Monday, April 7, 2014

Health Exhibition Day, PSYCH UPSI

Assalamualaikum

Pada 3 April yang lalu, kami pelajar psikologi yang ambil subjek Health Psychology kena anjurkan satu projek yang diberi nama Health Exhibition Day di mana program ini bertindak sebagai salah satu langkah untuk dedahkan pelbagai jenis penyakit kepada khalayak ramai. So that people would aware about many type of diseases and take precaution steps from that. Tibehhh tulis English.


Program ini telah diadakan di Blok 8 Kampus baru dari jam 9 pagi sehingga jam 4 petang. Terdapat dua slot, slot belah pagi adalah berkenaan Cancer Awareness. Segala jenis-jenis kanser kami paparkan. Bagaimana cell cancer tu develop semua, banyak lah info yang boleh dapat dari sini. Serious cuak juga lah bila dengar pasal kanser nie.

Slot belah petang pula, berkenaan Healthy Life Style. Group aku slot belah petang di mana booth kami, kami buat pasal Stress management. Siapa-siapa yang stress boleh datang ke booth kami. First kami uji level stress seseorang tu melalui gambar. Selepas itu, kami akan bagi tahu langkah-langkah bagaimana untuk menangani stress. Barulah kami ajar teknik urutan dan pernafasan.

Smoking Booth 

HIV AIDS Booth




Banyak aktiviti dan permainan yang disediakan dari setiap booth. Kreatif-kreatif mereka semua nie. Yang pasti, pengunjung tidak akan pulang dengan tangan kosong. Aku pon tak nak lepaskan peluang, haruslah kutip segala jadah gift-gift yang disediakan di setiap booth. Cuba main game yang dorang sediakan. Kalah menang semua dapat hadiah. Jadi, tak payah gigih sangat. Kah !




Semua yang kami paparkan pada Health Exhibition Day nie akan diambil kira. Ada mata-mata yang memerhati meninjau sejauh mana pengetahuan kami terhadap sesuatu penyakit itu dan juga bagaimana kami melayan semua pengunjung-pengunjung yang datang ke booth kita. Di samping itu juga, dua orang pensyarah akan datang menyelia booth kami dan ambil markah.


Yang belah pagi, okay lah xde apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Tapi slot petang, masa penilaian tu tengah berangin gila-gila, hujan lebat sangat. Ada booth terpaksa tutup sebab habis semua benda kene tiup angin. Tutup setelah penilaian dari dua pensyarah berlaku. Cuaca sedikit sebanyak telah mengganggu waktu penilaian masa nie since suara pon tak berapa nak dengar. Diharapkan semua kumpulan dapat markah tinggi.






Tak sia-sia siapa yang datang sini. Bukan takat hadiah je dapat, mata MyCat pon dapat tau. UPSIan tahulah betapa pentingnya mata MyCat nie kan WALAUPON tiap kali check mata MyCat dekat portal tak berganjak-ganjak, takat tu je walaupun dah turut serta banyak aktiviti yang menjanjikan mata MyCat.



Jam 5 petang semua selesai sesi kemas-kemas. Alhamdulillah tamat sudah satu program yang aku rasa agak rush jugalah untuk dibuat. But still berjaya dilaksanakan. Syabas untuk semua.


Balik je bilik, sedihnyalah tengok bilik aku. Banjir weyhh. Lupa nak tutup tingkap masa keluar. Habis lantai, meja study semua basah. Lantai bertakung air. Dah lah satu badan nie penat baru habis program, kain lap pula tak ada. Aku dan Muiz hanya mampu baring atas katil dan biarkan air-air kat lantai tu kering dengan sendirinya.


Paling menyedihkan, buku statistik aku basah lencun. Dahlah buku baru beli. Aiyoooo. Pengajaran buat kami berdua supaya tutup tingkap setiap kali keluar bilik.


Terima kasih kepada pemberi pinjam baju aku pada hari tersebut. Baju PSYCH nie dibuat ketika batch aku belum masuk lagi. Jadinya, bila ada program dan semua nak berpakaian seragam PSYCH, aku tak ada baju nie. Kenalah pinjam dari senior. Terima kasih Arfah sebab pinjamkan baju. 
 

7 comments:

  1. Seronoknya, nampak macam meriah gila! By the way, kau makin kurus ke Zharif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. last two weeks turun sekilo. last week cek, turun lagi sekilo. now berat 52kg tinggal.. sedih nya T___T
      masalah berat badan yang tiada penghujungnya ...

      Delete
    2. Senang sila berat kau turun!

      Delete
  2. ada aiman bahnan lagi hahha .. kau mcm makin kurus je people

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah , nama pon satu kos kan =P
      i lost another kilo adi T__T i need help before i turn into tulang temulang >__< uwaaaa

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...