Assalamualaikum
Kali nie kita buat entri sebelum datang Amerika. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat diri ini untuk memiliki handphone baru. Niat asal nak beli handphone sebelum raya, supaya dapat camwhore sepuas-puasnya di pagi raya, tapi tak tercapai. Berdoa punya berdoa, harap-harap sebelum datang Amerika dah dapat pakai phone baru. Barulah boleh selfie dengan jayanya agar orang-orang kampung dapat mengetahui perkembangan diri ini di negara orang. Gituhhh !
Nama handphone yang aku beli ialah Oppo Find 7a. Bagus mana pon iphone 5s tu, aku tetap tak nak. Hati aku memang dah muktamad nak Oppo Find 7a juga. Tapi kewangan pula tak menyebelahi, my mom cakap beli jelah apa yang kita mampu, jangan beli apa yang kita nak. Aduiii meronta hati sanubari aku masa tu tahu tak.
Aku pon pasrah jelah, kalau dah dekat tarikh flight tapi masih tak ada duit, aku memang aim Samsung S3. Sebab S3 pon quite nice. Camera depan cantik. Sesuai lah dengan bajet yang aku ada. Sony pon okey juga, cumanya kualiti kamera depan sony tak cantik. Pecah-pecah.
Sudah tamat riwayat handphone samsung ku |
Entri kali ini bukanlah aku nak bentangkan segala jadah spesifikasi handphone nie. Korang boleh rujuk butiran Oppo Find 7a dekat dalam blog Faiz Ibrahim, klik SINI . Beliau telah review handphone ini dengan begitu baik sekali. Bagi aku, dia nie memang pakar bab-bab gadget. Jasinya, apa-apa gadget yang dia sarankan untuk beli, aku percaya gadget tu sangat terbaik. Sebab itu aku yakin dan muktamad, Oppo Find 7a adalah pilihan yang terbaik.
Cuma di sini, aku nak highlight beberapa faktor yang sangat terbaik yang ada pada Oppo Find 7a :
1- Fast charging. I really love this feature. Dalam masa 30 minit, handphone dapat pengecasan penuh.. Aku dah tak berapa nak guna kot powerbank yang aku beli tu. Tersimpan elok je dalam laci. Sebelum mandi pergi cas phone, dah siap mandi tengok handphone dah siap cas. Tak ke gembira hati mak jemah melihatnya ?
Dia bagi dua charger, kiri untuk fast charging, kanan untuk cas biasa |
2- Skyline Notification Bar. Yang nie bagi aku sangat unik. Setiap kali ada notifikasi, tak keahlah apa jua jenis notifikasi, lampu skyline dia akan menyala lip lap lip lap. Cantik !
Secara keseluruhannya, aku sangat puas hati. Kamera cantik, depan belakang cantik. Sound pon okey, dengar lagu ala-ala disco, perghhhh terbaik. Memang tak boleh diam badan nie dengar lagu On The Floor Jennifer Lopez.
Tapi agak malang sekali ya. Ada tragedi berlaku semasa aku nak beli handphone ini.
Meyh lah aku cerita. 9 Ogos yang lalu, bertolaklah diri ini bersama Bebo tercinta, Paris New York, Jida Achin dan juga kakakku yang busuk ke Sunway Pyramid. Dalam perjalanan nak pergi beli tu, kereta buat hal pula. Temperature kereta mula naik. Tak tahulah sebab apa. Singgah pasaraya beberapa kali untuk turunkan temperature tapi tetap tak turun. Isi air enjin, bila tengok balik, air tu dah habis. Lagilah pelik. Bocor ke apa kereta nie. Aku pon menggagahkan diri juga untuk teruskan perjalanan. Perlahan je aku mandu kereta.
Sikit je lagi nak sampai dekat Sunway Pyramid, kereta aku mati dekat atas jalan. Dahlah masa tu banyak gila kereta. Kereta kitorang mati dekat tempat nak u-turn ya dan tempat u-turn memang banyak kereta.
Kereta belakang pula sibuk hon-hon, eee panas je. My mom kawal stering manakala yang lain tolak kereta untuk ketepikan kereta dari tengah jalan. Jida Achin pula selaku tukang ambil gambar. Maka kitorang pon tolaklah kereta tu. Gambar di bawah merupakan ilustrasi keadaan jalan yang kami lalui.
Rectangle warna hitam tu tempat di mana kereta aku mati |
Kitorang nak gerakkan kereta ke triangle purple tu. Triangle purple tu merupakan stesen minyak. Ingat nak parkir kereta dekat situ je sementara tunggu bantuan tiba. Gigihlah tolak kereta tu. 1 km jugalah jarak nak ke situ. Penat weyhh. Sebaik sahaja kereta yang kami tolak sampai di bulat kaler merah tu, kami kena melintaskan kereta. Kereta memang anyak gila masa nie. Someone must stop the traffic by standing in the middle of the road so that kitorang boleh melintas. Memang idaklah aku nak berhentikan traffic tu. Malu weyh. Malu sangat. Faries yang berhentikan traffic, lepastu kitorang tolak dengan lajunya. Malu sangat weyh orang keliling tengok kitorang tolak kereta.
Dah parkir kereta di stesen minyak tu, kitorang pon berjalan kaki ke Sunway Pyramid. Jauh juga nak ke situ dari stesen minyak. Nak naik teksi, macam membazir pula. Dah lah my mom puasa masa nie. Kesian dia. Duit pula berkepuk dalam purse, memang tawakkal jelah masa tu.
Ayah pon datang sebelum kitorang nak balik tu untuk menyelamatkan kami berlima. Alhamdulillah, masa tu, kereta pon dah boleh hidup. Tak tahu apa yang problem kereta tu. Tiba-tiba je temperature kereta naik.
Maka itu lah kisah tragik semasa nak beli Oppo Find 7a nie. Banyak betul dugaan nak beli phone nie. Macam petanda supaya tak payah beli je. Tapi nekad juga nak beli, sebab lagi dua hari nak fly dah masa nie.
Disebabkan nak beli handphone, aku tak berbelanja banyak untuk shopping raya tahun nie. Kalau tak, selalunya akulah yang meroyan dalam Times Square tu beli baju. Tapi tahun nie, aku menggunakan konsep bersederhana sahaja. Gituhhhh. Padahal dah shopping online dulu. Puihh
BTW, kalau berminat dengan handphone nie, harga dia RM1598. Dengan kualitinya yang maha tiptop, sesuailah harga dia. Ini pon kira murah tau compared to other smart phones yang almost sama spesifikasi dengan Oppo Find 7a nie. Ingin maklumat yang lebih lanjut mengenai Oppo Find 7a, boleh lah tengok video nie, KLIK .
Dah genap sebulan aku pakai handphone nie dan Alhamdulillah aku puas hati sangat. Samsung Ace Duos tu banyak berjasa kot. Cerita masa first beli Ace Duos nie kat sini, KLIK . Retak seribu awal bulan disember tahun lepas. Luluh hatiku tengok handphone ku retak di depan mata.
Harapnya Oppo Find 7a nie dapat bertahan lama. Aku nie dahlah agak clumsy sikit kalau bab-bab penjagaan handphone. But no worries,aku pasang tempered glass. Apa-apa hal, glass tu yg kene dulu. Hihi. Tapi tetap kena juga berhati-hati.
Tak pernah dengar pasal Oppo Find 7a ni. Kenapa banyak gila product baru keluar masa aku takde dekat Malaysia ni?
ReplyDeletemaybe tak meletup lagi kot masa tu. even masa aku kt US, dorang ingat ini handphone ciplak. sakitnya hati kuuuu
Deletemy current phone skrg pun galaxy ace duos. & plan pun mmg nk rembat find7a hujung bulan nih. haha XD
ReplyDeleteyeay !! kita geng =)
Delete"besides, who wants you pon?" lawal giler part ni... hahahahha :D
ReplyDeletecepat2 pakaikan fon baru dengan screen protector, nnt jatuh tak pecah dah...akak 3 tahun dah pakai samsung s2, sampai skrg, kalau pijak dengan boots pon xkan pecah...ahhahahh :D
amboiiiii pandainya akak jaga .. saya nie mmg careless banyak.. tu pasai jadi lagu tu =D
Deletedah pasang dah screen protector. tp telah berlaku something pada phone tu T___T rasa nak nangis kot bila benda tu berlaku.
boleh bagi feedback x setelah 5 bulan pki phone ni..tgh usha oppo ni..lawoo spec pun cntik..tpi harga..mak aii
ReplyDeletesangat berpuas hati overall. cuma nak taip tu agak slippery sikit.
Deletetapi lepas saya tengok kawan beli iphone 6 and experience sendiri iphone 6 dia tu, boleh sy katakan iphone 6 sangat best. kamera dia perfect lah. tapidh ada oppo nie pon dah bersyukur sangat. sebab perfomance dia okey. cuma tu jelah bab nak taip tu agak slippery sikit.
fon kita sama tang ace duos tu haa..wlpn bkn fon petama tp fon pertama guna duit elaun sndiri..dekat 3 tahun pakai..lps tu beli oppo jgak...tp x mampu find 7..beli r1l je..ace duos tetap guna as fon kedua...xkn bagi kt adik2 or org lain...hehe
ReplyDeletei see. eh walaupon ace duos tu dah retak seribu, memang still guna lagi. sebab dah biasa guna dua2 nombor. nak matikan salah satu, tak boleh sbb dua2 nombor penting. tu yg still pakai lagi phone ace duos yg retak seribu tu..
Delete