Sunday, July 7, 2013

Cuti semester bekerja di Pasaraya The Store, Banting

Assalamualaikum

Kalau korang tak tahu lagi, aku dah masuk seminggu bekerja dekat The Store Banting di bawah electrical department. Kedengaran sangat abang-abang bila bekerja di bawah jabatan elektrik. Hakikatnya, tidak ya. Hahahaha


Terus terang aku cakap, aku memang tak tahu apa-apa pasal hal-hal elektrik. Tapi sejak dah seminggu kerja nie, alhamdulillah benda asas pasal alatan eletronik aku sudah mula tahu. Kalau dulu, nak tukar mentol lampu pon aku tak reti, tapi sekarang dah reti. Dulu nak pasang starter pon tak pandai a.k.a takut kene kejutan elektrik. Tapi sekarang dah boleh pasang macam profesional. Namun begitu, aku tetap tidak kebal dengan kejutan elektrik. Seminggu bekerja di sini, aku telah terkena 3 kali kejutan elektrik tau. Setakat hari ini tak ada lagi petanda mana-mana wayar short dekat otak aku.


Kerja aku mudah sahaja. Testing barang elektrik, cop warranty dan tampal-tampal harga. Kalau stok sampai, yang tu berat sikit lah sebab kene susun barang. Tapi most of the time, aku cuma duduk dekat counter je tunggu orang datang. Bosan memang bosan tapi bestlah macam tak bekerja. Depan department aku, ada department jual VCD. Layan jelah movie-movie yang ditayangkan dekat situ. Head of department pon kadang join sekaki tengok movie dengan aku. Siap boleh request lagi nak tengok movie apa, amboi tak ?


Actually aku risau tak dapat cuti raya lama-lama. Aku akan cuba minta cuti 2 minggu. Tapi kalau tak dapat jugak, minta maaflah ya. Aku terpaksa berhenti kerja. Bab hari raya tolong jangan kacau. Aku nak raya sepuas-puasnya. Aku bekerja nie pon untuk lepaskan duit shopping baju raya. Itu je. Gaji bulan pertama pon dah cukup untuk bershopping. Huhu

10 comments:

  1. bagus ah kau..sbb kerja dengan zero experience..kalau akulah awal3 lg x bole kalau xreti apa apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari situ dapat belajar something, ye dakk =)
      lagipula, dah ini je yg dapat, terime je lewww =D

      Delete
  2. Ok la tuh, mula2 ingatkan jd maintanance yg betul2 kan lampu yg rosak..
    Janji duit masyukk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh yang itu jauh sama sekali, bukan makin elok nanti, makin rosak adalah =)

      Delete
  3. bKN KE KO beljr ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon nie, suka bergurau tau.
      memang lah tengah belajar, sekarang tengah cuti sem lah anon =P
      ishh ishh ishhh, anon anon

      Delete
  4. Bestny dpt keje. Boring kot kat rumah takde buat pape. Cuti sem 3 bulan. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa nape tak kerja , kerja lah. leh dapat duit untuk shopping raya nanti =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...