Assalamualaikum
Siap jugak post untuk hari ketiga nie . Hari ketiga nie pon boleh tahan panjang lebarnya . So harap boleh sabar dengan celoteh dan gambar-gambar yang bakal aku paparkan .
8.45 am ( 5 Disember 2012 )
Terbangun lambat , lupa nak set jam . Tapi still sempat lagi sebab kitorang janji nak pergi jam 9 pagi . Janji nak pergi mana ? Kitorang nak pergi Island Hoping yawww ! Tapi sebelum tu , as usual pagi je mesti beli sarapan dekat McD .
Natasha ambik order aku lagi ^__^
Boleh je beli nasi lemak kat tepi jalan tapi nak nampak bajet tu yang beli sarapan kat McD tu . Ini bajet poyo tau bukan bajet yang kedekut tu .
Dua-dua kategori bajet tu bukan memang kau ke zarep -___-
9.03 am ( 5 Disember 2012 )
Lambat 3 minit terus kene tinggal tau dengan van trip pertama . Sampai nya hati abang van island hoping nie T__T Kitorang lambat sebab masa on the way balik ke motel TER-shopping singlet yang kitorang dah lama survey harga nya since masa kat Telaga Tujuh lagi . Singlet nie nie kitorang akan pakai untuk island hoping nie .
Tips : Tolong tepati masa , jangan lambat walaupon seminit .
Terus pakai baju baru tau nak pergi island hoping
9.40 am ( 5 Disember 2012 )
Perjalanan dari Amzar Motel ke jeti mengambil masa lebih kurang 8 minit je . Sampai jeti je , ya Allah ramainya lah orang . Sesak sangat . Memang selalu orang amek trip untuk island hoping nie jam 9 pagi . Tak ramai yang amek trip jam 2 petang , panas kan bila dah petang . Pagi-pagi nie sejuk sikit .
Ramai memang ramai tapi island hoping nie bukan ikut giliran tau . Dia ikut dari siapa kita amik servis island hoping nie . So kalau servis orang tu cepat , maka naik bot pon cepat walaupon time tu ramai orang . Macam kitorang nie , kitorang amek servis dari Amzar Motel nie . Senang sikit tak payah dok susah keliling Pantai Cenang tu survey-survey . Harga untuk island hoping ialah RM25 hengget satu kepala .
Amaran : Kalau korang nampak harga RM30 hengget untuk island hoping dekat airport or jeti , itu bukan lah harga yang paling murah oke . Jangan tertipu !
Servis lain yang disediakan di Amzar Motel
So servis Amzar Motel nie memang tersangat lah terbaekk oke . Bot kitorang merupakan bot paling besar dan paling menarik untuk tatapan mata . Tak percaya ?
SEE THIS !
( Mampu memuatkan 28 orang )
Orang lain punya bot stok yang cikai-cikai je macam yang kaler biru tu , bhahaha . Tak baik tau kutuk orang lain punya bot zarep .
Tips : Nak pergi island hoping sila daftar sehari sebelom nak pergi . Jangan pulak hari tu nak pergi , hari tu jugak tergopoh-gapah nak daftar .
10.55 am ( 5 Disember 2012 )
Dapat pon naik bot akhirnya . Masa untuk bertolak !
Tu orang yang paling lambat masuk bot xnak duduk depan
Kitorang orang pertama naik atas bot tu so kitorang dah pilih tempat hujung sekali . Tup-tup abang bot tu panggil kitorang berdua suruh duduk bahagian paling depan sekali . Depan sekali means kat luar bot oke . LUAR BOT >___<
Faries sebelah kiri , aku sebelah kanan
Pada mulanya agak sakit hati sikit sebab nya tak puas hati lah kan . Kitorang dah cop tempat dulu , orang lain yang lambat tu pergi lah duduk depan . Ini tak , kitorang pulak yang kena . Lagipula kat luar nie panas takda bumbung . Walaupon dah tepek sunblock setebal yang mungkin untuk elakkan sunburn , tetap jugak tak nak duduk depan nie . PANAS !
Tips : Dinasihatkan supaya menepek sunblock sekurang-kurangnya 20 minit sebelom ber-interact dengan air . So that sunblock yang korang pakai tu boleh sebati dengan kulit korang . Baru lah efektif =)
Lama-kelamaan , bila bot dah mula bergerak , rasa sakit hati tu bertukar menjadi perasaan paling best dan gembira . Siap buat sujud syukur sebab dapat duduk depan nie . Okey tipu je , jangan percaya .
Muka excited nie ^__^
Bot nie agak laju yer kengkawan so angin kuat gila . Tambah-tambah bila duduk paling depan nie . Terkena percikkan air itu normal . Tapi serious best ! Sebab nya dapat lihat pemandangan sekeliling dengan luasnya .
Tips : Sila guna beg kalis air untuk menyimpan barang-barang berharga seperti phone atau kamera . Once terjatuh dalam air , consider padan muka .
BTW , island hoping nie melibat 3 benda . Pertama depa akan bawak kita ke Tasik Dayang Bunting , lepastu pergi eagle feeding dan yang paling last kita akan singgah ke Pulau Beras Basah . Semua nie mengambil masa 3 jam .
Look at that !
Tempat first yang akan kitorang pergi ialah Tasik Dayang Bunting . Cerita pasal Tasik Dayang Bunting nie sangatlah menarik . Mengikut cerita tasik nie , si Dayang cakap " barangsiapa yang mandi di tasik nie , maka mereka akan dipermudah untuk mendapatkan zuriat " . Lebih kurang macam tu lah si Dayang tu cakap .
Jeti Pulau Dayang Bunting
Maintain victoria beckham walaupon tengah redup -__-
Tasik Dayang Bunting nie tersangatlah dalam . So kepada mereka yang tak tau berenang macam aku nie , silalah pakai life jacket . Yang tau berenang pon di nasihatkan supaya memakai life jacket nie demi keselamatan anda . Kat sini takde pengawal keselamatan , so once yang lemas tu , consider meninggal dunia . Innalillah .
Tips : Pinjam je life jacket dari bot yang korang naik tu , mesti abang bot tu bagi punya . Kat tasik dayang bunting nie life jacket di sewa dengan harga RM5 hengget satu . So rugi tak kalau tak pinjam ?
Faries nie ambik gambar angle ntah pape -___-
Tak centre lah orang nie ambikkan gambar -___-
Kisah cinta si enggang
Kisah cinta si burung enggang nie sangat menarik . Burung enggang nie jenis yang setia pada yang satu . Means kalau dia dah pilih pasangan dia , sampai mati itulah pasangan dia . Burung betina kalao dia nak bertelur , dia akan buat lubang kat pokok . Burung jantan pula tugas dia bagi makan burung betina dan anak-anak dia . Burung betina nie tak akan keluar cari makanan , dia hanya akan duduk dalam lubang tu dan jaga anak-anak . Dia hanya berharap pada burung jantan nie sahaja untuk dapatkan makanan . So kalau burung jantan nie mati masa cari makanan , burung betina tetap akan tunggu makanan dari burung jantan sehingga lah burung betina dan anak-anak nya nie mati kebuluran dalam lubang tu .
Tersentuh baca cerita pasal burung enggang nie .
Nak ke tasik dayang bunting nie kene mendaki sikit . Sama macam Telaga Tujuh lah kira nya . Cumanya tak berapa nak jauh sangat lah dari jeti masa sampai tadi . Tapi boleh tahan penat jugak lah . Pliss berhati-hati dengan monyet ye kat sini
Amaran : Jangan bawak apa-apa bungkusan plastik , termasuklah botol air or even air tin sekalipon . Monyet-monyet nie akan serang and kejar korang sampai lah korang bagi benda yang dia nak tu .
What a clever monkey we got here
See ! No life guard .
Bila dah sampai sini , cari port letak beg , tanggal baju , pakai life jacket , terjun !
Setting dulu , kang tercabut tenggelam pulak
It's berenang time bebeh !
Mandi kat tasik nie serious best weyhh . Rasanya macam tak nak balik je . Masa di beri hanyalah 1 jam sahaja . So mane lah puas mandi tasik 1 jam je , itupon masa dah banyak habis untuk mendaki dan bergambar .
Tips : Jangan rugikan masa satu jam korang dengan bergambar time sampai Pulau Dayang Bunting nie . RUGI !
Siap-siap untuk ke jeti semula
( No siri bot : KLW 00412p )
Turun bukit
Sekejap betol masa berlalu , tuptup dah kene blahh dari tasik tu . Serious tak puas weyhh !
Baju sehelai RM10 hengget mintak kurang beli 2 baju RM18 hengget tak dapat -__-
Lek lu , ambik gambar sat
Jeti kat Pulau Dayang Bunting nie memang selalu sesak . Masa nie , life jacket yang korang pinjam tu tersangatlah berguna . Belakang life jacket tu ada nombor siri bot korang ( Cuba tengok gambar sebelom-sebelom nie ) . So korang angkat tinggi-tinggi tunjuk nombor siri tu , nanti abang bot tu perasan korang dan dia akan datang ke jeti . Maka korang akan dapat naik bot korang dengan cepat . Sekali lagi , naik bot bukan ikut giliran , ikut ketangkasan bot korang . Harap maklum .
Sesak
Dah dalam bot =)
Dah bertekad , tak nak duduk luar lagi sebab masa nie matahari betul-betul tegak atas kepala . Memang tak arr aku jadi mat salleh panggang kat luar bot tu . Bersempit-sempit lah erk orang kat belakang tu , padan muka . Kitorang duduk sebelah abang bot . Huhu
Destinasi seterusnya ialah untuk memberi makan helang atau lebih dikenali eagle feeding . Kat sini cuma tengok je helang-helang tu rembat ikan-ikan yang di lontar kat laut . Helang nie bahaya wo . Kuku dia boleh membawa maut okey .
Banyak sungguh helang kat sini
Pergi tempat eagle feeding nie bukan lama sangat pon , dalam 10 hingga 15 minit je berhenti situ . Datang sini just tengok je helang tu rembat makanan , bukan boleh interact pon dengan helang kat situ . So buat apa nak lama-lama kan .
Next destination would be Pulau Beras Basah . Tak tau lah kenapa depa bagi nama sebegitu . Kat sini pon tempat stok untuk mandi-mandi je . Yang bezanya kali nie mandi dekat laut , kat Pulau Dayang Bunting kita mandi tasik . Air laut masin , air tasik tak . Itu je bezanya .
Bergambar itu perlu =)
Jaket keselamatan nak jugak bawak , tak tahan >__<
Penutup hidung dan telinga di syorkan pakai time mandi-manda =)
Pergi island hoping nie lebih kurang 3 jam . So dalam masa 3 jam tu , tahap lapar perut korang amatlah abadi sekali . Sebab tu lah aku siap-siap beli McD pagi tadi so that bila lapar boleh makan .
Tips : Sebelum pergi island hoping sila isi perut anda dahulu sebabnya tak ada kedai makan yang menjual makanan di pulau-pulau nie . Langkah terbaik , beli makanan letak dalam beg . Bila lapar boleh makan =)
Enaknya makan di tepi pantai begini ^___^ omnomnom !
Dah makan , sampah tolong buang dalam tong sampah . Tak pon simpan je dalam beg . Kalau korang buang merata-rata , maka korang akan di saman .
Lepas dah makan , sambung mandi lagi . Lepastu siap-siap untuk balik . Kat sini pon di bagi masa 1 jam sahaja . So tak boleh nak cakap apa lah kan . Kenalah tepati masa . Kalau tak kesian dekat penumpang bot yang lain kene tunggu korang yang lambat naik bot tu . Tak baik buat orang lain menunggu tau .
Aku . Rasa . Sangat . Hensem . Kat . Sini . Oke . Bye .
Bye pulau beras basah =')
Muka puas mandi =D
Maka tamatlah aktiviti island hoping kitorang . Tepat jam 2.15 petang sampai lah kitorang kat jeti tempat masa mula-mula bertolak pagi tadi tu . Best sangat island hoping nie . Rugi kalau datang Langkawi tak pergi island hoping . Rugi sangat !
Servis island hoping Amzar Motel memang terbaek !
Ini Faries punya , nampak jugak gambar aku sikit =)
( Aku tak beli sebab aku rasa macam membazir , walaupon dalam hati nak jugak beli yang aku punya gambar )
Eh tau-tau je sampai jeti ada orang jual cenderamata nie . Patutlah masa nak bertolak pergi island hoping tu ada orang snap-snap gambar kitorang . Serious rasa macam artis kene kejar paparazzi masa tu . Rupa-rupanya untuk cenderamata nie . Haihh baru nak fefeeling artis .
2.30 pm ( 5 Disember 2012 )
Balik bilik , tanpa buang masa terus mandi siap solat semua , then bertolak . Next destination ialah Bird Paradise Wildlife Park . Agak jauh tempat nie . Masa on the way nak ke sini , kitorang terlalu depan restoran yang kitorang cari-cari tak jumpa tu . So set malam nie nak jugak makan kat situ . Restoran apa kah ? Tunggu . . .
Tips : Bilik cuma tempat persinggahan je . Sebab tu tak perlu sewa hotel yang mahal-mahal
3.00 pm ( 5 Disember 2012 )
Alhamdulillah sampai jugak akhirnya kitorang kat sini .
Woii faries aku tak sedia lagi kot >__<
Harga tiket RM15 hengget satu kepala dewasa
Tempat nie sangatlah unik sekali , sebab nya korang boleh bagi makan haiwan-haiwan kat sini . But of course makanan yang tertentu jelah . Masuk-masuk je korang akan nampak satu gerai yang menjual makanan haiwan . Harga pakej semua makanan hanya lah RM6 hengget sahaja . Takkan tak mampu kot ?
Burung nie bijak sangat =)
Burung yang sombong , bagi makan depa xnak
Aku tak tau nie haiwan apa , macam kambing
Dah kelaparan sangat burung tu
Bermacam-macam jenis haiwan ada kat sini . Keldai ada , burung unta ada , merak , black swan , kancil , landak , pokoknya memang banyak . Kalau ikutkan hati memang nak je aku sumbat semua gambar dalam nie .
I love rabbits !
Lepas dah habis makanan haiwan yang kitorang beli tu , masa untuk kitorang beredar . Dekat satu jam lebih jugak lah dalam nie .
Sesi memanjakan diri di kerusi urut depan Bird Paradise nie
4.40 pm ( 5 Disember 2012 )
Destinasi seterusnya ialah Ayer Hangat Village . Masuk adalah percuma , jangan segan silu untuk singgah yer =)
Perlu oke buat macam nie , perlu .
Actually aku tak baca pon kisahnya , panjang sangat -__-
Datang sini cuma nak rendam-rendam kaki je rupanya . Ingat kan siap nak mandi-mandi sekali sebab aku ada baca satu blog nie , dia mandi dalam jakuzi kat Ayer Hangat Village nie . Rupanya nak mandi dalam jakuzi tu kene bayar RM100 untuk satu jam . Memang tak arr aku nak korbankan duit seratus semata-mata untuk mandi dalam jakuzi . Memang tak .
Panas air kat sini >__<
Set masa 10 saat , nasib baik kamera aku tak jatuh dalam air >__<
So kesimpulannya , datang sini tak perlu lah bawak beg extra baju macam yang kitorang bawak tu . Buat penat badan korang je bawak kehulu-kehilir . Btw , tengok dari luar , kawasan ayer hangat nie nampak cantik . Bila dah masuk dalam , mashaAllah . Tempat nak rendam-rendam kaki semua nya berlumut . Geli jugak lah . Tapi gentle arr , bukan kuman pon . Cuma geli jer kay . Geli .
5.00 pm ( 5 Disember 2012 )
Terus menuju ke Pantai Pasir Hitam . Nama je pantai tapi tak leh mandi yer . Harap maklum . Uniknya kat Pantai Pasir Hitam nie ialah warna pasirnya yang hitam . Selalunya pasir pantai kan putih bersih , tapi kat sini pasirnya kaler hitam .
Tak lama pon kat sini , dalam 15 minit je terus blahh . Kat sini pon tempat untuk tengok-tengok je , bukan ada benda apa pon . Sambil tengok-tengok pasir hitam tu , beli lah satu air kelapa kat sini . Sedap !
Lahap gilerr -__-
5.20 pm ( 5 Disember 2012 )
Terus menuju lagi ke arah utara untuk pergi ke Karangkraf Langkawi . Kat sini tempat untuk tengok hasil tangan buatan orang Malaysia seperti tenunan batik , mencanting batik , ukiran kayu dan banyak lagi lah . Semua barang kat dalam nie boleh di beli , cuma nya MAHAL sangat >__<
Sebab tu kot tak ramai yang datang sini . Lagipula kat tempat nie tersangatlah bosan dan bosan dan bosan . Sekian terima kasih . Seriously , 10 minit pon tak sampai tau kitorang kat dalam nie . Boleh bayangkan tak tahap kebosanan nya macam mana ?
Tips : Tak perlu singgah sini , bazir waktu dan minyak kereta je .
End up , kitorang amik-amik gambar je kat luar nie . Dah lah kat dalam tu bosan , barang-barang harga mahal gila nak mamfus , tak boleh nak bergambar pulak . Nak bergambar pon kene curi-curi . Nasib baiklah masuk sini free . Kalau kene bayar , memang aku tuntut balik duit aku tu .
5.31 pm ( 5 Disember 2012 )
Pergi karangkraf tu buat minyak kereta kitorang habis . Kitorang pon isi lah minyak . Nak isi minyak nie pon satu hal , dalam peta ada simbol stesen minyak . Puas kitorang tengok sekeliling , tak ada pon . Berhenti tepi jalan , tanya orang kampung . Dia kata kat depan lepas roundabout tu je . Aku pon runsing , dah dekat banyak kali pusing kat situ , tak nampak pon stesen minyak .
Rupa-rupanya , subhanallah -__-
Yang sebelah tu siap tercabut lagi -__-
Stesen minyak nya santak kecik dan uzur . Dah macam bukan tempat isi minyak pon ada . Dengan keadaan sekeliling nya yang tak terurus . So bagi pelancong yang macam aku nie , mana lah aku nak tau yang tempat tu stesen minyak -__-
Demi untuk tidak membazirkan duit , kitorang isi minyak RM10 hengget je .
5.40 pm ( 5 Disember 2012 )
On the way nak balik tu , lalu depan Galeria Perdana . Ingat nak masuk ( kalau percuma lah , kalau bayar tak nak masuk ) , tapi dah tutup . Selamat duit aku =D Bhahaha . Lagipun , aku malas lah nak masuk muzium-muzium nie . Bosan .
Lalu je okey , tak masuk pon
Galeria perdana nie di tubuhkan bersempena dengan jasa Tun Dr Mahathir kerana telah mengindahkan pulau Langkawi nie sehigga menjadi destinasi pelancongan yang terkenal . Btw , Bird Paradise , Ayer hangat Village , Pantai Pasir Hitam , Karangkraf Langkawi dan juga Galeria Perdana nie sehaluan je . Kira macam pakej lah bila lalu sini , boleh singgah semua tempat .
Salah satu tempat yang kitorang tak sempat nak singgah ialah Durian Waterfall . Ini pon sehaluan jugak , sebelom jumpa Ayer Hangat Village , akan lalu Durian Waterfall dulu . Memandangkan hari pon dekat nak gelap nie ( walaupon dalam hati nak jugak pergi ) , maka memang tak sempat nak bermandi-manda di situ .
6.00 pm ( 5 Disember 2012 )
Singgah Pekan Kuah sekejap . Ingat nak shopping sakan hari nie jugak , tu yang singgah tu . Parking kereta terus cari Haji Ismail Group ( HIG ) . HIG nie ada tiga kedai kat Pekan kuah , satu kedai lagi kat jeti . Maju betul perniagaan Haji Ismail nie yerp .
2 kedai HIG yang bersebalahan . Satu tempat khas untuk pinggan mangkuk , satu lagi coklat , kain batik dan sebagainya
Tengah dok belek-belek coklat yang nak di beli tu , tetibe ada abang nie nasihatkan supaya jangan beli hari nie , beli besok je dekat nak balik .
Tips : Hari tu balik , hari tu jugak lah beli coklat . Jangan beli coklat awal , nanti coklat cair
6.50 pm ( 5 Disember 2012 )
Pulanglah kitorang ke Pantai Cenang dengan melalui Jalan Kampung Temoyong . Sebelum balik tu kitorang singgah satu restoran nie untuk makan malam . Ingat lagi tak Restoran Nelayan yang aku nak makan masa hari kedua tapi tak jumpa tu ? Ingat lagi tak ?
Restoran nelayan yang agak terkenal among pelancong and bloggers
Hah sekarang baru lah jumpa . Siang baru lah nampak signboard Restoran Nelayan nie . Kalau malam , mintak maaf lah yerp . Memang tak nampak .
Macam mana nak nampak kalau signboard nak masuk macam tu ?
Tell me HOW ?
Tell me HOW ?
Mohon tuan empunya restoran betul kan yerp . Restoran anda tu jadi bualan ramai , so agak rugi lah bila depa nak datang tapi tak jumpa jalan masuk . Restoran nie kalau dari Pantai Cenang , selepas simbol udang besar . Kalau dari pekan Kuah sebelom simbol udang besar .
Sila pilih saiz ikan anda
Semua seafood dekat sini segar-segar belaka . Ikan siap kene pilih sendiri mengikut kemampuan wallet anda . Kebanyakkan ikan kat sini , setiap 100gram RM5 hengget . Macam kitorang ambik ikan kerapu yang beratnya 600gram . So total harga ikan kerapu kitorang RM30 hengget . lepastu kitorang ada ambik sotong untuk letak dalam tomyam .
