Wednesday, September 4, 2013

Perkahwinan Nur Nadiah dan Muhd Kamal

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, sedara aku dah pon selamat menjadi isteri orang. Cucu pertama Nyai Islah kahwin. Tahniah diucapkan buat pasangan mempelai. Kali nie, aku nak bawakan korang suasana di sekitar majlis sedara aku nie.


Hari Pernikahan, 24 Ogos 2013

Hari pernikahan berjalan dengan lancar. Malam kejadian semua bertungkus lumus menyiapkan pelamin untuk nikah. Bukanlah pelamin sangat pon, hanya sekadar langsir yang menutupi dinding untuk dijadikan sebagai backdrop.



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Kak Diah selamat menjadi isteri kepada pasangan pilihan hatinya.









Kejap, yang nie dah kenapa ?

Sinoman, 31 Ogos 2013

Sinoman nie kira macam bergotong-royong menyiapkan segala macam benda sebelum majlis resepsi. Sediakan bahan-bahan untuk emmasak, susun-susun itu ini, packing goodies bag dan apa-apalah yang berkaitan dengan perkahwinan. Gituhh.





Majlis Perkahwinan, 1 Sept 2013

Orang ramai dah start serbu datang rumah. Memandangkan bapa sedara aku nie merupakan guru dekat SMK Telok Datok, yang mana ia merupakan sekolah lama aku dulu masa form 4-5, makanya memang ramai guru-guru yang aku kenal. Berhasrat untuk menemui guru kelas aku, Ustazah Alizawati, tapi tak kesampaian. Ustazah datang masa pengantin tengah bersanding dalam rumah. Masa tu aku tengah busy ambil gambar pengantin. 










Selamat pengantin baru buat Kak Diah dan Abg Kamal. Semoga berkekalan hingga ke syurga.

4 comments:

  1. orang Melayu panggil rewang kot yang tolong prepare bahan-bahan sebelum kenduri tu. Ke orang Perak je panggil cenggitu? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp betul2, baru teringat word rewang tu. hikhik =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...