Saturday, September 20, 2014

Walmart

Assalamualaikum

Wahai village people semua, hari nie iols sebagai wakil village people ke negara omputih nie, nak mengajak village people semua ke Walmart. Kita buat sedikit tour di Walmart yerp.


Walmart merupakan sebuah gedung membeli belah. Tapi yang membezakan Walmart nie daripada gedung membeli belah yang lain ialah waktu operasinya. Ia dibuka 24 jam weyhh. Haruslah terperanjat masa aku diberitahu ia dibuka 24 jam. Walmart menjual segala macam jadah barangan yang kau perlukan, namakan apa sahaja. Semua ada dalam Walmart.

Masa minggu orientasi, salah satu slot dalam orientasi tu ialah trip to Walmart. Maka pergilah kami semua para international students ke Walmart. Buat rombongan mak kiah ke Walmart. Kau ada ? Walmart nie boleh dikatakan kebanggaan rakyat Amerika lah sebab kat negara lain tak ada.

GC Shuttle

GC Shuttle ke Walmart disediakan untuk para pelajar setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi sehinggalah 7 petang. Bukanlah sekadar Walmart je tau, Milledgeville Mall pon dia singgah. Tapi setakat hari ini, aku tak pernah pergi Milledgeville Mall lagi. Tak jauh pon lokasi-lokasi nie dari GCSU. Dalam 10 minit perjalanan je dan yang paling penting, pelajar GCSU naik secara percuma.


Aku selalu stuck berjam-jam dekat bahagian nie. Tetibe saka aku datang kalau aku kat sini. Dekat setiap bahagian baju-baju, dia akan ada tempat clearance sale. Kiranya saki baki baju yang belum terjual, dia akan letak dekat sini and the price murah gila ya. Aku boleh gila. Sebab tu aku spend berjam kat sini dok belek-belek baju. Baju yang harga asalnya dari 9 usd jatuh kepada 3 usd. If you're lucky enough, you will get clothes with 1 USD price tag. Ko gila kalau aku tak ambik ? Haruslah sambar satu dua kan. Tiga empat pon boleh.


Nie nak dekat musim Halloween, macam-macam costume dorang jual. Murah-murah pula tu. Kira murahlah dari harga Malaysia. Tema dinner PSYCH next semester apa ? Cepat tentukan, aku nak beli costume siap-siap nie. Hahahaha


So marilah tengok hasil sambaran saka aku membeli-belah baju di Walmart.

1 dollar je baju-baju nie

Aku sangat berpuas hati dengan baju-baju yang harganya 1 dollar nie. Kalau ada banyak baju harga 1 dollar tu, sudah tentu aku beli untuk jiran tetangga sekali. Malang sekali tak banyak. Dia kadang tinggal satu je baju tu kat situ. As i said before, ianya di bahagian clearance sale. So faham kan ?

Baju harga 3 dollar

Paling terkesima bila ko boleh angkut dengan hanger-hanger-nya sekali bawa balik rumah. Itu maha dahsyat bagi aku. Murah hati betul Walmart nie. Sapa-sapa yang nak datang America tu, toksah beli hanger. Kalau beli baju dekat sini, kau angkut sekali hanger dia. Hahaha. Dan lagi satu yang membuatkan village people macam aku nie terkesima ialah, kita boleh self-check out. Maksudnya kita boleh bayar sendiri dekat kaunter without cashier pon. Wow ke tidak ?


Kalau nak tengok video, bolehlah berbuat demikian dengan klik video di bawah nie,


Aku rasa advance gilalah kehidupan dekat America nie. Setiap hari ada je benda yang buat aku terkesima. Dari terkesima benda yang elok sehinggalah terkesima dengan benda yang tak elok. Welcome to America Zharif ! 

Memang setiap minggulah kitorang buat rombongan che kiah ke Walmart. Kalau pergi dengan si Takafumi nie, memang seronok. Dia nie jenis kelakar dan outgoing person. Ada je benda dia nak buat. Kira dia nie penceria suasana lah. Sukalah berkawan dengan dia nie.




Dan part yang paling parah sekali, bila dia suruh kitorang semua buat runway show dekat depan Walmart. Oh tidakkk ! Boleh saksikan videonya di sini.


Sabor jelah mak jemah melayannya pon. Dah itu je aku nak cerita pasal Walmart. Berhampiran dekat Walmart nie ada pasaraya yang diberi nama Dollar Tree. Dekat situ lagi boleh buat aku meroyan. Situ semua barang bernilai 1 dollar. Bapak murah. Aku tak bolehlah pergi tempat macam nie. Aku boleh gila. Sekian.

9 comments:

  1. Walmart, Zharif bukan Wallmart. Hehe. Untunglah Walmart buka 24 jam, murah, dan dekat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohmaigaddd farah, awat tak habaq awal2.. banyak pulak tu nak kne edit.. hahaha
      nampak sangat village people nya kau nie zarep oii.. hahahahah

      Delete
    2. Awal apa aku bagitahu. Seronok la tengok kau enjoy hidup kau kat US ni. Banyak je benda yang kau dah buat tapi aku tak pernah buat walhal dah nak 2 tahun lebih dok overseas macam self-check out counter tu! hihi.

      Random comment: Aku pun beli bantal Walmart macam kau tu masa aku baru-baru sampai Canada.

      Delete
  2. Bapak best ! Hadiah birthday itew from US nak jugak jayep :3 . Huhu

    ReplyDelete
  3. btw zhariff, everything under 10 usd can be considered murahlah...janji dalam otak, "jangan convert. jangan convert"...akak pon gtuh jugak...kehkehkehkeh... :D

    p/s: am reading this entry with big smile... taktahu kenapa, i really like ur writing style...heheheh :D its fun to read... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah rasa sendiri mcm mana tinggal oversea, bru dpat tahu betapa terseksanya diri ketika berbelanja. keep convert to RM. hahahaha. terima kasih ye akak =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini