diadakan setiap fall semester. Dekat sebulan jugaklah meeting bincang pasal benda nie supaya semuanya berjalan lancar.
Aku pon sign up lah macam-macam untuk hari kejadian tu. Aku sign up untuk bawak bendera, table untuk Malaysia and persembahan. Memang sapu habis lah semua nak join. Tamak lah katakan.
Aku actually rancang ingat nak buat tarian zapin and bersilat lah kan sorang-sorang atas pentas tu, but then ermm tak apa lah. Lupakan. Tak mampu aku nak buat sorang. Kitorang semua pon bilangan sikit dari setiap negara so kitorang tubuhkan satu group dance yang diketuai oleh students from India. Kami semua sepakat nak buat bollywood dance.
This was during our meeting.
We had meeting every Wednesday to discuss about this international day
Preparation sebelum hari kejadian memang banyak. Since aku merupakan pelajar Malaysia pertama yang study dekat Georgia College nie, maka aku kene buat sendiri board untuk table aku. Macam negara lain, dorang semua diberi pilihan sama ada nak gunakan board yang pelajar terdahulu punya or buat yang baru.
Pagi sebelum hari kejadian tu baru aku siapkan semua nya untuk meja aku tau. Butang baju pon aku jahit pagi tu. Butang baju melayu dengan songkok terlupa nak bawak. Benda paling penting boleh tertinggal -___-
Memang tak cukup tidur weyh. Tidur lambat, bangun awal pagi. Rabak mata.
Hari kejadian, 10 minit sebelum bermula
Event bermula jam 11 pagi, tapi sebelum jam 11 pagi semua mesti dah siap set up table. Semua tetamu semua start berkunjung jam 11. Memang chaos gila lah masa hari kejadian tu. Ramai gila budak-budak sekolah masa nie. Dorang kene mintak tanda tangan dari setiap negara.
Meja students dari Japan, buat origami and dengan buat tulisan dorang. Meja students Denmark bagi rasa gula-gula Denmark, Czeh Republic pulak main tampal-tampal kertas dekat board castle yang dorang buat dan banyak lagi lah aktiviti dari setiap negara buat untuk booth mereka. Siap ada yang prepare makanan lagi tau.
Semua nya dah ready untuk terima tetamu
Nak tahu apa booth aku buat ? Aku buat sesi menganyam ketupat. Hihi. Secara jujurnya, memang aku tak pernah langsung menganyam ketupat sebelum nie. Belajar pon dari youtube sebulan yang lalu. Niat asal nak mengajar mereka-mereka yang datang ke meja Malaysia untuk buat ketupat dan bila ketupat tu dah siap, boleh dijadikan souvenir lah. But then, baru aku realize ianya sangat susah. Susah weyh nak ajar mereka semua tu. End up aku yang buat sendiri and bagi dorang. Habis cerita.
Maaf tiada gambar ketupat disediakan. Benda paling penting lupa nak ambik gambar. Rasa nak menjerit tak ?
Places that i recommend if people want to visit Malaysia.
Terima kasih erk kawan-kawan Malaysiaku dalam membantu aku memberi idea tempat-tempat menarik nie. Kemain tau promot omputih-omputih nie pergi Sabah and Sarawak bagai, tapi diri sendiri pon tak pernah jejak kaki ke sana. Ngong nya zarep.
Look who came, my roommate and Maria at Sweden's table. Next to my table.
Li Dan and Me
Aku agak kecewa sedikitlah di mana semasa perarakan bendera sekitar kampus, aku tak dapat join. Atau lebih tepat, aku tak ada mood nak join. Sebab masa aku sign up untuk perarakan tu, aku dah tanya betul-betul, ada ke tak bendera Malaysia. Dorang kata bendera semua negara ada. Kalau tak ada pon, dorang akan beli. Aku pon dengan semangatnya join lah kan.
Sekali pada hari kejadian, lebih kurang dalam 10 minit sebelum perarakan tu, dorang suruh cari bendera masing-masing. Aku pon cari-punya cari, tak jumpa. Tanya lah kan dekat dorang, dorang kata, maaf tak ada. Dorang dah beli bendera Malaysia tu khas untuk acara nie tapi tertinggal dekat pejabat. Tak rasa lawak ke ?
I feel sad everytime i see this picture >___<
Photo courtesy goes to Kaitlin Reedy
Lepastu suruh aku ambil mana-mana bendera untuk perarakan, ko rasa aku nak ke ? Haruslah tak nak.
My Japanese Friends
My very talented Czech Republic friends
I wish i can take a lot of picturess on that day, but i can't. It was very chaotic moment when the guests started to come because i'm the only Malaysian student here, so memang tak menang tangan lah. Macam negara lain semua ada partner, aku nie yang ado. Thank god my friend, Kelly, came and help me with the guests while i were doing the ketupat thing.
Photo courtesy goes to Kaitlin Reedy
Ada cerita kelakar nie nak story.
Kalau friend aku dekat facebook mungkin tahu lah benda nie since aku dah cerita dulu. Takper, aku cerita kan balik. Pada hari kejadian, dorang nak buat satu video di mana dorang nak semua negara cakap "Have a good day" dalam bahasa masing-masing. I was like, apa erk dalam bahasa melayu.
Memang boleh translate kan, tapi gonjeng gila kot bunyinya. "Semoga mempunyai hari yang baik", tak rasa gonjeng ke ? Ada ke orang kita cakap macam nie ? End up kan, aku cakap "Selamat Jalan". Lol
Bukan itu sahaja tau, budak-budak sekolah datang meja aku, how do you say "Hi" in Malay. I was like, hi jugak lah kan. But then baru aku teringat "Assalamualaikum"
Okey tak lawak. Sangat hambar.
Semasa international day tu ada banyak persembahan. I performed two times. Salsa dance and bollywood dance. My first perfomance was the salsa dance.
Terus lari tau nak tukar baju lepas habis tu. Tak sempat nak lambai langsung dekat penonton. Sombong tol zarep.
Seriously aku tak tahu langsung persembahan bollywood aku tu lepas persembahan salsa tu. Dapat tahu sebelum persembahan salsa tu when my friends said i have no time to change my cloth. So memang tak sempat lah nak tukar baju. But guess what, i changed it anyway. Aku tak nak lah nampak macam gonjeng kat atas pentas tu, yang lain semua tema ala-ala bollywood, tetibe kita nie sesat pulak lari dari tema. Kurang dari 30 saat tau, habis berterabur samping dengan baju belakang pentas tu.
Dah gigih tukar baju, lupa step -___-
Lagu kedua tu merupakan lagu baru yang kitorang tukar. Sebelum nie kitorang buat lagu kabhi kushi kabhi gham, but then sehari sebelum persembahan tu kitorang tukar. Tu yang rasa macam mamai-mamai sikit. But we did have fun on that day, that's the most important ! =)
Dracula and Adriana
Yang paling aku suka ialah persembahan students Czech Republic. Tapi malangnya, dorang tak dapat nak complete kan persembahan tu sebabnya ramai budak-budak. Persembahan nya berkisarkan dracula. Part Dracula tu yang terpaksa dorang cancel. Tak sesuai katanya. Tapi masa rehearsal kitorang dapat tengok. Seriously suara dorang nie memang tiptop lah.
With Robert as Dracula and Veronica as Adriana
Kisahnya korang boleh dengar dekat video yang aku attach bawah nie
Banyak lagi persembahan tapi malas pulak aku nak upload banyak-banyak. So lebih kurang macam tulah apa yang berlaku sepanjang international day nie. Berbaloi lah skip dua kelas hari tu untuk event nie. Kbai.
Proud of you. kalau aku sorang2 memang tak buat la..hehe.
ReplyDeleteterima kasih =)
Deletewell nak represent our own country, alone, it's not easy i tell ya. Lagi2 bila budak2 tu tanya soalan pelik2 tentang Malaysia. huh berpeluh nak jawab. but overall, sangat bangga sebab represent Malaysia sbg pelajar pertama Malaysia study di GCSU after 125 years beroperasi.
Meriahnya hidup kau Zharif. Aku dekat sini tak pernah pun nak join benda-benda macam ni. Tiba-tiba rasa malu sangat pula.
ReplyDeleteselagi boleh join aku join. lagipula aku cuma satu semester je. so there is no time to say next time =)
DeleteHai saya baru dpt tawaran upsi and last week saya search google nak tahu hows upsi and experience dorang dorang yg baru first day masuk upsi . Yeap i found your entry abt that . Your entry not blog sbb saya tak stalk pun others entry haha and harini baru tergerak hati nak baca your latest entry . Im quite shock lah sbb saw your entry dekat luar negara tuu , bestnyaaa . Good luck and congrats dpt study luar negara :)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dpat join program pertukaran pelajar nie. terima kasih lah dekat UPSI sebab bagi peluang diri ini merasa peluang keemasan ini. Thanks Syafiq =)
Delete