Lepas pilih ikan dorang akan bagi nombor bagi mengelakkan ikan yang kita pilih daripada tertukar dengan orang lain
Ikan kerapu masak 3 rasa beserta Tomyam
Ulam , pencuci mulut dan jugak sambal-sambal tu semua dorang akan bagi walaupon korang tak mintak . Total duit kitorang habis kat Restoran Nelayan nie RM44 hengget .
Sesi menghabiskan makanan
Makanan kat sini serious sedap . Siap tambah nasi lagi okey . Di nasihatkan korang datang awal sebab bila start malam menjelma , orang akan mula datang secara berjemaah . So restoran nie akan penuh . Bila restoran penuh , maka hidangan korang akan lambat sampai .
8.00 pm ( 5 Disember 2012 )
Pulang lah kitorang ke Pantai Cenang semula . Sampai jugak akhirnya kat bilik . Sampai bilik mandi tukar baju solat semua , lepastu terbongkang dua-dua tidur tak ingat dunia . Padahal baru jam 9 malam masa tu . Ingat nak kemas baju tapi tertidur . Penat sangat kot sebab tu tertidur .
2.55 am ( 6 Disember 2012 )
Dengan tetibe nya , kitorang berdua terbangun dari tidur . Pelik aihhh . So kitorang ambik waktu nie untuk kemas-kemas baju nak balik . Hari last kat Langkawi kot .
Siap pon packing barang =)
Jam 4 pagi baru lah sambung tidur lagi . Huhu
PESANAN PENAJA
" Total duit kitorang berdua habis untuk hari ketiga RM190.30 "
Nantikan post untuk hari keempat , yakni hari terkahir kitorang kat Pulau Langkawi nie . Huhu sedih nak tinggalkan Langkawi dah ='(
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .
See ya !
tips yang sangat berguna zarep ! gambar last tu seksi sgt ! >.< perlu ke tayang peha awak tu ? perlu ke? AHAHHAHAHA :D ..
ReplyDeletedah tukar dah >__< , hahaha
Deletehari keempat nak letak yang lagi seksi =P bhahahhaa
thanx miss sue =D
Haha, bestnye dapat pergi langkawi. Btw, entry yg best sebab banyak info. Next time kalau nak pergi tak yah nak pusing-2 kepala pikiaq macam-2. Hee ;)
ReplyDeletebagus bagus , rujuk je kat sini kay . gembira dapat membantu . thanx ^__^
Deletenice info....byk sgt info yg berguna...x sabaq nak tggu entry hari ke4.
ReplyDeletehuhu terima kasih anon =D tunggu yerr , baru start nak karang
DeleteBanyaknye gambar sexy. AUmm Aummm hehehe
ReplyDeletezarep dengan faries memang suka berjalan2 ye. bila nak ajak kita ? *cedih* hehe
bila haikal freee lah =P hahaha
Deletemandi dua kali tak tukar baju ke abg zarep?
ReplyDeletemandi bila nie erk ? confuse . ke filia yang confuse nie , saya pon tak pasti =)
Deletehaha, maaf2. tak perasan yg abg zarep mandi tak pakai baju. sory2. *waiting for the next entry
Deletelawak la piya nie =D dah siap dah pon piya =D
DeleteHaha lawak la. Aq memang asyik gelak je baca entry ni. Ni nak komen:
ReplyDelete-haiwan tu bukan rusa ke?
-pasai pa hang p pakai stoking tapi suaq pendek. Pelik betol. Haha
-Baru aq tau banyak tempat lagi kat langkawi tu aq x pi. island hopping tu sangat menarik, Kenapa la masa rombongon sekoah dulu cikgu tak bawa kitorang g sana.
actually , selimut kitorang tu pendek . tak menutup kaki , so sebab tu lah pakai stokin . hewhew . kalau ikutkan memang banyak lagi tempat yg ada , tp masa tak mengizinkan .
Deleteitu rusa erk ? aku tak tau lahh itu haiwan apa . hahaha
Assalamualaikum. bestnya dik! akak nak g sana juga nanti. tapi next year lah. hihi sekarang kan banjir, takut plak nak pergi :)
ReplyDeletebanjir ke kak sekarang ? huishhh nasib abik msa kitorang pergi cuaca okey je =D
Delete