Wednesday, July 18, 2012

Resepi spagheti tekak aku

Assalamualaikum 

Kali nie aku nak berkongsi cara aku masak spagheti. Sejak kebelakangan ini, aku suka cuba-cuba masak menu yang aku belum pernah masak. Saja nak belajar. Aku masak ikut tekak aku. Kalau aku suka, aku teruskan cara tu. Kalau aku tak suka, aku perbaiki lagi mutu masakan aku. Ewahhh !


1. Spagheti Olio

Yang nie ala-ala Prawn Olio spaghetti yang macam dekat Pizza Hut tu. Rasanya pon lebih kurang je cuma resepi aku nie sedap sikit. Kah perasan !


Bahan-bahan : Spaghetti, Cendawan Hitam, Cili Kering, Lada Hitam & lada putih, Bawang Putih

Cara memasak :
1.Rebus spaghetti 8-10 minit . Depends on jenis spaghetti 
2.Bawang putih dan cili kering dihiris halus. Cendawan hitam dipotong kecil-kecil.
3.Tumbuk lada hitam & lada putih sehingga lumat.
4.Masukkan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga lembut.
5.Masukkan cendawan hitam, cili kering, secubit garam (ikut te korang)
6.Masukkan spaghetti yang telah ditos airnya, lada hitam dan lada putih ke dalam kuali.
7.Gaul sebati dan siap

Aku suka letak daun ketumbar tapi daun ektumbar tak ada masa nie. Aku suka guna mentega instead of minyak sebab rasa dia akan jadi lebih sedap kalau guna mentega.

2. Spagheti Bolgnese


Bahan-bahan : Spaghetti, Sos Spaghetti, Cendawan Hitam, Hotdog Ayam

Cara memasak :
1.Rebus spaghetti dalam air mendidih 8-10 minit
2.Potong cendawan hitam dan hotdog ayam kecil-kecil .
3.Panaskan minyak dan masukkan sos spaghetti sebanyak mana yang korang suka. 
4.Masukkan cendawan hitam dan hotdog yang telah dipotong tadi kedalam kuali.
5.Curah sedikit air rebusan spagheti tadi untuk bagi kuah dia sedikit cair.
6.Masukkan spaghetti dan gaul sehingga sebati.

Lebih sedap kalau ada daun ketumbar dan bubuh sedikit oregano.

Dekat gambar tu, aku gunakan fettucini dan bukannya spagheti sebab fettucini nie aku dapat dekat Pizza Hut masa kerja dulu. Dorang nak buang fettucini nie sebab ada kumbang kecil-kecil tu. Demi untuk mengekalkan kualiti makanan, semua bungkusan fettucini yang di dalamnya terdapat kumbang kecil-kecil nie, dorang akan buang. Sebelum dorang buang, lebih baik aku ambil. Manager aku pon bagi je kalau ada sesiapa yang nak ambil. Sumpah banyak gila aku ambil.

LOL, 19-YEAR-OLD ME BARU CUBA-CUBA BELAJAR MASAK. HAHAHAA. AKU MASAK SPAGHETI SEKARANG SANGAT BERBEZA YA. VERSI SEKARANG LEBIH BETTER.

Post edited : August 2021

11 comments:

  1. sumpah nampak sdap spagheti kau.. tu bukan google image kan??

    ReplyDelete
  2. nope =) itu ambek gambar sendiri ^^ try lah kalao ada masa nanti , senang je =D

    ReplyDelete
  3. GAMBAR KEDUA TU NAMPAK SEDAPP. WAHH CHEF ZHREPP. HEBAT KAU NYAH :D

    ReplyDelete
  4. hebat an kami =) contohilah kami , nanti si sugus bertambah-tambah syg kat rean , ceyhhh =P

    ReplyDelete
  5. zharif hensem sebab tu zharif pandai masak . hew hew hew

    terbaik lah zarep ! nak cuba :3

    ReplyDelete
  6. alahai malu nie >___< hahaha
    cuba jgn tak cuba =)

    ReplyDelete
  7. k tergoda..tp nama spageti awat2 pelik2 sgt? haha

    ReplyDelete
  8. masterchef 2013 !
    bravo-bravo .. boleh dah bukak gerai kat bazar ni . haha

    ReplyDelete
  9. mila : saja bubuh pelik2 , muahahaha =D

    mira : confirm tak laku kalao bukak gerai , hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini