Tuesday, January 17, 2012

Period ke ?

Assalamualaikum

Memang sudah sedia maklum, orang yang datang bulan nie biasanya emosi tak stabil. Cepat rasa nak marah, mood berubah-ubah dan hampir semua benda rasa tak kena. Yang tu memang kita fahamlah. Yang aku tak faham sekarang nie, mood swing nie berlaku pada sorang lelaki. Takkan period juga kot ?


Lelaki tersebut tak lain tak bukan adalah Cikgu Hensem aku. Tak faham kenapa tiap kali dia masuk kelas kitorang, dia rasa nak marah. Kitorang ada buat salah ke ? Hatta sekecil-kecil kesilapan, dia akan naik angin. Sebagai contoh kalau kita tak ikut susunan nombor.
 

Aku letaklah report aku yang nombor 2 tu kat situ, dengan x semena-semenanya dia tegur

"Haihh Zharif, letak lah ikut nombor, susun x boleh ke ? takkan tu pon nak ajar"

Seriuslah ? Tak susun ikut nombor je kot. Boleh je cakap baik-baik.


Kali nie bukan aku yang kene, tapi kawan aku. Dia letaklah beg dia kat tombol pintu macam gambar kat atas tu. Lepastu Cikgu Hensem tegur,

"Siape punya beg nie ? Tak ada adab. Macam budak sekolah rendah je"

Cuma gantung beg dekat tombol pintu je pon nak marah-marah. Sentap kawan aku tu bila kena tegur macam tu. Benda kecil je, tapi marah dia tu macam kita dah llakukan kesalahan besar.

Dan adalah satu masa tu, dia tanya aku satu soalan yang berkaitan Fizik. Aku nie bab-bab Fizik memang kelaut dalam. Hatta soalan senang sekalipun, aku memang tak tahu. Lepastu dai boleh perli aku,

"Tulah pemalu sangat nak tanya orang lain, ingat dah pandai lah tu"

Sedih weyhh. Rasanya tak perlu kot cakap macam tu. Kenapa memilih untuk perli dan bercakap sinis Ya ? Kalau betul nak betulkan, cakaplah elok-elok. Susah tau belajar kelas amali fizik dengan Cikgu Hensem nie. Nak minta tolong dia pon rasa takut weyhhh. Yelahh, asyik nak marah je kerjanya. Mujur kelas dia jatuh pada hari Isnin. Cuti umum banyak jatuh hari Isnin sepanjang semester 2 nie.

Apa-apapon, aku sangat teruja sebab hari Jumaat nie nak balik Selangor bersempena cuti pertengahan semester. Rasa macam baru je mulakan semester 2 haritu, dah masuk pertengahan dah. Habis cuti, terus ujian midsem. Aduiiii

Post edited : August 2021

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini