Saturday, December 8, 2012

Langkawi : Day 1

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Selangor jam 6.30 pagi semalam. Penat sangat badan nie dan sekarang aku nak ceritakan pengalaman 4 hari 3 malam aku bercuti di Pulau Langkawi secara terperinci. For those yang rasa annoyed dengan entri banyak-banyak gambar atau rasa tak sanggup nak baca entri panjang-panjang, dinasihatkan supaya beredar sekarang. Terima kasih.


Okey kepada sesiapa yang dah tak sabar tu, jom kita mulakan !

9.00 pm (2 Disember 2012)

Sampai di Klang Sentral jam 10.30 malam. Bas kitorang jam 11.15 malam. Tunggu punya tunggu dekat 2 jam, 12.50 malam baru naik bas. Berderau rasa hati ini. Dahlah basnya baru lepas kemalangan, buruk dan tak tepati masa. Jangan gunakan perkhidmatan Shamisha Express.


Sampai je di Kuala Perlis, kitorang terus pergi kaunter tiket bas untuk beli tiket bas balik. Kali nie kitorang menggunakan perkhidmatan Sani Express.

9.00 am (3 Disember 2012)


Alhamdulillah sangat-sangat, masa nie dekat jeti tak ramai sangat orang. Ramai tapi takd padat sangat macam yang kakak si Faries cerita. Kakak dia masa tiba dekat jeti nie, dia terpaksa tunggu 2 jam baru dapat naik feri. Kakak dia pergi 3 hari sebelum kitorang bertolak, 29 November 2012. Tapi kitorang sampai je jeti, beli tiket, tunggu 5 minit terus naik feri. Pantas !


10.45 am (3 Disember 2012)

Akhirnya sampai jugak di bumi Langkawi. 1 jam dalam feri sempat tidur kot. Sampai sini je ternampak ada makcik jual buah delima. Ibu aku ada pesan, dekat jeti nanti ada orang jual buah delima murah. Maka aku pon belilah 8 biji buah delima dengan harga RM10. Mana nak dapat harga macam nie kat Selangor.


Lepastu ada abang tu tawarkan kereta sewa. Aku taknak sebenarnya tapi entahlah. Aku pergi ikut je abang tu. Kalau boleh aku nak sewa kereta dari orang yang betul-betul ada kedai atau perniagaan sewa kereta. Bukan dari orang yang main tarik-tarik orang dekat jeti nie. Kitorang sewa kereta kancil manual dengan harga RM60 satu hari. Darab dengan 3 hari, tambah extra 3 jam, total harga semua RM210. Deposit RM100. So bayarlah kat abang tu RM310.


Kalau nak cerita pasal kereta sewa yang aku ambik nie, sampai besok pon tak habis. Keretanya tak best bila bawak, susah nak masuk gear, siap goyang-goyang kot bila memandu laju. Lepastu minyak kereta masa dia serahkan kereta tu dekat kitorang betol-betol dekat "E". Memang berdoa jelah time tu sampai dekat stesen minyak. Sampai je stesen minyak terus isi RM40. Lupa bawak sticker "P", so pergi ke Pekan Kuah untuk beli. Beli sekali dengan peta Langkawi. Bila beli peta nie, terus feeling pelancong tau.

1.30 pm (3 Disember 2012)


Naik kereta terus pergi Pantai Cenang untuk cari Amzar Motel. Alhamdulillah, atas usaha sendiri tanpa bantuan orang kampung, kitorang berjaya jumpa lokasi Amzar Motel nie. Check in, dapat kunci terus terjah bilik kitorang. Boleh tahan lah biliknya. Ada aircond, ada tv, ada almari, attached bilik air, biliknya bersih dan katilnya kemas. Sangat memuaskan !



Okaylah kan semua benda basic ada, harga pon cuma RM45 satu malam. Aku cari tempat penginapan murah bukan sebab kedekut. Bagi aku, bilik nie cuma tempat untuk mandi dan tidur je, so tak perlulah nak menginap dekat tempat yang mahal-mahal. Bukannya kita datang situ untuk duduk dalam bilik je.

RM45 darab 3 malam campur deposit RM50, total RM185.


Receptionist tu ada bagi tahu, semua pokok-pokok buah yang ada dalam kawasan Amzar Motel nie boleh dipetik dan makan. Kemudahan lain ada disediakan dekat pantri. Kat pantri nie ada water heater , iron baju dan macam-macam lagi.

3.30 pm (3 Disember 2012)

Lepas siap bersihkan diri dan solat semua, kitorang pon mulalah menjelajah Pulau Langkawi. First thing first, mesti lah nak isi perut dulu. Kami singgah makan dekat Laksa Power yang berdekatan dengan airport. Kalau on the way pergi ke airport mesti akan lalu Laksa Power nie.



Sedap laksanya , memang power ! Somtamnya pon sedap. Makan berhadapan dengan pantai memang best. Rasa berangin je. Makanannya pon tak mahal, kitorang cuma habis RM12 hengget je kat sini.

Habis makan dekat Laksa Power tu, kitorang cuba call abang kereta sewa tu untuk tukar kereta. Tak best langsung memandu kereta tu. Takut kereta tu meragam buat hal, rosaklah percutian kitorang. Tapi bila fikirkan balik, kitorang dah pon terlanjur isi minyak 40 ringgit pagi tadi. Terus tak jadi nak tukar.


4.00 pm (3 Disember 2012)

Tempat pertama kitorang lawat ialah Kota Mahsuri. Salah satu tempat wajib singgah bila datang Langkawi. Cerita pasal Mahsuri nie sangat lah terkenal. Rugi kalau datang sini tak melawat Kota Mahsuri. Harga tiket masuk cuma RM7 ringgit seorang.












6.30 pm (3 Disember 2012)

Balik je dari Kota Mahsuri tu, balik bilik untuk tukar baju mandi. Dari bilik motel kitorang nak ke Pantai Cenang nie cuma ambil masa 2 minit berjalan kaki je. Huhu



Leceh betul kena mandi bergilir-gilir. Sorang mandi, sorang lagi kena jaga barang. Kitorang bawa balik semua barang berharga, letak dekat bilik mote, lepastu terus terjun dalam laut.

8.00 pm (3 Disember 2012)

Malamnya pula, kitorang pergi keluar makan dekat area Pekan Kuah yang berhampiran dengan jeti. Kitorang makan dekat EE Trimula Cafe, agak jauh dari Pantai Cenang lokasi nie. Ramai blogger sarankan untuk makan dekat sini. Mostly tempat-tempat yang aku singgah makan dekat Langkawi nie, adalah tempat-tempat yang terkenal di kalangan pelancong-pelancong dan blogger-blogger. So memang semua tempat makan yang femes amos semua aku kena singgah. Harap maklum.


Tempatnya agak tersorok sikit. Mata kene buka luas-luas ya untuk cari. EE Trimula Cafe nie depan hotel Bella Vista.


Memang sedap makanan western dekat sini dan harganya pon berpatutan. Total semua yang kitorang berdua makan RM25.50. Satu pinggan makan untuk dua orang pon boleh sebabnya ayam dan daging kambing tu portion dia agak besar. Kalau makan memang confirm kenyang.


Balik dari makan, kami terus menuju ke motel. Rasa penat sangat dan balik tu terus tidur. Tak sabar nak jelajah bumi Langkawi untuk hari kedua. Tunggu entri untuk hari kedua pulak. Tapi sebelum tu, berikut merupakan perbelanjaan sepanjang hari pertama kami di Pulau Langkawi. 


23 comments:

  1. cepat betol update yea.. sue nih dah berbulan bulan nak update pasal bercuti kat langkawi malas -,- sbb nk kena upload gambar banyak2.. huhu .. ape pun best entry ni.. sgt padat ngan info.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg banyak gambar . Kalao boleh nak je upload semua . Hahaha

      updated jela , kenangan kot =)

      Delete
  2. pergh... satu hari je da abis 8 ratus... :D

    ReplyDelete
  3. 800 ? uwuwuwu , tuh tak pergi shopping lagi tuh . ahaks . coklllaatttttttttt ! haha

    ReplyDelete
  4. wowo agak terkejut ye. RM8++ PER DAY. Tapi bila kita nak bejalan ni dah x kira bape banyak habis as long as we enjoy the trip. Tapi lepas tu ikat perut la kau zarepp. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu DSH , bila kita berjalan , emmang duit tu paling last lah kita fikir . as long as kita enjoy the trip =D

      ikat perut tu , tak kot . parents still support lagi . huahua =P

      Delete
  5. Entri semua best2 gila. Santai jaa baca. Keep it up!
    ekkk 8 ratus lebih ? perghhh bapak ahhh sakan zarep :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah lama merancang , mesti dah lama jugak kita spend money , betol tak ? so tak de mende sangat lah 8 ratus tu , ceyhhh . hahhaha

      terima kasih kimy ^^

      Delete
  6. wahh bestnyee holiday Zharif kali nihh =) mmg tersusun rapi ~ ! bagus2 .. ! nice entry Zharif !

    ReplyDelete
  7. rm800? pehhh! *melopong*

    takpe, yang penting enjoy! kan kan? bila lagi nak jalan2 mcm ni! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. first day je yg banyak keluar duit sikit , the next day dah berkuranng dah =) huhu

      Delete
  8. Assalamualaikum dik, kau ni siap buat total berhabis cam akak pulak perangainya. hahaha bagus! beringat itu penting! pasni bolehlah akak melancong ke Langkawi ikut tuto kau ye dik, hewhew!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nak tengok berapa banyak duit habis =D hewhew

      Delete
  9. gara2 baca entry ko g langkawi cuti midsem ni pun aku sampai langkawi huhu.... entri ko mmg menggoda la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ? adakah itu satu kesalahan , kalau ye minta maaf =) best kan langkawi ^^

      Delete
  10. inspirasi betul, aku mmg cari 'gambaran' amzar motel ni macam mana - bilik RM45 dia, water dispenser dia belah mana, jauh dgn pantai berapa minit..google2 alhamdulillah jumpa blog ni, thanks X)

    ReplyDelete
  11. amzar motel tu bro tempeh camner?

    ReplyDelete