Sunday, December 8, 2024

Rumah Kediaman Pintar Bayu Sutera - Melora di Bandar Sri Sendayan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat mereka yang sedang mencari hartanah dan masih dalam fasa survey-survey, korang dah survey projek Bayu Sutera Melor di Bandar Sendayan ke belum ? Kalau belum, mari aku bawa korang tengok-tengok dulu proje nie. Ikuti butirannya!


Bandar Sri Sendayan semakin membangun dengan pesat. Terdapat banyak projek perumahan giat dijalankan di kawasan ini. Jadi hari ini aku nak memperkenalkan korang dengan satu projek dibawah kelolaan Matrix Concepts Holdings Berhad. Projek Bayu Sutera kediaman Melora direka khas bagi memenuhi keperluan individu yang mencari tempat tinggal yang menggabungkan keselesaan moden, dikelilingi kehijauan dan mempunyai komuniti yang erat.




Melora Homes merupakan kediaman teres dua tingkat dengan status hak milik kekal ini direka untuk keselesaan yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Kediaman ini mempunyai empat bilik tidur dengan bilik mandi ensuit, beserta bilik utiliti tambahan yang meliputi keluasan dari 2,498 kaki persegi bersaiz lot sehingga 92 kaki.

Master Bedroom : Photo 1

Master Bedroom : Photo 2

Master Bedroom : Photo 3

Satu kediaman yang cukup luas dengan halaman belakang peribadi untuk unit terpilih bagi keselesaan ruang privasi tambahan selain menggunakan kemasan rekaan premium di mana tingkat satu lengkap dengan lantai kayu eksklusif.

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3

Bilik tidur 4

Lebih menarik lagi, Kediaman Melora di Bayu Sutera ini dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini seperti kunci digital, lampu pengcahayaan, sistem penyaman udara IR blaster dan sistem audio yang dikawal oleh telefon pintar. Kesemua ciri ini pasti memudahkan dan menjadikan kehidupan sehari-hai lebih mudah dan efisien. 

Ruang Keluarga tingkat 1

Ruang tamu : Photo 1

Ruang tamu : Photo 2

Untuk pengetahuan semua, Bandar Sri Sendayan kini sedang berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang bertenaga dengan tawaran kemudahan seperti kelab rekreasi, pusat hiburan, sekolah, taman rekreasi, hub komersial dan banyak lagi. Kemudahan akses untuk segala kemudahan ini menjadikan Bayu Sutera Melora Homes pilihan pembeli. Tidak kira sama ada melibatkan aktiviti membeli-belah, pendidikan atau rekreasi, semuany berada dalam jangkauan yang dekat.

Ruang makan

Dapur kering

Dapur basah : Photo 1

Antara kemudahan tersebut termasuklah :
  1. Matrix Global Schools: Sekolah bertaraf dunia dengan kurikulum tempatan dan antarabangsa. Dibina di atas tanah berkeluasan 8 hektar dan mampu menampung sehingga 2,500 pelajar.
  2. d'Tempat Counttry Club: Merupakan kelab keahlian penduduk Bayu Sutera yang mempunyai pelbagaikemudahan termasuklah kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, gelanggang boling, tens dan juga spa.
  3. X Park Sendayan: Hub hiburan terbesar di Negeri Sembilan yang menawarkan aktiviti o-kart, memanah dan juga paintball. Terdapat gelanggang futsal, badminton dan padang golf.
  4. Sendayan Merchant Square: Kawasan komersial yang memnempatkan sekurang-kurangnya 163 kedai pejabat berhdapan Carnelian Park. Membuka ruang buat penduduk membuka aktiviti perniagaan di sini.
  5. Lebuhraya: Kediaman Melora Bayu Sutera ini sangat dekat dengan lebuh raya utama bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke bandar dan kawasan sekitar.

Dapur basah : Photo 2


Untuk pembeli yang berstatus Bumiputera, kalian boleh membeli projek kediaman Bayu Sutera - Melora yang bersaiz 20' x 75' (2,498 sqft) dengan harga RM628,999 iaitu RM2,439 sebulan. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut (Bayu Sutera - Melora Homes) atau ke bilik pameran mereka sekarang. Menarik bukan ?


4 tandas

Jangan lupa peluang kemasan ini untuk memilik kediaman anda sendiri. Sekarang terdapatnya Kempen Hartanah Bumiputera. Kempen ini menjadikan pemilikan kediaman mudah diakses oleh pembeli bumiputera. Ia menawarkan pembeli bumiputera dengan nilai dan harga yang berbeza-beza.

  • Penjimatan yang ketara menjimatkan sehingga RM150,000*
  • Kadar pembiayaan yang rendah menjadikan pemilikan rumah lebih mampu milik dengan kadar interest serendah 3.8% bergantung pada bank dan juga profil kewangan pembeli.
  • Pilihan pembiayaan penuh kerana pembiayaan menyediakan pembiayaan sehingga 100%-110%, meminimumkan kos kemasukan untuk pembeli.
  • Kadar faedah rendah yang ditawarkan oleh bank tertentu untuk pinjaman rumah.
  • Insentif eksklusif seperti perkhidmatan jalur lebar percuma, rumah yang dilengkapi sistem rumah pintar, dan keahlian kelab d’Tempat Country percuma.
  • Sekiranya korang merupakan salah satu pembeli projek perumahan di bawah kempen ini, dan korang Berjaya mendapatkan rakan lain membeli salah satu unit di bawah kempen ini, korang akan mendapat komisien 1% daripada harga unit tersebut.
  • Sekiranya korang membeli lagi unit lain di bawah kempen yang sama, korang akan menikmati diskaun sebanyak 2% untuk unit kedua di bawah projek Matrix Concepts.

Tangga

Tangga menuju tingkat 1

Ruang pintu masuk

Butiran kempen Hartanah Bumiputera in boleh baca lebih lanjut di sini (http://hartanahbumimatrix.com/2)

No comments:

Post a Comment