Monday, April 28, 2014

Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum

Baru-baru nie, aku buat kad pengenalan baru. Sudah tiba masanya untuk aku tukar kad pengenalan aku nie. Umur pon dah menjangkau usia 21 tahun, jadinya kad pengenalan lama dah tidak valid. Bukan nak cakap apalah kan, tapi serius rasa nak menangis tengok IC baru aku nie. Aku syak, akak yang ambil gambar aku tu, dia malas nak edit kot. Merah padam muka aku pasaipa. Dah lah benda nie permanent. Adoiii


Bukan saja-saja aku tukar IC baru. Ikutkan hati tak nak tukar pon. Nak biar je sampai ke tua dengan kad pengenalan berwajah 12 tahun ku itu. Tapi kena tegur pula dengan akak yang kerja di imegresen masa aku nak buat passport. 

"Dik, sekarang umur berapa ? Nie IC masa umur 12 tahun kan ? So tukar lah IC. Pergi buat IC dulu baru boleh ambik passport nie jam 4.45 nanti. Mintak IC sementara dekat orang yang buat tu"

Dia cakap tu dengan nada yang sangat menjengkelkan ya. Rasa menyampah betul tengok muka dia masa tu. Kalaulah aku tak kena buat passport, pasti IC aku akan kekal sampai sekarang. Nie buat passport pon terpaksa tau. Hehe


Aku nie kalau bab ambil gambar untuk documentation, sumpah muka jadi auto hodoh. Pos gambar dekat instagram bukan main helokk, tibahhh puji diri sendiri. Tapi gambar IC dengan passport, macam harammmmm jadah hasilnya.

Kad pengenalan sementara, dah macam warganegara asing pon ada

12 comments:

  1. Assalamualaikum dik. hahaa pasrah je muka merah dalam IC baru. hahahahakkk. akak dah tukar IC gak... muka bambam sebab pregnant. pasrah juga. kuikuiii... pergi mana dik buat passport tu? heheee singgah menabung Digi sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      memang pasrah sangat kak tengok IC jadi lagu tuu.. muka bambam org pregnant selalunya comel.. ini saya merah padam >__< hahahhaa

      nak pergi belajar.. nanti saya update yerp =D

      Delete
  2. Samalah Zharif. Aku punya gambar passport pun buruk gila. Muka macam penyangak habis sebab garang gila. Tiap kali lalu immigration, aku senyum selebar mungkin supaya diaorang tak fikir aku ni terrorist. -_______-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya pon macam muka terrorist jugak.. aku kene ikut cara kau lah kot farah senyum lebar2.. hahahahahaha =D

      Delete
  3. hahahah zarep! same thing happened to me before going to Thailand. Kena buat IC baru dulu lepastu baru bikin passport. Muka IC perghhh -.- muka passport (y) (y) (y) wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. so dah boleh kot tubuhkan club muka-muka IC xsemenggah dekat pesbuk =D hihi

      Delete
  4. hahaa...muka ic ecah nampak lagi tua dari skarang. memang selebet habis. -.-''

    tnggu bday this may..cukup 18 baru boleh tukar yg baru .oh yeah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey IC time kecik comel okey.. cant wait to see ur new IC.. hehe

      Delete
  5. Salam Zharif. This is Amirah Amri, myself. I am begging you pls delete my picture on yr post titled iftar with maria elena. This is my last effort to clean up all my zaman jahil's memory. I hope you can help me just by deleting my picture yg sy pakai legging tu. Dkt odisi pun dh delete, tinggal dkt blog awak je. May Allah bless you bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Amirah. i've delete it two days ago... no worries =)

      Delete
  6. Maaf, tergelak saat ternampak gambaq ic tu. Terbahak namun sempat nenekupkan muka ke bantal pasai rumet tengah semayang kat sebelah.

    Aduhai. (Y)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini