Wednesday, August 20, 2014

Jelajah Bilik Wells Hall GCSU

Assalamualaikum

Kali ini, aku nak berkongsi dengan korang tempat tinggal aku selama satu semester di Georgia College. Pada 12 August yang lalu, sebaik sahaja aku sampai Milledgeville, aku terus dibawa ke housing office untuk ambil kunci bilik. Dapat je kunci, sudah bole terus settle down. Masa nie, semua pelajar local masih lagi belum masuk. Hanya pelajar yang terlibat dalam menyambut pelajar baharu je yang dah ada dekat kolej kediaman nie.


Walaupun begitu, kami pelajar antarabangsa nie tidak diletakkan di dalam satu kolej kediaman. Maksudnya tiada kolej kediaman khas untuk pelajar antarabangsa. Kalau mcam di UPSI, terdapat satu kolej khas yang menempatkan pelajar-pelajar dari luar negara. Tapi di Georgia College, prinsip begitu tidak digunapakai di sini. Kira kami nie yang pelajar antarabangsa kena bercampurlah dengan pelajar-pelajar Amerika. 

Terdapat banyak kolej kediaman di sini. Antarnya ialah Adam Halls, Foundation Halls, Sanford Halls, Parkhurst Halls, Bell Halls, Wells Halls dan Napier Halls. Aku ditempatkan di Wells Hall. Apa yang aku boleh bagi tahu ialah, keselamatan di kolej kediaman sangat tiptop. Sebabnya, sebelum nak masuk Halls, kena swipe card dulu dekat pintu masuk. Tanpa kad itu, kita tak boleh masuk. Kalau tertinggal kad tu dalam bilik, jawabnya kenalah tunggu ada sesiapa masuk atau keluar untuk kau menyelit masuk sekali.


Bukan itu sahaja, kunci tu pon mainkan peranan yang penting tau. Hanya pemilik kunci itu sahaja yang boleh buka pintu. Dan pintunya pula, hanya ada tombol buka dari dalam. Tak adalah tetamu tak diundang masuk sesuka hati, dengan tak ketuk pintunya, terus melulu masuk. Sering berlaku di Kolej Harun Aminurrashid UPSI. Ini merupakan satu fungsi yang bagus. Selain itu juga, kunci tersebut merupakan kunci kepada almari kita. Isn't that cool ? Fungsi dua dalam satu.

Tapi tak adalah semuanya indah, ada juga kelemahan kolej kediaman di sini.


Yeah, setiap pintu ditampal nama-nama penghuni. That's my name and my roommate's name. Nama roommate aku ialah Austin. Nak tengok muka dia tak ? Tapi maaflah, setakat hari ini aku tak berkesempatan nak bergambar dengan di lagi. Seganlah nak ajak bergambar. Yang pasti dia handsome lah. Tinggi, peramah, baik dan pembersih. Aku pula rasa macam muka peribumi bila berdiri sebelah dia. 

Mari aku buat room tour. Aku pasti korang semua sudah tidak sabar.

Beginilah keadaan bilik sewaktu aku tiba

Ini bilik air. Wajiblah selfie dulu. Ye dakk ?

Untuk mendapat lebih gambaran yang jelas bentuk bilik aku, aku dah sediakan satu video untuk korang semua. Sangat thoughtful kan ? Cepat cakap terima kasih. 


So macam mana ? Uols dah puas hati dengan tayangan yang iols tunjukkan ?

Keluasan bilik dia agak kecil sedikit berbanding bilik di Kolej KHAR UPSI. Tandas pula tiada paip. Sebagai seorang village people sejati, nak beristinjak agak tidak nikmat ya. Lagi satu, jiran bilik sebelah boleh access masuk bilik kita sesuka hati sebab tiada kunci atau sendal apa-apa. Nak bermanja dengan teman sebilik pon tak bolehlah macam nie. Nanti kantoi pula. Tibehhh


Roommate aku bagi tahu yang mak dia tanya, roommate dia tu lelaki ke perempuan sebabnya pakai comforter warna merah jambu. Aku dapat dua cadar seenarnya. Yang putih dan yang pink. Yang putih tu muat ngam-ngam dengan katil, tapi tak ada comforter. Tak kesahlah macam perempuan ke apa, asalkan dapat menghangatkan malam-malamku. Gituhh.



Kemudahan yang ada pada setiap halls sangat banyak. Setiap aras ada bilik meeting, ada bilik Multi Purpose room yang mana para penghuni boleh lepak-lepak. Boleh diakses tidak kira waktu, 24 jam sentiasa terbuka untuk pelajar.






This is the coolest thing ever ! They even prepare ice machine for the residents and it's free. Harapnya Kolej Abang Harun dapat sediakan mesin ais dekat kolej. Tak ada lah students dok mengadap muka makcik peribumi KHAR yang period tak tentu masa untuk beli ais dekat kafe. Ada lagi ke tak erk makcik tu kat kafe, just wondering. Nak isi plain water pon free tau dekat sini. Pokoknya memang banyaklah kemudahan yang disediakan.



Cumanya dekat sini, segala pembayaran menggunakan kad matrik pelajar. Kad matrik pelajar adalah segala-galanya. Kiranya fungsi kad matrik tu banyaklah instead of gantung dekat leher je. Will tell you more about the function of student card in other post.

Aku perhati apa yang bagus dekat kolej kediaman di sini ialah macam mana mereka mengekalkan kecantikkan dan mengurangkan kerosakan bilik. Dengan cara bila student check in, dia akan bagi satu kertas description mengenai bilik tu. Kalau katil tu terkopek ke apa, dia akan tulis dekat situ. Dan student kene cek betul ke tidak ada kesan terkopek. Any barang yang rosak tapi tak tertulis dalam kertas tu, kita kene tulis dan laporkan dalam masa seminggu selepas check in. Kalau tidak, hujung emester nanti sebelum nak pulangkan kunci, dorang akan datang bilik kita, dan cek kertas tu sama ada korang rosakkan barang ke tidak. Sebarang kerosakkan yang tak terdapat dalam kertas description tu, consider kerosakkan tu korang yang buat. Jadinya korang kene bayar denda.


Sangat bagus sistem nie. Sebab tu lah, dinding dia bersih ibarat macam baru cat. Dorang memang tak kasi tebuk dinding tu dengan paku. Kau tebuk, kau bayar. Kalau korang perhati bilik-bilik dekat kolej abang harun tu (sebab aku duduk kolej abang harun so aku bagi example pon kolej abang harun lah, korang nie pon), nauzzubillah dahsyat dia. Berlobang sana sini, pintu pulak terkopek-kopek. Ada tu siap yang dah tertanggal pon ada. Kolej kediaman baru pon boleh jadi buruk selepas satu semester.

Ada kolej abang harun kenakan sebarang tindakan ? Tidak. Hanya kalau dorang buat spot check je, barulah surat saman keluar. Itu pon surat saman sebab rokoklah, sebab tandas tak cucilah, sebab tak bersihlah dan bukan sebab kau rosakkan harta benda dalam tu. Tak ke rasa macam kolej abang harun banyak kerugian sekiranya kaedah ini tidak diaplikasikan ?

Itu saja untuk kali ini. Seterusnya aku akan cerita soal makanan pula ya dan kad matrik. Tak tahu yang mana satu akan aku updated dulu, korang tunggu jelah erk. BTW, tak rasa ke cerita hari raya aku tak habis lagi ? Hahahahaa. Malasnyalah nak menaipnya pon. Harapnya sebelum berakhirnya bulan Syawal, cerita hari raya selesai di-update.

11 comments:

  1. Assalamualaikum dik, wah bestnya. semoga semuanya berjalan dengan lancar dik. jaga diri baik2 kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      aminnn, doakan untuk saya ye kak sheila =)

      Delete
  2. Replies
    1. if you look closely,u will see a tangga there, at first masa masuk sini yelah gigih guna tangga tu, but then lama-lama, just jump in je. it's really high tho =)

      Delete
  3. Kelakar la kau ni Zharif. Seriously aku rasa dah macam hotel. Tapi, x suka la katilnya tinggi benor, klo jatuh mao sakit tu and i like 200% multi purpose room dia. Bestnya klo U aku ada camtu. Haha. BTW, keep update. Rasa teruja bak hang. Gppd luck n stay strong. Jangan homesick naa. Eh panjang sangat ni. K bai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully tak jatuh lah kan.. awat hang tido ganaih kah ? hahahahahaha
      kann, bilik multi purpose dia gempak seyhh,..

      so far still okey lah, just miss masakan malaysia tu ja =D

      Delete
  4. Seronok sangat baca sebab teringat kisah sendiri lagi. hihihi :D

    Katil kau tinggi. Katil aku dulu pun tinggi gak tapi tak tinggi macam tu. And Zharif, bilik kau memang kecil sangat >.<
    Berapa accommodation fees dia? Dan, adakah kau perlu beli sendiri toilet paper?

    Sebenarnya banyak je lagi nak tanya, tapi, aku tanya sikit-sikit la dulu.

    *tak sabar nak tengok roommate kau*

    ReplyDelete
    Replies
    1. the fees aku tak tahu lah farah since i came here for free =D hihi. yupp, toilet paper kene beli sendiri.. why ask about toilet paper ? tmpt kau dia bagi ke ?

      soon enough.. hopefullya i have that kekuatan to take picture of him..

      Delete
    2. Yup! Residence aku dulu, sekolah yang provide kan. Habis, cuci toilet pun sendiri la ni?

      Delete
  5. katil kemain tinggi... kalau jatuh ni Allahukbar heee patah pinggang >.<

    tapi bilik dia lawaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangattttt >__<
      jangan tidur ganas lah solution dia.. hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...