Wednesday, May 28, 2014

Subjek Pengurusan Ko

Assalamualaikum

Alhamdulillah Isnin lalu merupakan kelas yang terakhir untuk subjek nie. Lega rasanya. Sebenarnya subjek Pengurusan Ko nie tak wajib pon untuk aku ambil sebab aku bukan ijazah pendidikan, ia wajib untuk pelajar-pelajar ISMP. Tapi menggedik tangan tu nak juga ambil subjek nie, merasalah hazab dia. Subjek nie bukan susah pon, cumanya renyah dan leceh sebab banyak benda nak kena buat. Satu kuliah nie dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan kena buat satu program. Semua orang kena ikut serta setiap aktiviti yang dianjurkan oleh setiap kumpulan.


Kumpulan 2 (20 April 2014)

Maaflah, aku terlibat dengan program lain. Makanya aktiviti anjuran kumpulan 2 aku tak dapat hadir. Bukan saja-saja bagi alasan untuk tidak hadir ya, awass. Boleh check entri saya sebelom nie. Mohon Instruktur saya dan pensyarah Pengurusan Ko saya baca. Kalau boleh tag mereka. Kbai.

Kumpulan 1 : Survival Life (4 Mei 2014)

Kumpulan 1 nie merupakan kumpulan aku. Kami yang anjurkan program Survival Life nie. Apa yang kami buat ialah, kami adakan sesi cara mengikat tali. Lepastu, kami main masak-masak ala-ala zaman batu dulu.


Dahlah nak datang ke tapak kem pengurusan ko nie penuh dengan rintangan. Berbukit-bukau, berlopak sana sini. Kami datang sini naik lori ya. Memang ala-ala pendatang asing tanpa izin kami semua dalam tu. But it was a fun ride though.



Kitorang selaku kumpulan yang anjurkan program nie, tak perlu pon nak terlibat dengan aktiviti memasak tu. Tapi semangat nak masak tu datang, tu yang mengada nak ikut masak-masak juga. End up makanan yang dimasak tu bagi dekat lalat-lalat dekat situ.. Kami tak makan pon, tak selera tengok apa yang kami masak.


Payah woi masak guna buluh. Failed. Memang tak survive lah jawabnya kalau sesat dekat hutan.

Kumpulan 3 : Show Me Your Talent (8 Mei 2014)

Dalam program nie ada dua slot. Satu pertunjukkan fesyen dan satu lagi talent show. Diri ini memang tak ada bakat pon, makanya aku join slot pertunjukkan fesyen tu je. Actually ada je bakat cuma masa tak ada orang je baru bakat tu tertonjol. Kiranya aku nie diibaratkan seperti sebuah berlian yang tak diterokai lagi. Gitueee tau puji diri sendiri siap guna kiasan. Kau hado ?


Aku dan coursemates aku semua sepakat ambil slot pertunjukkan fesyen. Senang. Kalau join slot talent show tu kena fikir nak buat apa, nak kene rehearse lagi, jadi payah sikit. Kalau pertunjukkan fesyen nie, tak perlu nak rehearse apa-apa since semuanya memang born to do catwalk. Ewahhh.


Apa guna tengok Victoria's Secret Fashion Show kalau tak apply time nie kan ? Kata peminat tegar, sampaikan show dari 1999 sampai ke 2013 dikumpulnya. Yang tak boleh blah kan, group aku je yang semangat melaram malam tu. Group lain semua pakai yang hado je. Alahaiii. Masa dekat belakang pentas, kami semua disuruh pilih satu prop untuk digayakan ketika catwalk tu nanti. Gayakan prop itu mengikut kreativiti masing-masing. Aku telah memilih untuk menggayakan topi petani.



Banyak lagi sebenarnya talent show yang dilakukan semasa program Show Me Your Talent nie berlangsong. Tapi memandangkan blog nie iolz yang punya, so iolz upload gambar iolz punya show je. Kbai.


Kumpulan 1

Kumpulan 4 : Kejohanan Futsal (10 Mei 201)

Kumpulan 4 buat kejohanan futsal. Program nie bagi aku paling sadis sekali. Satu, sebab cuma aku sorang je budak psikologi yang datang, yang lain tak datang. Yang kedua pulak, I'm not a sport kinda guy. So what did you expect from me ?


Aku hanya akan main, kalau team tu memang tak ada pemain, ataupun ada pemain tapi pemain tu semua kaki dah patah riuk. Barulah aku main. Kalau tak, silaplah pilih aku. Aku hanya akan membawa kekalahan yang amat dahsyat kepada team itu. Tapi aku dapat juga peluang untuk bermain ya pada hari tersebut. Belum sampai satu minit, pihak lawan dah menjaringkan goal. Tahu tak, siapa penjaga goal masa tu ? Aku lerrr. Hahahahaa


Sape yang bijak laksana tempatkan aku sebagai penjaga goal masa tu, mesti tengah mengadapi kemurungan yang berpanjangan. Kaki bangku betul aku nie. Yang nak cari laki yang main sukan, aku bukanlah orangnya.


Yang pasti, kumpulan aku menang juga kot. Kategori perempuan dapat johan, kategori lelaki dapat nombor 3. Nombor 3 daripada berapa kumpulan bertanding, itu tak perlu tahu. Cukup korang tahu dapat nombor 3. Itu sahaja. Apa-apapun, ia merupakan satu hari yang bersejarah buat diri akuku, tanggal 10 Mei, Pertama kali main futsal. Kbai.

Pengurusan Kokurikulum : Derma Darah (17 Mei 2014)

Pensyarah aku kata, siapa yang tak derma darah, tak dapat A. Benda macam nie mana boleh paksa-paksa doh. 


Tapi beranikan diri juga isi segala jadah borang derma darah tu. Sekali layak menderma daa. Aiyoo terus cuak tu datang lagi dan tanpa rasa segan silu terus membatalkan niat suci murni nak menderma tu. Haihhh lain kalilah. Buat masa sekarang derma darah dekat nyamuk je dulu.

Masa kelas terakhir, pensyarah minta kupon kedatangan masa derma darah nie. Terus gelabah kupon apa benda aku tak tahu. Rupanya lepas tandatangan kedatangan tu, setiap pelkajar yang hadir akan dapat kupon, tapi kami tandatangan dekat tempat yang salah. Sebab tu tak dapat kupon. Habislah.


Teringat ada satu gambar aku dan roommate ambil dengan senior kitorang, Kak Aimie, dekat luar dewan masa nak balik tu. Satu-satunya gambar bukti yang kami ada. Nasib baiklah instruktur percaya dengan kami berdua dengan hanya berbekalkan gambar sebagai bukti. Kedatangan untuk menderma darah nie dikira dalam markah. Fuhh lega weyh.

Kumpulan 5 : Malam Citrawarna (18 Mei 2014)

Malam citrawarna nie lebih kurang macam malam kebudayaan. Tapi aku dan roommate tak tahu pon kumpulan 5 nie nak buat program apa. Macam tak ada informasi apa-apa. Datang dengan selamba pakai jeans dengan t-shirt. Sekali dah sampai dewan, ambik kau semua yang hadir dok pakai sari, cheongsam dan baju melayu bagai.


Ada je yang pakai baju biasa, tapi aku tetap nak balik bilik tukar baju. Semangat tahu tak. Lagipon, dah lama tak pakai baju melayu bersamping bagai. Jadi inilah masa yang tepat untuk melaram. Nasib baik bilik dekat je dengan dewan tu.



Siap ada taekwando malam tu. And tak lupa juga ada tarian lagu Gentleman. Boleh tengok video tu dekat bawah nie.


Program Malam Citrawarna nie cuma perlu sit back and relax. Just enjoy the show. Lebih kurang macam tulah. Adalah sikit game teka-teki itu ini. Then balik. Dengan berakhirnya program kumpulan 5, maka tamatlah segala jadah program untuk subjek Pengurusan Ko ini. Lepastu kene buat buku log. Buku log copy paste je. Cuma diari mingguan kene tukar. Yang lain semuanya sama. The end.

6 comments:

  1. Salam bro. Kalau nk beli sj4000 leh contect aku. Aku admin simple itu mudah.
    Jangan call, aku kat Beijing. Whatsapp or wechat ok.

    Whatsapp 0132629091
    Wechat ID : Ijataben

    ReplyDelete
    Replies
    1. good to know, if i'm interested i will call you oke =)
      thanks !

      Delete
  2. Memang meriah la UPSI ni. Satu subject pun dah kemain banyak events nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. somehow, rasa menyesal pon ad.. tp nasib baik dpat A .. kalau tak memang tak berbaloi.. huhu

      Delete
  3. Pergh terbaekk laa aktivitinya. Walaupon penat tapi best kan? Tahniah kat korang. Haha, gaya cam aku yg participate program korang. Final kau bila?Alaa, tak tau main bola ek? K bai. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan lah best dia.. cuma penat.. almost setiap minggu ad je aktiviti..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini