Monday, June 25, 2012

Baru kerja 2 minggu

Assalamualaikum

Tak adalah dua minggu sangat, dah lebih dah pon. Macam yang aku pernah update sebelum nie, aku kembali bekerja setelah setahun rehat belajar. 5 Jun haritu aku mula bekerja. Aku bekerja di Pizza Hut Banting. Kalau datang sini nanti, korang hai-hai lah ya. Hahahaha


Baru kerja 2 minggu, dah pecahkan 2 pinggan kaca.

Tak tau lah macam mana boleh terjatuh. Padahal cuma bawa dua pinggan je masa tu. Kalau bawa banyak tu kiranya boleh fahamlah lagi kenapa boleh terjatuh. Ini cuma bawa dua pinggan je pon boleh terjatuh. Habis retak seribu pinggan-pinggan tu. Tak ada pon kena marah dengan manager, cumanya tu takutlah jugakan bila benda tu berlaku. Harapnya tak ada lagilah insiden pinggan jatuh lagi lepas nie.


Baru kerja 2 minggu, dah jatuhkan 3 pizza dekat tangga.

Ye weyh, dah 3 pizza aku jatuhkan masa naik/turun tangga. Ada satu kejadian tu, sekali dua pizza aku jatuhkan dalam masa yang sama. Bayangkanlah erk, dahlah pelanggan tunggu 10-15 minit untuk tunggu pizza tu siap dimasak, aku boleh pula jatuhkan pizza tu. Tapi bukan aku sengaja okay. 


Baru kerja 2 minggu, tangan dah calar balar.

Jatuhkan pizza pelanggan dah kira malang untuk aku. Tak cukup dengan itu, insiden jatuhkan pizza itu juga turut melukakan tangan dan jari-jemariku. Yelah, pan pizza tu kan panas. Melecur kot tangan aku. Sumpah pedih bila kulit tersiat akibat pan panas terkena tangan.

Baru kerja 2 minggu, handphone terjatuh dalam sinki yang dipenuhi air.

Ini kisah yang menyayat hati. Baru setahun pakai phone nie, dah tak boleh digunakan. Tak tahu pasaipa phone nie putuskan untuk berenang di dalam sinki yang dipenuhi air itu. Entah apa yang aku fikiran masa tu, curious punya pasal sebab ada text masuk. Dahlah kau tu tengah basuh pinggan. Tak pasal-pasal phone kau meloncat masuk dalam sinki sebab tangankau licin. Nak menyesal pon tak guna, benda dah jadi.


Baru kerja 2 minggu, kasut aku dah koyak rabak.

Sedihnya, kasut nie merupakan kasut yang aku pakai sejak hari pertama aku belajar dekat matrik. Guna pergi kerja jadi rosak. Yelah, asyik kena air je, mana tak rosak kasut tu. Kasut aku yang rosak nie jugalah menjadi punca pizza jatuh dekat tangga. Memang dah bagi petanda suruh beli kasut baru. 


Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Begitu jugalah nasib kasut aku. Aku dah pon beli kasut baru. Tak mahal pon, RM15.90 je. Jadi sekarang, setiap kali nak basuh pinggan waktu closing, aku akan balut kasut aku dengan plastik. Nak jaga punya pasal, kita balut. Hahaha


Itu sahaja untuk kali ini. Ini baru dua minggu kerja, dah macam-macam jadi. Harapnya lepasnie lebih baik dan tiada yang buruk berlaku. Aminn. Kalau korang ada waktu, boleh baca blog kawan aku nie juga : KLIK

Post edited : August 2021

19 comments:

  1. hahahahaa..gigih betoi zharif azis kerja. sampai calar balar cili bili. hehehe. tu baru 2 minggu. papun hati2 bro masa krja. jangan melecur lagi :) hehe.

    p/s : nice entri. pandai karang :D

    ReplyDelete
  2. jatuh tgge kne sumpahan aq la tuhh..hahahaaa...

    btw, thankz zharif..xdpt lepak sme time cuti ni tp dpt keje sme2 pon ok laa...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Zharif,mcam2 berlaku kat kau kan.Aku simpati gila kat phone kau tu. Yang kecederaan tu aq dah biasa kena kat Macd.Oh BTW,kasut baru tu licin lah.Aku dah beberapa kali tergolek kat Macd.Mungkin lantai Pizza x sama dengan Macd kot.Papepon selamat bekerja dengan lebih gigih.Duit dicari,aset dijaga bro.Kau kan handsome

    ReplyDelete
  4. fadz : kalau keluar sama2 , dpat skejap je . kerja sama2 dapat jumpa hari2 . gelak sama2 hari2 =D

    sedih lah kau dah nak berhenti =(

    ReplyDelete
  5. DSH : eh kasut baru tu tapak nya tak licin . kasut lama yang licin . kasut baru jauh lebih selesa . cuma nya kasut tu kasut kain . so bila washing kene pakai plastik skali biar x kne air . huhu =D

    ReplyDelete
  6. aq pon x nk brhnti sbnrnye..syok dpt keje sme2..
    xpe la, next time kte keje sme2 lg..hehee

    ReplyDelete
  7. Pehhh rekod ! HAHAHAHAHA

    awesome gila bila ada orang amik gambar zarep waktu tengah bekerja ni :D

    ReplyDelete
  8. zharepp,tgh berparut,jatuh saham, nnt ehem xsuka,hehe

    ReplyDelete
  9. fadz : takpe takpe , study perlu di utamakan =D

    aliff : tula pasal . balik2 je bukak facebook dah ada gambar tu . memang penat hilang terus masa tu . ahaks =D

    ReplyDelete
  10. rean : kami akan lebih berhati-hati lepas nie =D terima kasih

    ReplyDelete
  11. pergh~ menyayat hati sungguh kisah ni
    boleh masuk bersamamu . hahaha
    semoga bekerja dengan lebih cemerlang :)

    ReplyDelete
  12. hahahaha

    paling takley blah time ayat :



    Sebenarnya cerita nie ada sangkut paut . Disebabkan kasut aku yang buruk tu , aku terjatuh kat tangga time bawak pizza . Dan di sebabkan aku jatuhkan pizza , pan panas jatuh kat tangan aku lalu tercedera .



    hahaha. aku bersimpati kat kasut dan henset kau zarep. kesian dorang dah jadi benda tak berguna bagi kau.miahaha

    ReplyDelete
  13. AMIRA : pasti akan bkerja dengan lebih cemerlang ^^ thanx

    UMMI : tula pasal . hampehh je dah tak boleh guna >__<

    ReplyDelete
  14. semangat berkerjaa nii. haha! nanti ada banyak koleksi kasut koyak dan hp rosak laa :D

    ReplyDelete
  15. koleksi kasut koyak semua dah buang tapi koleksi hp rosak tu banyak =D

    ReplyDelete
  16. ok menyayat hati. hahha

    aku nk komen pasal kasut tuh. aku baru ja abis orientasi kat upnm ni, baru 6 hari kasut dah lekang. sejibik mcm kes kau la. penat kawad gamaknya kasut tuh. eh comel kasut baru tuh. mana beli? haha aku dok kl nih *bajet

    ReplyDelete
  17. muahahaa itu lagi sadis >__<

    aku beli kat kanchong je =P

    ReplyDelete
  18. k kau jgn cakap nama tempat kat aku. blur. kl sentral pon aku taktau kt mana. kita kn org kampung. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...