Sunday, October 4, 2020

Pengalaman Pertama Kali Mencandat Sotong di Perairan Negeri Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mencandat sotong merupakan salah satu aktiviti yang berada dalam senarai wishlist to do aku. Alhamdulillah, aku berkesempatan mencandat sotong ketika kunjunganku ke Negeri Terengganu baru-baru ini. Satu pengalaman yang sangat mengujakan dan tidak dapat dilupakan. Ikuti butirannya !


Perairan negeri Terengganu sememangnya cukup sinonim dengan aktiviti mencandat sotong. Tambah-tambah apabila tiba musimnya iaitu sekitar bulan April sehingga bulan September. Para penggemar aktiviti mencandat sotong akan mula membanjiri negeri Terengganu sekitar musim mencandat sotong ini. Namun begitu, tahun ini sedikit berbeza kerana terdapat beberapa SOP yang perlu diikuti nelayan dan mereka-mereka yang mengikuti aktiviti mencandat sotong ini.

Kesemua pengunjung yang mengikuti aktiviti mencandat sotong ini diberi beberapa penjelasan dan sedikit dos and donts apabila di tengah laut itu nanti. Dan semua peserta diberi ubat bagi mengelakkan mabuk laut ketika di tengah laut. Ubat ini hendaklah diambil satu jam sebelum menaiki bot. 


Sepanjang aku berada di atas bot sewaktu menuju ke lokasi mencandat, aku mengalami rasa mengantuk yang teramat sangat. Tak pasti sama ada aku sangat letih, atau kesan daripada ubat itu. Nak kata aku tak cukup tidur, jauh sekali. Jadi aku kira, ini pasti kesan daripada pengambilan ubat tu. Tak ada masalah apa pon, cuma tak dapat menikmati perjalanan menuju ke lokasi candat je. Sebab sewaktu perjalanan ke sana, aku tidur dengan nyenyaknya biarpon tidur dalam keadaan duduk. Sumpah mengantuk sangat yang tak boleh bawa bincang. Walauapapon, ubat ini memang berkesan untuk mengelakkan kita daripada mabuk laut. Alhamdulillah sepanjang 6 jam atas laut, aku tak rasa mabuk laut langsung.


Bertolaknya kami dari jeti pada jam 6 petang. Perjalanan ke lokasi candat mengambil masa lebih kurang 45 minit-1 jam bergantung pada lokasi yang dituju. Aktiviti mencandat ini melibatkan 4 bot candat. Setiap bot candat terdiri daripada 8-10 orang penumpang. Aku berada dalam bot candat nombor 2.

Aktiviti mencandat ini juga turut disertai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin. Beliau berada di dalam bot candat 1. Setiap bot candat pergi ke haluan yang sama tetapi lokasi yang berbeza. Jarak antara bot agak jauh juga. 


Sebaik sahaja sauh diturunkan, lampu berwarna hijau dipasang menerangi keliling bot candat. Mereka kata, sotong tertarik dengan warna-warna terang. Oleh itu, lampu hijau ini dipercayai dapat menarik perhatian sotong-sotong untuk memakan umpan. Kalau nampak lampu hijau nie di tengah laut, hah tu bot mencandat sotong lah tu. Dari jauh boleh nampak.


Untuk umpan pula, hanya menggunakan mata kail yang berwarna sahaja, tanpa meletakkan umpan cacing atau apa-apa makanan pon. Kebiasaannya kalau pergi memancing ikan, umpan seperti cacing akan disangkut pada mata kail untuk menarik perhatian ikan, tapi untuk mencandat sotong, semua itu tidak perlu.


Nak mencandat nie perlukan kesabaran yang tinggi. Ada masa, sekejap je sotong akan termakan umpan. Ada masa, kena tunggu lama sikit baru dapat. Tapi menurut abang nelayan bot kami, biasanya tak lama pon turunkan umpan, sotong tu akan sangkut. Kalau tak tersangkut-sangkut setelah sekian lama, maksudnya tempat tu memang tak ada sotong.

Oleh kerana sebab itu, bot candat kami bertukar lokasi ke tempat yang lebih jauh. Hanya bot kami sahaja, 3 bot candat lain masih kekal di lokasi yang sama. Sebaik sahaja bertukar lokasi, baru je kawan aku turunkan umpan, sangkut satu sotong. Memang bersoraklah kami masa tu. Maklumlah, kami bertiga nie baru pertama kali mencandat. Bila berjaya naikkan satu sotong tu, rasa gembira betul. 


Sotong nie bila beberapa minit naik ke darat, warna dia lutsinar jernih. Cantik ! Bila dah lama-lama, warna dia akan bertukar seperti warna sotong yang biasa kita nampak dekat pasar atau pasaraya tu. Agak mengejutkan juga, saiz sotong di sini semuanya bersaiz besar. 


Bila dah dapat sekor tu, maksudnya tempat tu memang ada sotong. Maka makin bersemangatlah kami untuk teruskan mencandat sampaikan terlupa call time jam 10 malam. Menurut nelayan di darat, katanya ada amaran ribut dan angin. Sebabtu semua bot diarahkan pulang. 3 bot candat lain sudah mula bergerak menuju ke jeti. Tapi bot kami masih lagi sibuk mencandat. Abang nelayan di bot kami kata nak cuba dapatkan lagi satu sotong, lepastu baru balik. Kami pon ikut jelah. 

Waktu terus berlalu, namun sotong tak juga dapat. Bot kami tak juga bergerak. Setelah hampir satu jam dari waktu call time, barulah bot kami mula bergerak menuju ke jeti. Ketika itu, memang sudah terlambat sangat, dan hujan mula turun dengan lebat dan angin bertiup cukup kencang. Bot kami terpaksa berhenti di tengah-tengah laut sementara menunggu hujan reda. Agak bahaya kalau teruskan bergerak dalam cuaca sebegitu menurut abang nelayan bot kami. 

Kami semua diarahkan berteduh dalam kabin. Kabin bot pula sangat kecil ruangnya. Bayangkan nak sumbat kami berlapan manusia macam mana. Mujurlah aku berteduh dalam kokpit nakhoda kapal. Jadi selesalah sedikit. Kesian pada dua orang kawan aku tu yang berhimpit-himpit dalam kabin kecil. 


Agak lama juga kami stranded dekat tengah laut tu. Hampir dua jam jugaklah nak tunggu hujan dan angin reda. Itupun belum totally reda, bot kami mula untuk bergerak ke jeti. Bila dah sampai ke jeti, masalah lain pula timbul. Bot kami tak boleh nak berlabuh sebab angin dan hujan sangat lebat. Dekat 10 kali jugaklah bot kami cuba "parking" dekat jeti tu tapi menemui kegagalan. Sampaikan bahagian depan bot kami patah kot terlanggar jeti tu masa cuba nak parking.

Bila dah berjaya parking, kami disuruh naik ke jeti. Keluar je dari kabin, Subhanallah ! Sejuk gila weyh. Menggigil kitorang dibuatnya. Bayangkanlah hujan dengan tiupan anginnya pada jam hampir 1 pagi. Lepas dah sampai jeti, kena mendaki sedikit dan berjalan kaki lebih kurang sejauh 200 meter untuk ke lokasi pengumpulan. Ya Allah sejuk gila !

Sangat-sangat bersyukur bila sampai di lokasi pengumpulan. Rakan-rakan kami yang lain setia menunggu di situ menanti ketibaan kami. Dorang dah sampai situ jam 10 lebih, kami bot candat nombor 2, jam 12 lebih baru sampai. Bayangkan beza jurang masa tu macam mana. Nak tak nak, yang lain tu memang kena tunggu juga kami sampai, sebab kitorang kena naik satu lagi bot untuk balik ke hotel tempat kami menginap. Hujan masih lagi turun, sejuk dia sangat tak boleh bawa bincang. Bot untuk ke hotel dah nak tiba, jadinya kami kena berjalan kaki lagi untuk 200 meter pergi ke jeti lagi satu. 


Setelah hampir 20 minit di atas bot, akhirnya jam yang hampir menunjukkan jam 2 pagi, kami sampai ke hotel. Setibanya kami di hotel, kami disajikan dengan makan malam yang tertunda akibat stranded di tengah laut. Terima kasih sangat buat pihak Arwana Resort Pulau Perhentian sebab sediakan dan simpankan makanan untuk kami yang terkandas nie. Menunggu kami tiba sampai jam 2 pagi. Memang lapar teramat sangat masa tu dan rasa letih gila. Sampai bilik hotel, mandi-mandi terus terbongkang tak ingat apa. 

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kalau ada lagi peluang untuk mencandat di masa akan datang, memang aku akan join lagi. Seronok ! Terima kasih buat Gaya Travel di atas peluang dan pengalaman yang cukup bermakna ini. 

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti candat sotong di perairan Negeri Terengganu ini, bolehlah cuba hubungi nombor di butiran yang berikut :

Persatuan Nelayan Daerah Marang 
019 - 929 6066 (En. Sulong)

Harga pula dikira satu bot candat. Apa-apa maklumat pasal mencandat sotong, boleh terus tanya di nombor tu ya.

20 comments:

  1. Pengalaman yang sangat berharga kan

    ReplyDelete
  2. Haha lucu bila igt yg kami ni dok risau la tp bila blk tgk semua yg gi gelak gembira ketawa je haha..

    ReplyDelete
  3. Memang satu pengalaman yang menarik.. Lagi-lagi pengalaman terkandas di lautan. Mesti banyak perasaan bersatu ketika itu.

    ReplyDelete
  4. Teringin sangat nak buat benda-benda baru ni. Tak petnah mencandat. Teringin nak cuba. Boleh plan awal-awal ni

    ReplyDelete
  5. wah berkesan ke ubat tu? kite dulu gn abam2 jpam sekali kiok mabuk laut. dah telan banyak kot ubat tu. tapi org ckp once dh muntah terus ok. hahahaha aiyoooo pening weh tapi best! teringin nak gi lgi. btw berapa harga satu kapal tu eh

    ReplyDelete
  6. Ini sepertinya seru sekali yaa. Jadi pengen mencoba nih. Udah beres mancing langsung makan. Wihhh mantaap.

    ReplyDelete
  7. Kalau orang macam saya ni, memang tak boleh la. Tak sanggup nak tunggu berjam-jam.

    ReplyDelete
  8. Fuhh kenangan mencandat ni best. Serius best. Akak dulu dapat boat dengan pakcik yang ada dapur atas boat dia. Lepas candat. Dia masak maggie kari dengan sotong akak tangkap tu. Satu boat dalam 6 org. Bayangkan. Makan beramai-ramai. Best sangat.

    ReplyDelete
  9. Wah... Seronok nya dapat explore rasa pengalaman candat sotong. Bukan semua orang mampu dan berani berada di tengah² laut. Tahniah! Jommm next time teman kak nina pulak eh.. Hehee

    ReplyDelete
  10. Uittt bestnyaa...haritu pestime ikut Suami memancing dah gian dah...ni kan plak kalau dapat mencandat, ada Sis ko taknak turun laut kang hehehehe..
    Bukan senang tau nak dapat pengalaman macam ni kan...the real sotong!

    ReplyDelete
  11. Baca entri kali ni memang refresh balik my memori back in 2010.. Tapi masa tue kami punya trip kinda late.. Sampai 2 3 pagi baru balik ke darat... Rasanya semua excited kot masa tue...

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat pengalaman macam ni.. Mungkin seram juga sebb naik bot kan.. Dengan keadaan cuaca waktu malam.. Tapi ni la pengalaman berharga.. Bila lagi nak mencadat sotong kan

    ReplyDelete
  13. Bestnya mwncadat sotong. Mesti banyak hasil dapatkan. Makan fresh2 nng terbaik .

    ReplyDelete
  14. takut yer baca pengalaman stranded tengah laut time hujan. mujur selamat juga sampai ke darat. wishlist gak nak g mencandat, ada rezeki nak pergi jugak lah

    ReplyDelete
  15. Bestnya dpt peluang mencandat sotong. Tak semua mampu tahan tgh2 laut tu kan. Lagi2 yg kuat mabuk. One day bila anak2 dh besar nak juga merasa mencandat sotong ni. Nampak seronok je tu.

    ReplyDelete
  16. This is a really great experience!my husband also has motion sickness and nd to tk pill!

    ReplyDelete
  17. Wah! Menarik baca pengalaman Zharif.. tulah patut nelayan tu ikut je perintah untuk kembali ke daratan selepas diberitahu keadaan cuaca tu. Klu Kak Fas memang tak berani ke laut apatah lagi tak pandai berenang. Teringat pula pengalaman Kak Fas menaiki bot feri penumpang merentas lautan Inggeris dari London ke Paris, memang rasa mabuk. Tahniah Zharif kerana berani dan tak rasa serik.

    ReplyDelete
  18. seronok tengok korang mencandat sotong.. TB suka makan sotong tapi kalau suruh mencandat sotong.. memang TB la orang paling last mengaku nak iktu mencandat.. hahahaha.. geli kalau yang hidup2 tu.. hahaha

    ReplyDelete
  19. Bang saya minta izin ambil pengalaman abang ni untuk karangan saya ye! Tqqqqq

    ReplyDelete
  20. Yeala..korang mmg seronok.. kite org pekerja ni yg sakit.. duk tunggu sampai 2 pagi.. dah makan Korang boleh balik bilik hotel terus tido..kami ni..? kene la kemas semula basuh bagai pukul 3-4 pagi baru selesai n baru boleh balik kerja..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...