Assalamualaikum
Mari kita sambung episod hari raya aku. Sebaik sahaja habis beraya di rumah sedara-mara belah Selangor, kami terus bertolak balik ke Pahang kampung ayah. Sampai di Pahang lebih kurang jam 1 pagi. Terus semuanya terbongkang tidur.
Hari Raya Kedua
Rumah nenek aku nie, bila malam rasa sejuk sangat. Habis berselubung semuanya dengan selimut. Tapi bila siang, panas dia tu memang tak boleh bawa bincang. Oleh itu, kitorang putuskan untuk berjalan-jalan. Tak ada tujuan pon nak kemana, asalkan dapat keluar dari rumah yang panas itu.
Biasanya, memang hari raya kedua aku akan membazir begitu sahaja. Kitorang memang tak beraya pon bila balik kampung. Walaupun di kampung tiada suasana raya, tapi kami seronok sebab dapat jumpa atuk dan nenek kitorang.
Hari Raya Ketiga
Masa untuk pulang semula ke Selangor. Seperti biasa, bila nak balik, nenek aku akan sibuk membungkuskan macam-macam. Segala cucuk tanam yang dia tanam dekat tanah dia, semuanya dia bekalkan untuk dibawa balik. Banyak gila, antaranya ialah cili, pucuk ubi, belimbing buluh, terung asam, daun kunyit, daun kesum, limau nipis, bunga kantan dan macam-macam lagi.
Selesai je bekalkan apa yag perlu, kitorang pon bersiap-siap untuk pulang. Lepas solat Zohor, kami mula bergerak pulang. Tak adalah terus balik ke Selangor, ada tempat nak singgah untuk beraya.
Ya, pasti ramai tanya. Mana gambar atuk kau ? Atuk aku ada je. Cumanya bila aku tidur, dia dah bangun. Bila aku bangun, dia pulak tidur. Kadang tu dia keluar pergi merayap naik motor. Jadi memang tak sempat nak ambil gambar bersma dia. Dia ada je, sebelum nak balik tu pon sempat je bersalaman dengan dia. Tapi by the time kitorang nak bertolak tu, dia keluar.
Macam yang aku cakap tadi, kitorang tak terus balik ke Selangor. Ada tempat kitorang nak singgah untuk beraya. Beraya rumah siapa tu ? Tunggu ...........
balik kampung mmg best..time tu la dpt syur fresh pucuk ubi gitu..hihihi..slmat hari raya :)
ReplyDeletebetol tu betol =) selamat hari raya jugak ^^
Deleteerk maaf komen aku tergantung. hehe. aku rasa raya dah takdak apa2 meaning dah. eh ada, cuma takdak feel ja. both my grandparents dah takda. sob sob.
ReplyDelete*rajin eh kau update. klu dah malas tu, sampai berjanggut aku tunggu entry kau kan..
laaa ye ke , kesiannya . tapi xpa lah , still ada sedara mara kan =)
Deleteohh aku ingat aku dah publish tadi. maaf lagik
ReplyDeleteaq rasa korang sekeluarga poie rumah alif kot. yg slalu datang rumah kau tu kan.
ReplyDeletesekejap gila ko balik kampung, aq semalam malam baru sampai dr tganu.seminggu hidup di ipoh n tganu.hari ni bertolak balik uitm kedah.
best gila bak hang.hehe
ALIFF ? aliff mne pernah datang rumah aku =P hahahaa
Deletewahh best nya perjalanan raya . jauh dan lama . selamat kembali ke U =)
huyoo .. gmbar nampak bracers tuu sexy ! hahaha
ReplyDeletehahaha biasa je kot =P BTW , terima kasih =)
DeleteMacam kenal je jalan tu weyh ..blur kejap
ReplyDeletekenal je kan , bukan tau pon =P
Deleteweh, aq dah ingat masa nak tidoq tetiba teringat nama dia-Faris,hehe.ko tau klo boleh masa aq teringat nama si Faris tu, rasa cam nak terus komen.konon bangga bebenor dapat recall his name.
ReplyDeletelawak arr DSH nie =)
Deletenantikan episode seterusnya yerp =)