Sunday, September 14, 2014

New Hair Cut, Yay or Nay ?

Assalamualaikum

Semalam, aku pergi ke kedai gunting rambut. Jadi entri kali ini, aku nak tunjuklah hasilnya macam mana. Okay tak ? Ini merupakan kali pertama aku gunting rambut di Amerika. Rambut aku semakin memanjang dan aku mula rasa rimas. Nak tak nak, kena juga potong.


Gunting rambut dekat Amerika nie agak mahal sebab biasa aku gunting rambut harga dalam RM10 je. Kali nie, aku spend 10 USD. Cuba korang convert kepada duit Malaysia. Tak pernah-pernah aku gunting rambut mahal macam nie. Paling mahal pon masa aku belajar dekat KMPP dulu, saja menggedik nak cuba gunting rambut dekat salon. Kenalah caj RM25. Kira kali nie cipta rekod baru.

Ini pon kira murah jugak tau, sebabnya rata-rata kat sini semua dalam 15 dollar ke atas. Bila aku tanya student dekat sini, dorang kata biasanya lelaki gunting rambut sendiri je. Dorang tak nak habiskan duit hanya untuk gunting rambut. Dah kalau dapat tangan yang tak pandai gunting rambut macam aku nie, tak ke naye kalau rambut tu senget benget.


Salon yang aku pergi nie, lokasi dia terletak dalam Walmart. Asalnya aku tak jadi potong sebab rasa macam mahal sangat. Tapi bila tengok resit pembelian dari Walmart, sekarang salon tu tengah ada promosi potongan rambut dengan harga 10 USD. Terus aku patah balik pergi ke Walmart. Gilalah, dalam satu hari pergi Walmart dua kali. 



Satu yang aku perasan dekat sini, dorang sanitize semua alatan yang dorang dah guna, baru dorang guna balik. Dah macam dekat hospital pula aku tengok. Kira baguslah, kebersihan terjaga. Memandangkan aku baru sekali masuk salon kat Malaysia, aku tak tahulah salon dekat Malaysia operasi dia macam mana, maybe samalah kot.

Biasa aku potong rambut dekat barber shop kampung je. Dorang mana amalkan langkah-langkah kebersihan sebegini. Dah guna dekat pelanggan lain, terus guna dekat diri kita. Bila fikir balik, bahaya juga. Kira well spent lah duit kita guna dekat tempat gunting rambut mahal sebab kebersihan terjaga.


Harapnya, tak kene potong rambut lagi dah lepas nie. Koyak poket weyh. Lebih baik aku guna duit tu untuk untuk shopping. Rambut tolong jangan cepat panjang please.

9 comments:

  1. Abang seniorrrrrr 😭😭 😭

    ReplyDelete
  2. Nay. Rambut panjang tak nampak kurus sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaaa.. kita susoh nak gemok lah awok >__<
      rambut panjang rimas sangat

      Delete
  3. US ni memang murah dari Canada la. Stress pula aku tengok. Kat sini, mahal gila nak potong rambut >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah sini pon farah...sini dry cut samapi 5 cm, dah kena rm48...gilorlah...memang budak2 sini bukak kedai gunting rambut mamak sendiri dekat sini.... :D

      Delete
    2. sabar jelah erk Farah. lagipula, perempuan rambut panjang okey lah. acceptable what. laki nie hah, dengan kes mcm aku nie yg tak reti nak style rambut lagi lah parah kalau berambut panjang.

      Delete
  4. hahahha...lawak... btw, dekat sini banyak student lelaki malaysian, sebab kos engineering kt sini, budak2 laki sini ramai2 bukak kedai gunting rambut sendiri...FOC...ahhahah dapat jimat sikit.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. tulah, masa kat sana, ramai jugak student perempuan offer utk guntingkan rambut. free je tak payah bayar. tp baru dpat tahu lepas dah potong rambut T__T

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini