Tuesday, December 11, 2012

Langkawi : Day 2

Assalamualaikum 

Kalau hari pertama entri dah panjang lebar, untuk hari kedua lagi panjang lebar. Tanpa buang masa, ayuh kita mulakan sesi penjelajahan hari kedua di bumi Langkawi. 


9.00 am (4 Disember 2012)

Bangun pagi-pagi dan terus bersiap-siap untuk ke cable car. Lokasi cable car dari Pantai Cenang nie tak berapa jauh kalau nak dibandingkan bergerak dari Pekan Kuah. Tapi sebelum bergerak ke sana, kami singgah beli sarapan di McD terlebih dahulu.


Menu sarapan pagi di McD pada hari biasa kan murah, jadi kita manfaatkan. Tambahan pula, dari Amzar Motel nak ke McD nie dekat je, jalan kaki pon boleh. 

10.00 am (4 Disember 2012)


Harga tiket dewasa untuk warganaegara Malaysia RM15 sahaja. Alhamdulillah, masa kitorang sampai tu, tak ramai orang lagi. Masuk beli tiket kena beratur sekejap je, 10 minit lepastu dapat terus naik cable car.



Ada dua stage dekat cable car nie. Kitorang turun sekejap ambil gambar di stage pertama. View dari stage 1 nie pon dah cantik. Apatah lagi kalau di stage 2, mesti lebih cantik.




Banyak betul gambar kitorang ambil dekat atas nie. Lepastu kitorang cari tempat untuk duduk dan makan sarapan yang dibeli dekat McD pagi tadi. Nak beli makanan dekat atas nie agak sedikit mahal. Lepastu kitorang naik semula cable car untuk turun. Cukuplah sejam lebih dekat atas nie. Matahari pon dah naik atas kepala.


Bila sampai je kat bawah, lautan manusia mula membanjiri. Rasa bersyukur kitorang cadang pergi awal. Kalau tak, habis masa dekat beratur je. Kaunter tiket mula dibuka jam 10 pagi. Masa kitorang beli tu pon kena beratur sekejap, apatah lagi bila dah masuk tengahari. Pasti ramai orang. Terkejut tengok ramai gila manusia tengah beratur. Walhal pagi tadi agak lengang. 


Kawasan cable car nie juga terdapat banyak tarikan-tarikan lain. Once korang dah turun dari cable car tu, bolehlah jelajah di kawasan sekeliling. Ambil-ambil gambar ataupun beli cenderamata untuk dibawa pulang. Tak nasihatkan sangat beli souvenir dekat sini, sebab harga dia agak mahal. 


1.00 pm (4 Disember 2012)

Balik dari cable car tu, kami terus menuju ke Telaga Tujuh. Lokasi Telaga Tujuh dekat je dari cable car tu. Tak sampai 5 minit bawak kereta dah sampai. Kalau korang perasan, time naik cable car tu, korang akan ternampak satu air terjun gunung, itulah Telaga Tujuh.



Nak ke Telaga Tujuh tu, kena mendaki sikit. Terdapat 367 anak tangga. Kepada mereka-mereka yang tak larat nak berjalan lama, dinasihatkan jangan pergi sini. Tapi satu pendakian yang berbaloi sebab air terjun dekat atas tu sangat best !




Kitorang datang ke Telaga Tujuh nie waktu tengahari, jadinya tak ramai sangat orang. Sape je kan nak tadah muka tatkala matahari tegak atas kepala. Tapi tak perlu risau, awal-awal kami dah tepek sunblock waterproof. Ouh ya, lupa nak bagi tahu. Batu-batu dekat sini agak sedikit licin, jadinya kena berhati-hati.


3.30 pm (4 Disember 2012)

Balik je dari Telaga Tujuh tu, perut memang betul-betul dah berkeroncong. Terus menuju ke Padang Matsirat untuk mencari warung Jom Ikan Bakar. Juga salah satu tempat makan yang agak popular sebab ramai sarankan untuk makan dekat sini. 



Sambal belacan dekat sini memang sedap !! Kalau nak datang sini, pastikan datang waktu tengahari. Masa tu banyak sikitlah pilihan lauk. By the time kitorang sampai sini, dah lewat petang. Lauk pon banyak dah habis. So pilihan terbatas. Tapi puas hati makan dekat sini. Sedap !

4.00 pm (4 Disember 2012)

Selesai makan, kami terus pergi ke Beras Terbakar. Beras Terbakar nie mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri. Katanya sewaktu dulu, ketika bumi Langkawi dijajah, penghulu kampung ke siapa entah bagi arahan supaya membakar semua beras-beras yang ada supaya penjajah tidak dapat nikmati hasil tuaian orang kampung. Beras yang dibakar itu, masih dapat dilihat di tapak Beras Terbakar ini. 





Deretan kawasan nie juga, korang boleh dapatkan cenderahati untuk dibawa pulang. Banyaklah kedai yang jual keychain, baju dan macam-macam lagi. Harga pon murah-murah. Yang penting, kena pandai tawar-menawar.



5.00 pm (4 Disember 2012)

Terus menuju ke Pantai Cenang untuk ke Underwaterworld. Walaupun agak risau Underwaterworld nie tutup, tapi kami bernasib baik sebab waktu cuti sekolah mereka tutup jam 6.30 petang.






Memang banyak betul spesis laut yang terdapat dalam Underwater World nie. Unik-unik dan banyak yang tak pernah nampak. Kira berbaloilah beli tiket masuk sini. 

6.50 pm (4 Disember 2012)

Balik semula ke bilik setelah satu hari berjalan tanpa henti. Penat sangat. Lepas Maghrib baru kami keluar semula untuk makan malam.

9.30 pm (4 Disember 2012)

Pada asalnya nak makan dekat Restoran Nelayan dekat Jalan Temoyong, tapi tak jumpa pulak restorannya.Terus kami bawa diri menuju ke Pekan Kuah. Kami makan di Restoran Wan Thai. Lokasi nya agak tersorok sedikit.


Menu dia semua ditulis dalam tulisan Thailand. Pelayan dorang semua pandai cakap Thailand tau. Lepas dah belek-belek menu, kitorang order ayam masak 3 rasa berserta tomyam campur dan nasi goreng seafood. Masuk restoran Thai wajib order tomyam.





Ya Allah, sedap betul makanan dekat sini. Serious tak tipu. Servis pon bagus, restoran pon cantik dan bersih. Rugi kalau korang tak singgah makan dekat sini.


Harga dia tak mahal sangat pon. Just nice lah. Berdasarkan harga yang tertera dekat menu, aku kira-kira semua total yang aku makan RM42 hengget. Tapi bila dia serahkan bil, harga dia cuma RM40.20 sen je. Bagi duit RM50 tapi dia pulangkan RM10 hengget. Dah lah dapat air free, pencuci mulut pon dapat free, harga pon berpatutan. Memang terbaekk ! Patut lah Restoran Wan Thai nie boleh termasuk dalam peta Langkawi.

11.30 pm (4 Disember 2012)

Selesai makan, terus drive ke Pantai Cenang semula untuk pulang. Sampai kat Amzar Motel jam 12.15 pagi, tapi kitorang tak terus masuk bilik tidur. Kitorang berjalan kaki ambil angin sekitar area Pantai Cenang tu. Pantai Cenang nie tengah malam pon masih lagi meriah. Kedai kat sini tutup lambat kot. Tu pasal tak takut jalan malam-malam kat sini.



Kitorang berjalan kaki sampai lah ke McD sebelah Underwaterworld. Duduk-duduk situ kejap menggunakan perkhidmatan wifi free. 10 minit lepastu blahh.


2.00 am (5 Disember 2012) 

Baru lah kitorang sampai kat bilik tercinta. Penat sangat satu hari berjalan. Aktiviti pada hari kedua sangat lah padat. Setiam jam dimanfaatkan dengan begitu baik sekali.


Selesai sudah cerita hari kedua kami di Langkawi. Nantikan entri seterusnya untuk hari ketiga pulak. Bye !


18 comments:

  1. uwoooo.... cuti2 malaysia kah? untung lah dapat bercuti! hehe!

    btw, dalam byk2 gambar, paling suka part yang ikan2 tu! pelik2 dan cantik2! subhanallah! :)

    ReplyDelete
  2. waa. bestnyee ~ second day =) nice !! n awesomeeee ~ part yang tak bawak ****** tuu .. ? hahhaha ~ sangat kelakarrrrr ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tu sangat malu dan takleh nak kata apa2 . hahaha . thanx jihah =D

      Delete
  3. Sampai hati kata aku dugong =( Hari kedua hari pling best walaupon pnt sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih dari dugong pon sebenarnya kan ? bhahahha
      penat dan padat kan hari kedua =)

      Delete
  4. haha.. ape daa, siap pinjam spender member lg.. mujur la member tu xkesah.. sharing is caring la kot..
    btw, beribu gak eh korang habis utk bercuti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib abik dia tak kesah =D beribu jugak lahhh habis . alaaa sesekali kot , bukan selalu kan =)

      Delete
    2. haha.. pastu pulangkn balik ker or dilupuskn terus.. =p
      yerla.. sekali sekala kn nk bercuti,, biar all out.. kena kumpul duit byk2 dulu la.. then reward urself.. =D

      Delete
    3. of course pulangkan balik =) betul tu , kumpul duit dulu abru pi bercuti . narulah puas kan berbelanja ^^

      Delete
  5. wow !! untgnyer dpat pergi..
    btw,ni la post pling pnjg yg prnah sy bce kat blog abg zharif ..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan selalu pon pergi kan =) huhu .
      eh ye ke ini post paling panjang ? harap tak bosan lah =D

      Delete
  6. Assalamualaikum dik, wahh banyak tempat pergi harini. hihi. jenuh nak habiskan. hahahaha bagus2 dah macam tuto

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak tempat kitorang pergi untuk hari kedua nie =D

      Delete
  7. best..!! terasa nak pergi lagi.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...