Tuesday, September 9, 2014

Grocery Shopping at Doraville

Assalamualaikum

Hari Sabtu yang lalu, iaitu pada 6 Sept, Aku pergi ke Doraville yang teletak berhampiran Atlanta. Kali nie aku pergi bersama gerakan Chinese Christian Fellowship. Kiranya trip ke Doraville ini merupakan salah satu aktiviti kecil yang dianjurkan oleh mereka. Fellowship nie, kawan aku yang perkenalkan. Orang nak bawa pergi trip percuma, aku on je. Kenapa tidak. Grocery Shopping with Chinese Christian Fellowship.


Dari Milledgeville untuk ke Doraville, mengambil masa selama 2 jamuntuk sampai. Kami bertolak pagi-pagi dan tiba di sana pada jam 11 pagi. Lokasi pertama yang kamipergi ialah H Mart.



Agak terkejut ya bila sampai di sini sebabnya aku nampak beberapa buah-buahan tempatan Malaysia yang dijual di sini. Pertamanya aku ternampak buah rambutan. Lebih memeranjatkan lagi, kawan-kawan aku daripada negara Jepun tidak pernah nampak buah rambutan. Dorang minta aku terangkan bagaimana rasa buah rambutan. Aku tak tahu nak terangkan macam mana, aku cakap e buah dia rasa macam buah laici. Lol


Produk Yeo's pon ada dijual di sini. Tak pastilah produk nie asal daripada negara mana, tapi oleh kerana biasa nampak dijual di Malaysia, aku jadi teruja melihat produk Yeo's di sini. Tambah-tambah bila ternampak logo halal itu. Ouh lupa nak bagi tahu yang pasaraya aku pergi nie menjual barang-barang atau produk-produk daripada negara Asia. Kebanyakkan jenama-jenama produk terkenal di Asia, diimport dan dijual di pasaraya ini.  Tapi tak banyak pon produk Malaysia dijual dalam pasaraya nie.

They even sell durians here. But why they froze it, that's weird

Sebaik sahaja kami selesai membeli barang di H Mart, kami terus bertolak ke pasaraya seterusnya iaitu Buford Highway Farmers Market.






Terkesima tak ? Haruslahlah kan. Serious iols tak sangka produk Malaysia ada dijual di sini. Terpegun sangat sampai rasa macam tak nak berganjak dari tempat tu. Hampir 88 saat jugak lah kat sini.


Dekat pasaraya nie ada juga jual ayam halal tapi mahal harganya kalau nak dibandingkan dengan harga ayam biasa. Cashier yang berhijab tu kata, kalau nak beli ayam halal, lebih baik beli dekat luar. Pasaraya nie jual harga mahal untuk ayam kategori halal. Berdekatan market nie, ada satu kedai jual produk-produk halal.


Tudia, nama diberi Bangladesh Halal Meat & Grocery. Dekat Malaysia bukan main lagi kita pandang rendah dekat bangla, dekat sini dorang sangat berjasa untuk orang-orang muslim di sini. Ada dua kedai, lagi satu kedai diberi nama Al-Amin Halal Super Market and Restaurant. Dekat lah jugak antara dua kedai nie.


Tapi aku tak beli pon ayam mentah. Nak buat apa pon. Memang teringin nak masak. Tapi nak simpan mana ? Memanglah rakan sebilik aku ada peti ais, tapi iols malu lah nak mintak tolong dia. Korang nie macam baru kenal aku sehari dua pulak. Iols nie kan pemalu orangnya. Sanggup menderita daripada menyusahkan orang lain.

Dorang singgah makan dekat satu restoran Korea nie. Namanya Tofu House. Restoran Korea nie sangat popular dikalangan penduduk di sini. Tapi bila tengok menunya alahai sedih, ada lah beberapa menu yang aku boleh makan, tapi aku tak berkenan lah pulak.


Aku pon berjalan kaki menuju ke Al-Amin Restaurant. 8 minit berjalan kaki daripada tempat kitorang makan tu. Memang basah habis baju aku masa tu akibat berpeluh. Basah kuyup weyh, pelik aku. Tak pernah-pernah kot. Tapi tak apa lah, demi mencari sesuap daging yang halal, ceyhhhh drama queen sangat.


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Kau beri aku peluang makan daging halal. Memang heaven sangat dapat makan daging. Daging pon bukan calang-calang daging tau, daging kambing aku order. Kau ghase ?


Aku beli bungkus untuk dibawa balik. Sampai je restoran Korea tu memang tercungap-cungap aku dibuatnya. Sangat teragak-agak untuk duduk di sebelah kawan aku sebab baju aku basah akibat peluh. 8 minit jalan kaki. Basah ketiak.


Harga makanan dia memang rasa nak menangislah bila convert ke duit Malaysia. Aku beli dengan harga 10usd. Cuba convert ke duit Malaysia, kali dengan RM3.30. Jangan bagi tahu aku, nanti aku kemurungan berpanjangan.


BTW, dapat lah jugak merasa makanan-makanan dekat restoran korea nie. Cicip kawan-kawan punya. Boleh tahanlah sedap. Satu yang aku rasa wahh dekat Amerika nie ialah, mereka tak kisah pon kongsi-kongsi makanan antara lelaki dan perempuan. Tak ada rasa euuuuuuu pon.


Lepastu singgah kedai sebelah untuk beli bubble tea. Aku tak beli pon, dorang je yang beli. Aku dah mengalami kemurungan lepas berbelanja sebanyak 10 dollar dekat Al-marhum nasi beriyani kambing tadi. 

So apa yang aku beli untuk shopping kali nie ?


Aku rembat Raspberry dengan harga  2.50 USD. Dekat Malaysia tak dapat harga murah begini. Jadinya haruslah aku beli. Hari tu dah cuba rasa blueberry, aku beli dekat Walmart. Pon murah juga dalam 4 USD macam tu. Aku beli pepero yang digilai ramai tu walaupon pernah kecoh sebelum ini akan status kesuciannya. Rakyat Malaysia biasalah tu. Pantang meletop viral sesuatu barang, sampai lubang cacing dia akan kaji. Terutama sekali bab halal dan haram. 


And i bought this chocolate as well. OMG !! Serious sedap gila weyh. Hopefully ada jual dekat Walmart sebab aku nak beli lagi. Harga dia 2 USD je. Aku juga beli sarung tangan. Sebab aku rasa macam duduk dalam peti sejuk dekat dalam bilik. Jadi haruslah beli. Itu saja lah cerita nya. Dalam van aku tidur je. Ngantok sangat tak tahu pasaipa. Sampai Milledgeville dalam jam 6 petang. Terus singgah makan dekat dining hall. 2 jam perjalanan buat aku lapar weyhhh.

10 comments:

  1. Dik lama tak singgah blog ko ni..
    Kagum akak ko tengok barang2 pasar ala2 cili bagai tu dijual dengan tersusun cantik.. kalau kat sini benda2 macam tu tahap kat pasar pudu je dik.. hahaha.
    Tu lah kalau dah diperantauan orang, semua benda kena survive kannn.. tu yang sanggup menderita daripada menyusahkan orang lain... kekekeke..
    kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Zaza. kene berdikari, kadang tu terpaksa tersiksa sendiri demi utk tidak menyusahkan org lain..

      Delete
  2. Asian supermarkets memang heaven! Macam-macam benda yang kau selalu makan boleh jumpa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xper, semua barang yg familiar boleh jumpa =)

      Delete
  3. Biase lah tu harga makanan kat oversea ni mahal..kalau kat dublin ni 10 euro and darab lah dalam rm4.10..mau tercekik bile tgk bil...bergetar je tgn nak hulur duit 10euro kat cashier..hahaha...tp tips die bile da duduk kat oversea..jgn convert..anggap je la 10usd tu mcm rm10..lg satu cerita la pengalaman smbahyg kat public..dulu pernah je smbahyg dlm fitting room, tepi pantai beralaskan pasir putih, atas bukit menghadap laut..best kan..tp mat saleh sume pelik siap ambik gmbor..haha..tak pernah tgk gamaknye...kat malaysia tak dpt pglaman macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang, bila convert tu yang rasa tak nak beli tu.. yupp, setuju sangat bab solat tu. tp saya malu lah solat dekat public. sebabnya tak semua boleh terima agama kita kan. tu yg prefer solat dalam bilik...

      Delete
  4. Alhamdulilah tabah mencari makanan halal...Respect!

    ReplyDelete
  5. kat sini, asian supermarket dia ada 1 je product dari msia...heaven giler ade maggi dekat sana tuh... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ! tetibe rasa sayang sangat kat Malaysia tu sampai bila tgok barang buatan Malaysia. hihi =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...