Wednesday, August 22, 2012

Lebaran 2012 : Episod 1

Assalamualaikum 

Sudah tiba masan untuk aku menceritakan sambutan hari raya aku. Tolong bersedia ya, sebab aku nak limpahkan korang dengan gambar-gambar yang maha banyak. Dan yang paling penting, aku akan buat secara berepisod. Amboi ke tidak ?


Hari raya pertama

Tiap kali musim perayaan, sudah menjadi kebiasaan aku tidak dapat tidur pada malam raya. Biasanya aku dan keluarga akan sibuk mengemas rumah dan menyiapkan juadah raya. Dan disebabkan itu, tahun nie aku tak dapat nak solat raya di masjid akibat terlajak tidur. Kah !


Tema baju raya keluarga aku tahun nie ialah warna hijau. Rasa macam dah lama gila tak pakai warna hijau untuk hari raya. Seperti biasalah, sebelum keluar beraya dengan sanak saudara, kitorang buat acara bermaaf-maafan sesama keluarga. Hihi







Sebaik sahaja sesi maaf-maafan sesama keluarga, kitorang akan mula bergerak ke rumah abang kepada ibu aku. Rumah dia belakang rumah aku je. Sudah menjadi rutin setiap tahun sejak arwah nyai aku meninggal, tiap hari raya pertama, kami sanak saudara akan berkumpul di rumah beliau. 




Aktiviti beraya kami biasanya akan sampai lewat petang sebab rumah sedara-mara aku nie di sekeliling rumah aku je. Jadi ambil masa jugaklah beraya dari satu rumah ke satu rumah yang lain. So korang tengok jela gambar-gambar yang aku sempat abadikan nie. 







Lepas dah habis tawaf rumah sedara-mara sekeliling rumah, kami semua akan mula bergerak ke rumah sedara-mara yang lebih jauh pulak. Tak adalah jauh mana pon, tetap dalam Selangor jugak. Tapi sebelum tu, kitorang akan singgah ziarah kubur arwah nyai aku. Drama air mata pon bermula.


Biasanya memang kami sekeluarga akan menjadi keluarga paling lambat ziarah kubur arwah nyai sebab kami selalu bangun lewat. Orang lain pergi ziarah kubur lepas solat raya, kami lepas dah habis tawaf beraya rumah sedara-mara keliling rumah barulah pergi ziarah. 


Sebelum pergi ziarah tu, kami sekeluarga akan mula siap-siap packing baju untuk balik ke kampung ayah di Pahang. Kami akan terus balik ke kampung sebaik sahaja selesai beraya rumah sedara-mara kami di belah Selangor. Mari aku sajikan gambar-gambar ketika beraya di rumah sedara-mara aku tu.











Dalam pada tengah seronok-seronok tu, tiba-tiba ada yang jerit api api kat belakang rumah. Laaaa boleh pulak ada suis yang terbakar. Mujur sempat padamkan api tu. 


Ada dua buah rumah lagi kami beraya masa nie tapi malas pulak aku nak sambung cerita. Inipon dah panjang berjela aku punya entri. Jadi aku skip jelah. Habis je beraya, kami sekeluarga terus bertolak balik ke Pahang. Jom balik ke kampung ayah pulak !


12 comments:

  1. Replies
    1. alaaa renovate sikit2 je . eleh rumah kau pon dah cantik =)

      Delete
  2. huyoo ~ meriah nye raya family ZA . ! cayalaaa ~

    ReplyDelete
  3. ingat comel la tuh buat muncung bagai?? hahah. gila sporting family kau semua bergambar? best pose, parents kau uh. eceycey so sweet

    ReplyDelete
  4. aku tk fhm byk sgt gmbar ni .. ni kt Banting ke kt mana people?

    ReplyDelete
  5. wahhh. meriah laa raya zharif. selamat hari raya zharif. maaf kalau dila ade buat zharif tersinggung. nice entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak diela , maaf kan kalao ada salah silap , tersinggung ke , sorry tau .

      BTW , thanx diela =')

      Delete
  6. meriah gila raya zarep ni . hehehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini