Sunday, July 15, 2012

Berita gembira akhirnya

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, minggu nie merupakan minggu gembira buat diri aku. Tak sabar nak kongsikan dengan korang semua, tapi diri ini begitu malas nak menaip. Pada hari terakhir aku bekerja di Pizza Hut, yakni jumaat yang lalu, merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu buat semua lepasan matrik tahun 2011/2012.


Cuak, gembira dan takut semua bercampur. Begitu juga aku. Tengah khusyuk menjaga kaunter cashier, telefon aku berdering. Faries called and told me that he checked my UPU but my name didn't exist in the system. Cuak terus aku weyhh. Terus cakap dengan manager nak balik rumah sebab nak solat jumaat.

Jam telah menunjukkan jam 1.30 petang, khutbah baru nak mula tapi diri ini begitu gigih balik rumah dulu sebab nak cek UPU. Astaghfirullah al azim, urusan dunia diutamakan. Maaf, fikiran dan perasaan begitu bercelaru masa tu sebab nama tak ada dalam sistem. Makanya aku pon cek lah. Agak sedikit sedihlah sebab dapat jauh.

Dalam masa yang sama aku tersangat gembira. Dengan pointer yang tak berapa nak mencecah flat 4 tingkat tu, aku dah bersyukur sangat. I really do. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmahnya aku dihantar ke sana. Daripada tak dapat apa-apa, lebih baik dapat something walaupon kos yang dapat tu merapu-rapu. Asalkan dapat sambung belajar. Itu yang penting.


Dengan berita gembira yang aku terima nie, aku begitu murah hati untuk belanja keluarga aku makan. Memandangkan cek gaji aku pon dah sampai, jadi rasa kaya sekejap.



Maka aku memandu ke Nilai untuk mengajak mereka semua makan di Pizza Hut Bandar Nilai. Kenapa makan dekat Pizza Hut cawangan Nilai ? Sebab aku malu nak makan dekat Pizza Hut Banting. Nanti bekas rakan-rakan kerja memperhatikan aku. Jadi aku tak selesa. Maka Pizza Hut Bandar Nilai lah pilihan aku. Cantik cawangan Pizza Hut Nilai. Meriah dan lebih busy berbanding di Pizza Hut Banting. Tapi semua yang aku order, semuanya sampai.






Alhamdulillah, semua yang aku plan berjalan dengan lancar walaupon tak semua family aku ada. Ayah aku sedikit sibuk masa nie. Tapi dalam pada itu, dia lah yang paling teruja nak tahu UPU aku. Dia siap telefon Faries suruh tolong cekkan. Amboi sangat ayah aku nie. Tak boleh tunggu sampai aku balik dari kerja dulu ke sampai nak suruh-suruh orang lain. Hahahaa

Post edited : August 2021

23 comments:

  1. oi zarep . hang pi dak solat jumaat ? hahaha

    Tahniah zarep ! dapat sarwak tu . dulu penang dekat je . hamekau skrg dia hantaq nun jauh tu . hehehe semoga study pandai-pandai ek :)

    eh bila nak belanja pizza ? :p

    ReplyDelete
  2. den pogi solat jumaat cuma lambat sikit lah sebab mse tu otak bercelaru =D

    tahniah jugak aliff =)Btw , thanx . hal untuk belanja tu , tak tau lah . muahahaha

    ReplyDelete
  3. Tahniah zhrepp
    Kami bangga dengan hampa, Hampa rajen.
    kami taw kos apa hampa dpt,hihi

    study elok2 kat sana nanti,Goodluck,rindu time2 matrix dgn hampa. time tuto and amali kimia, seronokkan sembang2 last2 tak siap,hehe

    papepun, allthebest zhreepp. chaiyokk
    Zhrepp boleh,

    ReplyDelete
  4. rean =) terima kasih ^^

    seronok satu tahun kat matrik dengan H4P1 ^^

    all the best jugak rean =D huhu

    ReplyDelete
  5. tahniah n goodluck . jauhh tuu ;p

    ReplyDelete
  6. tenQ =') tau takper , jauh sangat >__<

    ReplyDelete
  7. eleh, btul ka handphone bunyi kring2 tu? kolot sgt kott. haha bagusssss sgt dpt sarawak *tangan di bahu. zharif azis mesti nangis2 punya la nanti[mcm aku skang]. pape pon tahniah laa

    *aku rasa boleh ja, pointer kau mesti best kn? swasta ni, asal kau berduit ja. huhu

    ReplyDelete
  8. mila : thanx =') terharu nie . tapi msalahnya nie betol2 jauh . seberang laut pulak . hurmmm =(

    pointer xde best mne pon . muahahhaa =P

    ReplyDelete
  9. tahniah zarep!! hehe ala, kenapa kos tu rahsia? nak tau >.<

    btw, psl subjek tu, tengok dekat portal je..cuba try bukak portal unimas, mesti ada :)

    ReplyDelete
  10. yes akhirnya kau update juga kan pasal result upu ni.berhari-hari aq tunggu tahu.Tapi kau dapat kos mende?medic la tu.
    jauh perjalanan luas pandangan.mana tahu kot2 kau sangkut kat orang sana.acano?
    apapon good luck bro.all the best.

    ReplyDelete
  11. fatin : it's sains something . tak tau nak teruskan kos tu ke tidak . maybe sampai sana nanti nak tukar . so biarlah ia nya menjadi rahsia terlebih dahulu .

    bukan tak bersyukur , cuma tak berapa nak gembira dengan kos yang di bagi =)

    ReplyDelete
  12. DSH : ewahhh siap tunggu-tunggu . hahahahha thanx =)

    yang pasti bukan medic lah . tak layak kot . muahahahha

    BTW thanx sekali lagi =')

    ReplyDelete
  13. kebetulan sy mmg cari freshie unimas . pape hal refer grup sini . tq and tahniah . :D

    https://www.facebook.com/groups/119684151457745/

    ReplyDelete
  14. terharu laa sgt..haah jauh, jgn harap kau boleh balik semenanjung kerap2. muahaha [mood evil tetiba]

    *merendah diri la pulak. haha

    ReplyDelete
  15. erk baru perasan kau follow aku. thanks la, tp kau tak baca entry aku pon. apa ni wey???!! hehe aku tak ingat aku follow kau ka dak, rasanya dak kot. haha

    ReplyDelete
  16. tahniah zarep ! :)

    setuju part yang kena pilih kos ikut kemampuan . haha
    lebih baik dapat dari tak dapat . ye dok ? alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. betol tu ^^ alhamdulillah =)

    thanx BTW =')

    ReplyDelete
  18. tahniah2..nanti jumpa my kakak senior kat sane...
    kat sane best ape..over sea...untung 2..

    ReplyDelete
  19. over sea memang best tapi tapi rindu semenanjung nanti =(

    ReplyDelete
  20. sedapnye makanan tu..nanti belanja Zack lah pulak ya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...