Monday, August 27, 2012

Lebaran 2012 : Episod 3

Assalamualaikum 

Mari aku sambung cerita hari raya aku yang berepisod nie. Sekarang kita berada di episod 3. Rumah someone yang aku cakap tu ialah rumah Faries di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. 


Ini merupakan kali pertama keluarga aku datang beraya ke sini tapi ini bukanlah kali pertama aku berkunjung, pernah datang beberapa kali ke sni. Cuma bukan untuk berayalah. Saja-saja datang. Apa yang aku suka sangat datang rumah Faries nie ialah mak dia selalu masak sedap-sedap. Aku sebenarnya tak sangka, jalan laluan ke rumah atuk dan nenek aku ke Pahang, akan lalu kawasan rumah Faries di Negeri Sembilan nie. Memandangkan ayah aku lebih memilih untuk menggunakan jalan dalam berbanding lebuhraya, jadi bolehlah singgah beraya dah alang-alang tu. 


Aktiviti beraya kitorang tidak terhenti setakat itu, kami sekeluarga terus singgah beraya di rumah kawan ibu pula. Di sini, kami disajikan dengan juadah yang agak pelik dan aneh. Tidak pernah aku cuba atau nampak juadah itu sebelum ini. Juadah tersebut ialah lemang periuk kera.


Pertama kali tengok dan makan lemang dalam pokok periuk kera. Rasa dia sama je macam lemang biasa yang dalam buluh tu, cumanya yang nie tak ada rasa hangus atau asap sebab lemang periuk kera nie dikukus dalam periuk. Tak macam lemang buluh yang dibakar atas api. Kitorang makan lemang periuk kera nie dengan kari daging itik. Pon pertama kali jugak rasa daging itik. Not bad rasa dia. Sedap !

Hari Raya Keempat 

Raya keempat, rumah aku pulak menerima tetamu. Tetamu dari Negeri Sembilan, siapa lagi kalau bukan keluarga si Faries. Semalam kita beraya rumah dia, hari nie dia pulak datang beraya ke rumah aku. Nasib baik dia datang bagi tau. Kalau tak memang air kosong jelah aku hidang. Kah !


Dia datang dengan abang ipar dan kakak-kakak dia sekali. Semua sekali 9 orang termasuk 3 orang anak buah dia. Memang meriah gila rumah aku dipenuhi dengan budak-budak kecik. Tetibe rasa macam nak suruh ibu aku mengandung lagi. Tibehhhh !






Dekat lewat petang jugak baru keluarga Faries balik. Seronok terima kunjungan keluarga dia. Ini merupakan kali pertama juga keluarga dia datang ke rumah aku. Belah malam pula, kawan ibu aku datang beraya, Achik Nisa dan keluarga. Achik Nisa nie merupakan rakan sekerja ibu aku di sekolah.





Hari Raya Kelima

Oleh kerana baju raya aku kali nie terlampau simple, aku putuskan untuk tambah manik-manik di bahagian kocek baju. Barulah meriah dan ada kelainan. Tak adalah kosong dan rasa bosan je. Bab baju raya nie, aku memang sukakan kelainan. Tak suka baju raya yang kosong dan membosankan.


Belah malam, kami sekeluarga pergi beraya rumah sedara kami di Klang. Kami datang satu keluarga je sebab sedara-mara aku yang lain dah raya sini sewaktu kitorang masih di kampung.




No no no, episod raya aku belum habis lagi. Nantikan episod yang seterusnya okay. Raya kan sebulan, betul tak ?


18 comments:

  1. Anak2 buah aku comel2 kan zharif mcm pakcu dia =P

    ReplyDelete
  2. comelnya anak buah faries.
    eh pulut dlm periuk kera tu menarik sgt. xpenat cuba pun. post mai satu.

    rean bkl jadi org Pahang ni zhreepp, mkn ikan patinlah lepas nie. muehehehehe.

    zhrep, pakai number mane skrg stlh hp rosak?

    nnt send number dkt email rean, (reanraihan11@gmail.com.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulut ya org panggil , hahah tak tau pulak . rsa nya sama je dengan lemang =)

      rean , ikan patin masak tempoyak serious sedap , rugi kalao tak cuba =)

      kami masih lagi pakai number yang sama , rean kalao mcg kami , bg tau nama tau . sebab kami hilang semua number =)

      Delete
  3. ouh lemang ke? lemang dlm buluh lahh zhareepp.:p

    serius, nyummm nyumm nak trylahh nnti tp rean bkn di temerloh sana , rean di daerah pekan yg dikelilingi Hutan belantara. bnyk org asli ooo>_<

    okay nnt rean miskoll.tengs

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh pulut periuk kera tu mmg di jual kt hutan belantara pon rean =)

      Delete
  4. Replies
    1. bukan tv sekarang memang standard jenis mcm tu ke =) huhu

      Delete
  5. aku baru tau jgk yg lemang dlm periuk kera tu, first time ever.

    Marini siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan , first time ever nampak and rasa . huhu

      Marini tu anak angkat ibu aku . sama macam si faries nie .

      Delete
  6. pulut periuk kera ? huyoo ! unik ~ n first time tgk ! =)

    ReplyDelete
  7. aq terliur tengok ikan patin masak tempoyak tu.
    tp selalu makan ikan keli masak tempoyak.sedapnyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah makan ikan keli sebab tak suka , hahaha

      Delete
  8. meriah nye raya zarep ! ke sana ke sini . hehe rumah faries mesti tak lepas . amboi korg haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini