Wednesday, December 4, 2024

Ballet Nights Kuala Lumpur Menampilkan Penari Cilik Tempatan Sophia Ong

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 tahun, akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur.


Sophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor’s. Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini. Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix Kuala Lumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi.



Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.

Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America’s Got Talent dan Britain’s Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan. Musa juga memenangi Critics' Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam Peaky Blinders oleh Rambert.



Ballet Nights juga akan mengumumkan sebuah kerjasama yang dengan sebuah Organisasi Pemuliharaan terkenal di peringkat global, dalam masa yang terdekat ini. Nantikan butiran lanjut.

Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk). Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik. Ballet Nights adalah sebuah produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan balet klasik, neo-klasik, dan kontemporari - membawakan pengalaman yang imersif yang tentunya sukar untuk dilupakan oleh para penonton.



Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council, British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group, World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank. Untuk maklumat lanjut Ballet Nights KL, layari www.balletnights.com/malaysia atau ikuti mereka di Instagram @InternationalBalletPLT


Barisan Penari Ballet Nights Kuala Lumpur:

  1. MARA GALEAZZI - Itali, Former Star Principal Ballerina of The Royal Ballet
  2. MUSA MOTHA - Afrika Selatan, World Dance Star of America’s Got Talent, Britain Got Talent and Rambert Dance Company
  3. CONSTANCE DEVERNAY-LAURENCE - Perancis, Former Principal Ballerina of Scottish Ballet and Star of the upcoming Amazon Prime TV Show ‘Etoile’
  4. DENYS CHEREVYCHKO - Ukraine, Former Principal of Wienner StaatsBallet & International Guest Principal
  5. SIENNA GOING - New Zealand, Ballet Nights Tutu Ballerina and graduate of the Academie de danse Princesse Grace in Monte Carlo.
  6. JORDAN JAMES BRIDGE - Great Britain, Star dancer of Studio Wayne MacGregor and Critics Circle Nominated Emerging Artist
  7. GUY SALIM - Great Britain Internationally Touring Commercial Dance Star of STOMP Worldwide, Choir of Man, CATS The Musical, and Dancer with BTS, Black Eyed Peas, Coldplay, Tinie Tempah, Zara Larsson.
  8. FELICITY CHADWICK - Great Britain, Ballet Nights Rising Star
  9. VIKTOR ERIK EMANUEL - Sweden, Ballet Nights House Concert Pianist and Resident Photographer 
  10. JAMIEL DEVERNAY-LAURENCE - Great Britain, Ballet Nights Founder, Artistic Director and Compère

No comments:

Post a Comment