Friday, September 23, 2022

Produk Bakeri AEON BiG Terima Sijil Halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

AEON BiG (Malaysia) Sdn. Bhd. (AEON BiG) telah dikurniakan Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk bakeri LaBoheme. Kini, sudah boleh menepis desas desus yang meragui kebersihan produk LaBoheme terutama sekali buat pembeli khasnya yang beragama Islam. Ikuti butirannya !


Penyerahan sijil halal itu telah dilakukan oleh Tuan Bukhari bin Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG di sebuah majlis yang diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Majlis tersebut juga disaksikan oleh pegawai jemputan dari JAKIM dan dihadiri juga oleh Datuk Iskandar Sarudin, Pengarah AEON BiG serta Dr. Kasuma Satria Mat Jadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Dalaman Halal AEON BiG.



AEON BiG merasa begitu bersyukur di atas pengurniaan sijil Halal ini kerana ia bukanlah satu proses yang mudah. Banyak tapisan dan langkah yang perlu diambil bagi mendapatkan status ini. Menurut Sheikh Farouk, beliau sangat berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh warga kerja yang terlibat kerana ia merupakan satu matlamat AEON BiG yang amat menitik beratkan kebersihan dan mutu produk makanan yang dijual di pasar raya besar ini. 




La Boheme merupakan produk bakeri yang terdapat di AEON BiG dan juga di pasarraya AEON. Ia menawarkan pelbagai produk bakeri segar yang dibuat setiap hari termasuk pastri dan puding. Pelbagai inovasi juga dilakukan terhadap produk-produk yang dijual bagi memberi variasi kepada pelanggan.




Majlis ini juga turut menyediakan pameran dan jualan serta acara perkongsian maklumat (pocket talk) berkenaan pensijilan halal JAKIM. Selain pengiktirafan yang diterima ini, AEON BiG juga sentiasa memacu perniagaannya dengan membantu pengusaha-pengusaha kecil sederhana (PKS) memasarkan produk halal mereka melalui 21 cawangannya di seluruh negara. Kerjasama ini telah dimetrai sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 (MIHAS 2022) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Bagi memperkasakan lagi usaha memasarkan barangan halal serta memberi tambah nilai kepada pelanggannya, AEON BiG juga terlibat dalam pelbagai program bersama pihak kementerian. Antaranya kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).


Jom beli produk bakeri di La Boheme !

1 comment:

  1. Alhamdulillah... Dah tiada keraguan lagi bila dah ade pengiktirafan sijil halal dari JAKIM. Jadi, pengguna di luar sana, sama-samalah support lokal. Hee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...