Sunday, October 11, 2020

AMAZING MK Kenali Potensi Diri Melalui Imbasan Cap Jari

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebagai seorang graduan psikologi, hal berkenaan menentukan personaliti seseorang melalui set questionnnaire yang kita jawab, merupakan satu perkara biasa dalam kehidupan seorang pelajar psikologi. Antara personality test yang aku cukup minat ialah Myer Briggs Type Indicator (MBTI). Aku pernah mengikuti kursus MBTI sewaktu praktikal di sebuah universiti awam dahulu. Keputusan MBTI yang aku dapat berdasarkan test yang aku ambil, ternyata memberi gambaran yang tepat akan personaliti diri aku. Namun baru-baru ini, aku diperkenalkan satu kaedah baharu yang cukup asing tapi ia mampu menilai personaliti kita berdasarkan cap jari di kedua-dua belah tangan kita. Ikuti butirannya !



Siapa sangka, cap jari di tangan kita ini mampu membaca personaliti kita yang mampu membuatkan kita kenal akan potensi diri. Hal ini amat mengejutkan buat diri aku kerana perkara seperti ini tidak pernah aku dengar sewaktu aku belajar dahulu. Sejauh mana kesahihan kaedah ini ? Aku tidak pasti. Yang pasti, ia sangatlah menarik untuk dikenali. 



Kaedah ini diberi nama AMAZING MK. Pasti ramai tertanya-tanya, apa itu MK ? Yang pasti bukan MK Clique ya. Awasss. MK merupakan singkatan kepada Mesin Kecerdasan. Setiap manusia mempunyai mesin kecerdasan. Namun ia tidak terhad kepada satu mesin kecerdasan untuk satu individu. Boleh jadi, satu individu mempunyai lebih dari satu mesin kecerdasan. Yang membezakan ia ialah, mesin kecerdasan mana yang lebih dominan berbanding mesin kecerdasan yang lain. Itu yang akan membezakan dan menentukan potensi diri seseorang itu. 


Terdapat 5 mesin kecerdasan yang diperkenalkan, iaitu :

  1. Sensing
  2. Thinking
  3. Intuiting
  4. Instinct 
  5. Feeling


5 Mesin Kecerdasan


Setiap mesin kecerdasan ini mempunyai potensi diri yang berbeza. Dan setiap daripada ini terdapat kebaikan dan kelemahannya. Oleh itu, alangkah bagusnya sekiranya kita, sedar dan ambil peduli apa mesin kecerdasan kita supaya kita dapat perbaiki dan bekerja menggunakan keupayaan maksima kita berdasarkan mesin kecerdasan itu tadi. 


Amazing MK merupakan agensi yang menawarkan perkhidmatan motivasi menggunakan kaedah ini. Menurut mereka, kaedah ini sudah cukup dikenali di Indonesia, namun di Malaysia, kaedah ini masih lagi asing. Oleh itu, mereka menjadi pelopor yang mengetengahkan kenali potensi diri dengan menggunakan imbasan cap jari ini. Sangat menarik !


Kenali potensi diri dengan imbasan cap jari


Seminar yang mereka adakan menampilkan fokus yang berbeza, iaitu potensi diri dalam perniagaan, potensi diri dalam pengurusan kewangan dan juga potensi diri dalam saham. Setiap seminar yang mereka adakan akan memfokuskan satu potensi diri. Peserta akan mengimbas cap jari mereka menggunakan mesin khas, selepas itu, ia akan dikira oleh sistem secara automatik dan menyatakan apa mesin kecerdasan seseorang itu. 


Seminar Amazing MK yang sempat diadakan sebelum berkuatkuasanya PKP


Aku belum pernah turut serta lagi seminar ini namun berasa sedikit teruja kerana akan turut serta seminar mereka pada hujung bulan ini. Tak sabar nak pergi nanti untuk buat imbasan cap jari dan kenali potensi diri. Kalau anda juga berminat dengan seminar Amazing MK ini, korang boleh lihat butiran seminar ini di Facebook rasmi mereka : AMAZING MK


Pertemuan bersama orang kuat disebalik Amazing MK


13 comments:

  1. wah..menarik la. tak pernah tahu pula boleh kenali diri dengan cap jari. seram plak nak cuba..takut takleh terima kenyataan pasal diri sendiri.haha

    ReplyDelete
  2. Actually sangat interesting bila dpt tau ilmu2 yg macam ni. Kak min sendiri teringin dan berminat nak tau lanjut mengenai cap jari sendiri hehe

    ReplyDelete
  3. Menarik tu sebab direct dari jari kita sendiri. Biasa guna untuk ic n finger print phone hehe. Ada jugak ye kaedah lain

    ReplyDelete
  4. First time dengar seminar macam ni. interesting seminar untuk kenali potensi diri sendiri. thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Tak sabarnya nak mengetahui potensi diri. Nanti bawa Rawlins sekali ye untuk bengkel nie ye. At least bila dah tahu, kita boleh menambahbaik kekurangan diri kan

    ReplyDelete
  6. Agaknya kalau test tapak tangan Sis, yang mana satu dia keluar ek... bagus juga kan, supaya beri keyakinan pada diri sendiri dan juga jangan mudah putus asa.. menarik ni..

    ReplyDelete
  7. Bestnya seminar ni sebab boleh ketahui diri dengan lebih lanjut. Kekuatan dan kelemah diri ini yang mungkin tak disedari sebelum ni.. Lebih baik focus on kekuatan dari kelemahan (of course kena perbaiki). Okay nak check out MK ni skrg juga...

    ReplyDelete
  8. Teknologi zaman sekarang lebih canggih kan. Siap pakai pengimbas jari macam kat JPN haaaa. Bila dah tahu potensi diri, selalunya mereka akan lebih bersemangat.

    ReplyDelete
  9. Awasss kalau pergi seminar ni tak ajak kita heheheh nak juga tahu kita ni dalam golongan mana kan wakakaka best excited bila kita dengar tentang seminar ni belum lagi cuba sendiri heheheh nak buat ujian cap jari tu..

    ReplyDelete
  10. Wah this is amazing, nanti sis nak test juga. Mana tau ada bakat and potensi terpendam.

    ReplyDelete
  11. Baru tau pasal program ni.. Bgusnya bolehbkenali diri dari jari kita je erk.. Menakjubkan.. Mesti bgus program ni. Kalau tak knp ade org join kan

    ReplyDelete
  12. wah menariknya. ah betul lah kan, setiap cap jari orang berbeza-beza. unik betul cara imbasan potensi diri guna cap jari ni.

    ReplyDelete
  13. uish menarik kaedah amazing mk untuk tahu pottensi diri..teringin jugak nak check diri ciktom...kot2 ada bakat terpendam tak tahu selama ni..hee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...