Thursday, October 8, 2020

Membeli Sambil Menderma dengan Beras Ashraffi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau kita rasa diri kita susah, sebenarnya ramai lagi di luar sana yang lebih susah daripada kita. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersyukur, adanya bumbung untuk berteduh, baju untuk dipakai, dan makanan di atas meja. Tak semua orang mampu atau ada apa yang kita ada.


Tambahan pula dalam era pandemik koronavirus ini, ramai hilang sumber pendapatan, hilang mata pencarian. Ibarat hidup kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Untuk mereka yang masih mampu hidup dan serba serbi cukup dalam masa yang mencabar ini, alangkah baiknya kalau kita dapat membantu dan menghulur sedikit bantuan kepada mereka yang susah di luar sana. 

Bersedekah atau menderma ini ada pelbagai bentuk. Banyak saluran dan cara kita boleh menderma. Salah satunya dengan membeli sambil menderma. Yang mana hasil pembelian kita itu tadi, beberapa peratus daripada hasil itu disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Begitulah yang diaplikasikan oleh produk beras tempatan Muslim yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu iaitu Beras Ashraffi.


Dengan menggunakan slogan "Suci, Berkualiti dan Sedap Dinikmati", ia telah selamat dilancarkan 3 Oktober yang lalu. Ustaz Dr Mohd Ashraf Bin Suarin berhasrat untuk mengeluarkan produk beras ini kerana tuntutan fardu kifayah yang mana membolehkan masyarakat Muslim khususnya untuk mendapatkan makanan ruji yang halal, bersih tanpa diragui. 


Untuk pengetahuan semua, Ustaz Dr Mohd Ashraf juga merupakan seorang pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Quran (PMTHQ) yang terletak di Tanjong Karang. Sekolah tahfiz ini telah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi. PMTHQ merupakan institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan Al-Quran dan sebagai pegangan dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. PMTHQ ini juga berkolaborasi dengan Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi membantu pelajar untuk memiliki ilmu dalam bidang kemahiran.

Beliau banyak menaja untuk program-program CSR seperti program Yadul Ulya yang mendekati masyarakat Orang Asli di Genting Peras dan banyak membantu asnaf miskin di kawasan Sungai Besar. Produk Beras Ashraffi dikeluarkan juga bagi menampung pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz di PMTHQ yang kebanyakkannya merupakan anak yatim dan asnaf. Selain itu, melalui penelitian yang rapi, kurangnya pengeluar beras produk Muslim bumiputera di pasaran tempatan. Oleh itu, dengan adanya produk beras Ashraffi ini, sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Muslim di luar sana untuk mendapatkan beras yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.


Beras Ashraffi ini mendapat kerjasama Enigma Food Technology di mana mereka membantu dalam mengurus, memproses, membungkus, mengedar dan mengiklankan produk Beras Ashraffi. Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Eby Yus, merupakan salah seorang daripada penyelaras projek untuk menjyakan projek Beras Ashraffi.

Boleh dapatkan Beras Ashraffi di Pondok Souq yang memasarkan 100 peratus produk bumiputera Islam. Terdapat makanan sejuk beku, segar dan halal dijual di sini. Pengunjung boleh mendapatkan hampir kesemua barangan keperluan harian, ubat-ubatan, pakaian dan juga koleksi minyak wangi. 

Lokasi : Sebelah Mawarda Tom Yam Bukit Kapar Klang
Waktu Operasi : 9.30 Pagi - 10.30 Malam


Selain itu juga, Beras Ashraffi boleh dipasarkan di lebih 70 buah kedai runcit di sekitar Klang Valley. Harganya sangatlah berpatutan. Berikut merupakan butiran harga Beras Ashraffi :

Harga Beras Putih :
1KG : RM 4
5KG : RM 20
10KG : RM 40

Harga Beras Basmathi Pusa :
1KG : RM 14
5KG : RM 70


Cepat dapatkan Beras Ashraffi di pasaraya berdekatan anda sekarang atau boleh dapatkan di atas talian .


Info lanjut mengenai Beras Ashraffi atau mengenai Pusat Motivasi Tahfiz Hamlatul Quran, boleh ke laman sosial mereka di pautan yang berikut :


17 comments:

  1. InsyaAllah nanti boleh nak order yang basmathi tu ....sambil membeli sambil menderma sebenarnya bagus sangat , yang penting kita ikhlas ....semoga allah menerima sedekah kita dan memberkati hidup kita semua

    ReplyDelete
  2. Bagus ek sebab menderma sekali time beli beras. Orang kata alang2 dah beli beras elok la kita menderma sekali l..kongsi rezeki buat mereka yg tak berkemampuan

    ReplyDelete
  3. Terbaik, satu kaedah mendapat pahala dengan mudah. Terlihat ada kumpulan HIJJAZ dan Persatuan Pengguna ISLAM Malaysia turun support produk ini . Inilah terbaik ~

    ReplyDelete
  4. wow a new rice brand for us to choose from. I like the packaging seems very exclusive. Thanks for sharing this info

    ReplyDelete
  5. Waahhh.. kat shopee pun ada beras ni..lg senang laa nk dapatkan 😊

    ReplyDelete
  6. Will give this product a try, to show support. Sambil membeli, sambil menderma.

    ReplyDelete
  7. ada jual dekat shopee nanti nak cubalah, senanglah gitu ada jual online. thanks info zhariff

    ReplyDelete
  8. Beras jenama baru ke ni? Maaf baru 1st time dengar. Tapi menarik ubtuk dicuba. Bagusnya inisiatif yang dianjurkan, membeli sambil menderma.

    ReplyDelete
  9. Bestnya sambil membeli dapat beramal ni bro.. Okay will suggest this brand kat my friends juga la..

    ReplyDelete
  10. Jarang ada beras nama muslim macam ni kann..selalu makan ikut jenama ajee..
    Tapi Sis suka plak, sebab rumah Sis pun makan beras mrasmathi... nanti boleh cuba ..

    ReplyDelete
  11. bagus betol pendekatan yang ustaz ni buat. sambil beli beras dapat membantu dengan menderma secara tak sedar. nanti boleh la cuba cari beras Ashraffi kalau ada kat kedai .

    ReplyDelete
  12. Bagus initiative ni boleh membeli sambil memderma, now consumer have more choices when it comes to rice.

    ReplyDelete
  13. Bagus bila kita boleh membeli sambil menderma. Moga lebih ramai yg dapat manfaatnya

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.Lepas ni bolehlah cari beras ni dan guna untuk kegunaan harian. Satu inisiatif terbaik ! :)

    ReplyDelete
  15. Beras Basmathi selalu makan kat luar... Maybe nanti try bli Basmathi Ashraffi ni... lagipun sambil sambil menderma kan... bagus sangat...

    ReplyDelete
  16. membeli sambil menderma, harga pun berpatutan, thumbs up!

    ReplyDelete
  17. beras keluaran melayu, harus dicuba ni. sambil makan sambil beramal gitu. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...