Wednesday, December 9, 2020

GILA GADGETS - Kedai Repair Phone Murah Hulu Langat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Macam tahu-tahu je baru gaji, masa tulah handphone kau nak buat hal. Tiba-tiba tak boleh nak cas. Aiyooo masalah betullah. Baru je tukar LCD screen haritu. Ini masalah tempat pengecasan pulak. Kebetulan masa tu aku berada di sekitar Hulu Langat. Google punya Google, maka aku singgahlah dekat kedai repair phone Gila Gadgets. Ikuti butirannya !



Rasa best gila bila masuk kedai telefon nie. Ini merupakan kali pertama aku singgah ke sini. Sumpah macam-macam aksesori telefon dorang jual tahu tak. Dok terkesima dan terbelek-belek aksesori dekat sini sampai lupa motif utama aku datang sini untuk betulkan telefon. Hahahaha.





Serious banyak gila aksesori yang dijual di sini. Bukan terhad kepada aksesori telefon sahaja, aksesori laptop dan pelbagai alatan elektronik lain seperti pembesar suara dan ring light juga ada dijual di sini pada harga yang berpatutan. 



Apa yang menariknya ialah, korang boleh daftar sebagai member dekat sini untuk kumpul points setiap pembelian yang dibuat di sini. RM1 dikira sebagai 1 point. Boleh kumpul point dan redeem aksesori-aksesori menarik bila dah capai point yang ditetapkan untuk aksesori-aksesori terpilih. 


Menarik bukan ? Jadi bolehlah membeli dan repair telefon sambil kumpul point untuk redeem aksesori-aksesori menarik. Ya Allah, dah lari dari tujuan asal aku ke sini. Aku nak betulkan telefon sebenarnya. Hahahaha



Gila Gadgets boleh membaikpulih pelbagai jenis kerosakkan telefon, baik telefon jenis android mahupon Iphone. Servis baikpulih di sini secara berhadapan dan boleh disiapkan dalam masakurang dari satu jam bergantung pada jenis kerosakkan dan stok alatan ganti yang diperlukan mengikut jenis telefon. Selain itu juga, mereka boleh membaikpulih laptop tapi bergantung pada jenis kerosakkan laptop itu. Tidak semua kerosakkan boleh dibetulkan di sini. Kerana alatan gantian laptop agak terhad di cawangan Gila Gadgets Hulu Langat. 


Apa-apa pon, servis baikpulih telefon di sini memang bagus, staf mereka sangat peramah dan yang paling penting harga servis yang berpatutan. Aku berani kata, harga dia jauh lebih murah berbanding kedai baikpulih telefon yang aku pernah pergi sebelum-sebelum nie. 

Untuk pengetahuan korang semua, terdapat 4 cawangan Gila Gadgets setakat hari ini. Cawangan pertamanya terletak di Senawang Negeri Sembilan dan kemudian membuka 3 lagi cawangan lain di Taman Permata Kuala Lumpur, Hulu Langat dan juga di Seksyen 13 Shah Alam. Kalau korang tercari-cari kedai baikpulih telefon dengan harga yang murah dan servis yang mantap, boleh singgah Kedai Repair Phone Gila Gadgets berhampiran dengan tempat korang. 



GILA GADGETS HULU LANGAT (HQ)

No. 21 Ground Floor, Jalan Lagenda Suria 1, Taman Lagenda Suria, Hulu Langat Selangor

Waktu operasi : Isnin -Ahad (10AM - 10PM)
Tel : 019-450 0531


Cawangan lain : 
Taman Permata, Kuala Lumpur
Seksyen 13 Shah Alam
Senawang, Negeri Sembilan


16 comments:

  1. wah macam macam gajet ada ye lepas ni senang la nak cari barang dalam satu kedai je

    ReplyDelete
  2. aaa sekarang memang tengah survey kedai repair telefon ni sebab home button rosak...kenapa la jauh sangat kat sana..huhuhu

    ReplyDelete
  3. I really need this kinda shop. And thank god they have a branch in senawang. Nearer to my home to repair my gadgets

    ReplyDelete
  4. Wah siap ada membership program ya tempat ni. Yg penting, servis yg jujur dan murah. Sbg perempuan, kadang2 takut kena tipu bila hantar repair gadget ni. Sbb diorg assume yg kita ni mmg xtau apa2, kan.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah ini kalau Sis yang pergi mau gile menyopng ni,, pantang masuk kedai telefon Sis ni, anak pun dah bebel-bebel sebab kemain banyak kabel dan casing hahahahaha..

    ReplyDelete
  6. Nanti nak g KL minggu depan nak kesini lah sebab nak repair iP6S akak. Sayang je. Boleh bagi anak guna nanti untuk kelas online

    ReplyDelete
  7. Meriah betul kedai phone ni.. macam-macam ada memang one stop center la ni.. boleh repair2 juga tue.. Terbaik punya..

    ReplyDelete
  8. Kebetulan kawan baru pindah area situ tanya kedai repair hp yg murah... So boleh lah suggestkan kat kawan gila gadget ni.. Ehhh ada cawangan lain dh ye.. Baguslha dpt berkembang ke tmpt2 yg lain.. Hrp johor ada satu hehe. M

    ReplyDelete
  9. Wah siap ade point.. Boleh servis android dan ios.. Bagus ni.. Nanti nak try bawk phone yang rosak ke sini.. Mana tau boleh hidup. Suka tempat yang peramh orgnya

    ReplyDelete
  10. Memang begitulah hp pun tau bila kita berduit and time tu la pulak dia rosak kan. Kak pun selalu mcm tu... nasib ada kedai di Hulu Langat tu... dah kebetulan di situ ok la ... nanti andai kata kita di area tu bole la check it out ya tak yak klu hp rosak hihi...tp klu di KL jauh nak g haha...

    ReplyDelete
  11. Will introduce to friend that is around that area, I am far away from this phone shop, but hope they have a great business ahead!

    ReplyDelete
  12. wow sesuai dengan nama dia, gila gadget. boleh gila datang sini rambang mata xD

    ReplyDelete
  13. Ok dah tahu lps ni nak cari gadget kat mana. Banyak giler pilihan. Harga pun sgt berpatutan

    ReplyDelete
  14. alaaaa kenapa jauh sangat , sekarang ni susah nak cari kedai repair phone yang bagus lagi2 kalau untuk repair iphone , tapi klau memerlukan pasti akan datang sini jugak sebab percaya dengan rekomended dari zharif ....

    ReplyDelete
  15. This place is really good!! can just go there to get gadgets or get gadget repaired.. so convenient!!

    ReplyDelete
  16. Hai, terima kasih kepada mereka yang telah support Gila Gadgets Hulu Langat terutamanya yang berada di sekitar Hulu Langat dan juga mempercayai servis daripada kami. Harap anda semua terus support Gila Gadgets!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...