Tuesday, April 15, 2014

Makan meatball di IKEA

Assalamualaikum

Terimalah cerita tertangguh ini akibat ada lori jahanam mana entah pergi langgar wayar telefon rumah aku dekat luar tu sampai putus. Tak sedar lori tinggi, nak juga lalu jalan sempit. Lepastu main lari je pulak tu. Kuasam betul. Habis internet tak boleh nak guna. Now dah ada dekat UPSI baru boleh update.


Selalu tengok para blogger makan meatballs dekat IKEA, jadi diri ini yang juga digelar blogger yang ado nie pon haruslah makan meatballl IKEA juga. Hari Isnin hari tu, aku dan kawan baik aku pergi IKEA. Ini merupakan kali pertama aku sampai dekat IKEA. Besar ya IKEA nie. Keliling dia semua shopping malls. Rasa wow jugalah, maklumlah orang kampung masuk bandar haruslah terkesima. Masuk IKEA terus cari meatballs yang sangat terkenal itu.


Beli 20 biji meatball, Meatball dan pasta, dan sup cendawan. Sup cendawan tu tak panas pon, nak makan pon tak selera. Perasan, ada microwave disediakan. Ke memang dia sengaja sediakan sup sejuk dan suruh kita panaskan sendiri ?


Agak teruja jugalah nak makan meatballs. Rasa dia boleh tahanlah, cuma kalau makan banyak-banyak jadi muak. The black pepper sauce pon rasa dia okey-okay saja. Aku tak nampak kemesraan gabungan sos strawberry dengan blackpepper tu. Gabungan yang cukup pelik. Mash potato tu pula sangatlah tak sedap dan tak dapat diterima tekak.



Harga dia berpatutan. 20 biji meatballs tu harga dia cuma RM17 je, pasta tu dalam RM8.90 dan sup tu dalam RM4 rasanya. Total RM30 ringgit je kitorang makan masa tu, termasuklah sebotol air mineral. Lain kali boleh pergi lagi.

Dah sampai sini, haruslah ronda-ronda sekeliling. Macam-macam ada dekat IKEA nie. Bawa ibu aku ke sini boleh meroyan rasanya. Dengan harganya yang sangat gila murahnya. Haruslah meroyan. Pasangan yang baru sahaja berkahwin dan memiliki rumah, bolehlah datang ke sini untuk tengok-tengok cara mereka menghias rumah. Boleh jadikan inspirasi juga.




Buku itu sangat unik. Haruslah aku beli. Lagipun murah je. Yang lagi dua tu, kawan aku punya. Murah kot bakul sampah dengan meja sisi tu. Meja tu harga RM29.90. Memang murah-murah barang dekat IKEA. Macam mana tak meroyan.


Itu jelah pengalaman pertama makan dan berjalan-jalan dalam IKEA pada 7 April yang lalu. Harap dapat pergi lagi lepas nie. Seronok dan rindu nak makan meatball tu lagi.

10 comments:

  1. Aku kalau pergi IKEA ni pun ala-ala meroyan juga. Semua benda rasa nak beli. Semua benda rasa cantik! Aku dengan kawan-kawan aku kat sini asyik berangan je kata bila dah kerja dan ada rumah sendiri nanti, nak hias rumah pakai perabot IKEA je.

    Aku pun rasa benda yang sama macam kau. Meatballs tu sedap la juga tapi muak kalau makan banyak sangat. By the way, tu bukan strawberry sauce. Tu raspberry sauce. Kalau dekat negara Barat, memang style makan meatballs dengan raspberry sauce.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn !! design dia comel2.. aku pon berangan jugak bila ada rumah nanti nak beli barang semua dekat IKEA.. but then kne start save duit lah dari sekarang =D hewhew

      owhh raspberry ke, sorry silap.. rasa mcm xkene makan meatballs dengan raspberry.. kita tekak melayu =P hihi

      Delete
    2. Aku rasa raspberry sauce or meatballs tu punya gravy kot yang ada kurang dekat mana-mana. Aku pun tak suka makan meatballs IKEA dengan raspberry sauce. Tapi, dekat sini, kalau makan meatballs or Thanksgiving turkey dengan raspberry sauce, rasa dia sedap gila!

      Delete
    3. sounds delicious >__< btw apa tu gravy ?

      Delete
  2. Waw... zharif mkn meet ball... Arjuna pun pernah makan jugak... biasa biasa jeeee... dulu mcm2 org cite... dulu laaa... katenye meet ball nie tak dapat kelulusan sijil "HALAL" ayooyooo... tapi dah makan kira halal je laaaa... so bila dah ada keraguan tak nak dah hehehe... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah i've heard about that before. there are too much rumors about the meatballs, some said this, some said that, so as starbucks. i dont know how to answer about this "halal" thing coz i will look stupid. but i've read a post from IKEA page on facebook said, they stopped from selling the meatballs on february 2013 just to check whether it's halal or not. then they sell it again because there is nothing to worry about. there is no non-halal thing on it. but still the muslim want the JAKIM certificate right ? so as starbucks, again. what can i conclude here is, i am confident it is halal and i have no doubt about it. if you have doubt about it, dont eat it. it's simple.

      i know this halal thing will go and on and on until i dont know when. but for sure, it will never solved.

      Delete
  3. sme.la aritu baru pegi..tetiba terpk napelaa kat melaka tak ade ikea.. kalo tak selalu bleh pegi..
    anyway slm prkenalan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann =) takpelah jauh sikit, kalau dekat nanti muak pulak kan =) hihi
      salam perkenalan juga =D

      Delete
  4. Assalamualaikum zharif, hahaha akak dah lama tak makan meatballs, last masa awal2 pregnant. hahaha kira aci la lepas ngidam masa tu. hahahhaa ingat nak pergi tengok baby cot. hahahhaa akak pun tak suka combination strawberry sauce.. selalu asingkan kat tepi dan lahap meatball tanpa segan silu. muahahhahaaa ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      masa mengidam pon xdevelop lagi kann =P hihi.. aah tak kene kan gabungan rasa dua tu. by the way sy silap itu bukan strawberry sauce tp raspberry sauce kata kawan sy.. tp still xsedap jugak rasa dia.. hahahah

      maybe kalau ada roti gardenia kosong boleh kot jadikan jem, maybe rasa dia akan jadi sesuai.. =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini