Wednesday, February 7, 2018

Melaka Tropical Fruit Farm, Sg Udang Melaka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 26 January yang lalu, aku berkesempatan berkunjung ke Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) yang terletak di Sungai Udang, Melaka. Satu lagi destinasi yang aku tak pernah lawati sebelum nie. Alhamdulillah diberi kesempatan berkunjung ke tempat ini. MTFF merupakan satu tempat di mana pengunjung berpeluang untuk memetik pelbagai buah-buahan tempatan yang terdapat di sini.


Antaranya ialah durian, kedondong, mangga, rambutan, rambai, manggis dan macam-macam lagi. Pengunjung berpeluang alami sendiri bagaimana nikmatnya memetik buah-buahan daripada pokoknya sendiri instead of beli di pasar-pasar malam. Ternyata pengalaman ini memang sangat menyeronokkan ! Segar dari ladang katanya.

Sebaik sahaja kami sampai ke sini, kami dijamu dengan durian-durian yang maha enak. Walaupon musim durian dah habis, tetapi pihak MTFF berusaha sedaya upaya mendapatkan buah durian untuk kami. Terima kasih sangat-sangat. Memang mengidam durian sangat aku masa nie.


Since masa tu hari Jumaat, jadi ada sedikit kekangan masa ya. Maklum, yang lelaki kena pi solat Jumaat. Jadi kami hanya meronda-ronda ala kadar sahaja. Full tour kami di MTFF dijalankan pada sebelah petang.


Sebaik selesai solat Jumaat, kami bersiap sedia untuk mengotorkan diri. Aku sangat teruja masa nie sebabnya aktiviti lasak sebegini memang makanan aku. Aku suka sesuatu yang mencabar macam nie.

Wajah-wajah gembira meronda-ronda menaiki trem


Aktiviti yang paling menarik aku lakukan di MTFF nie sudah pastilah bermain futsal bendang. Futsal lumpur ? Tak kesahlah apa pon nama permainan nie. Yang pasti, aku sangat suka ! Ya Allah, best dia tak ingat dunia. Memang fun sangat lakukan aktiviti seperti ini.

Mud futsal : RM 10/pax


Lepastu, sesi mencari belut. Mereka ada sediakan satu tempat khas nie, di mana mereka akan lepaskan beberapa ekor belut, dan kami kena masuk dalam tempat tu dan cuba tangkap belut yang dilepaskan tadi. Seriau gila sebabnya agak geli ye untuk memegang belut nie.

Bila diraba-raba then tersentuh badan belut yang licin tu, pasti korang akan terkejut. Those yang kuat melatah version yang mencarut, mohon jangan lakukan aktiviti ini ya. Hahaha 😂


Kadang tak pegang pon belut tu, tapi disebabkan overthinking, jadi semua benda yang kita terpegang kita akan fikir itulah belut dan secara automatik akan terkejut. Terkejut bukan sebab apa pon, terkejut sebab geli memikirkan badan belut.

Tapi aktiviti nie best gila ! Menguji keberanian kita dan sejauh mana tahap mencarut kita. Hahaha

Then kami membersihkan diri di parit yang mempunyai arus mengalir. Agak dalam ya parit ini. Ku sangkakan cetek, sekali ya ampun. Hampir ke paras punggung aku kedalaman parit nie. Boleh nampak lah betapa kotornya kami, sampaikan arus yang mengalir itu berubah warna.


Kami terus sambung jelajah MTFF nie menggunakan trem. Kami menjelajah sekitar MTFF dan diperkenalkan dengan tanaman-tanaman yang ada di sini. Mulanya kami singgah di tempat penternakan burung puyuh.


Apa yang menariknya, spesis burung puyuh yang diimport dari negara somewhere, aku tak ingat negara mana, burung puyuh jenis ini tidak memerlukan puyuh jantan untuk membuntingkan puyuh betina bertelur. Burung puyuh betina akan bertelur dengan sendirinya setiap berapa jam entah. Aku sangat terkesima mendengar fakta ini. No wonder lah penghasilan telur burung puyuh banyak dan mampu memenuhi permintaan di pasaran.


Then kami sambung jelajah MTFF dengan melawat tanaman-tanaman yang terdapat di sini. Sehinggalah kami tiba di satu bahagian di mana mereka menanam pokok kayu manis. Pernah dengar nama kayu manis atau dalam bahasa mat salleh nya ialah cinnamon ?

Mereka memotong sedikit bahagian pokok dan kami diberi peluang untuk bau hirisan kayu pokok tersebut. Eh memang betul bau kayu manis. Of course lah bau kayu manis, takkan bau durian kot. Menurut beliau, untuk terhasilnya kayu manis, cebisan pokok yang dipotong tadi perlu melalui proses pengeringan terlebih dahulu sebelum ia menjadi salah satu rempah yang tidak asing lagi penggunaannya di Malaysia ini.


Pokok burung bertenggek ? Aku tak ingat apa nama dia. Kami berpeluang makan pucuk muda pokok ini. Rasa dia macam ulam raja. Kalau cicah sambal belacan nie mesti sedap !


Sebaik sahaja selesai melawat kawasan sekitar, kami meneruskan aktiviti yang agak mencabar, iaitu mendaki bukit menyusuri hutan. Agak mencabar kerana kami tidak berkasut sukan, hanya menggunakan selipar sahaja untuk meredah hutan. Ko mampu ?

Jungle Trekking : RM 10/pax


Bentuk muka bumi yang curam sekejap menaik dan menurun sangat memberi cabaran buat kami. Malah kami kena menyusuri dua aliran sungai dan laluan yang berlumpur dalam. Kami juga difahamkan, trek yang kami lalui itu sejauh 15 km. Phewww ! Patutlah rasa macam bila lah nak sampai ke penghujungnya nie. Memang penat dan berlecak ketiak.


Sebaik sahaja selesai menyusuri hutan sepanjang 15km itu, kami diberi peluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan yang ada di MTFF nie. Antaranya ialah burung kasuari, rusa, lembu dan macam-macam lagi. Boleh saksikan di video, detik memberi makan kepada haiwan-haiwan di sini.


Sejurus selepas itu, kami berpeluang ke tempat pembiakan ikan keli. Rupanya mudah je nak biak ikan keli. No wonder lah stok ikan keli di pasaran tak pernah habis atau kurang, sebabnya nak biakkan ikan keli semudah ABC.


Si keli betina akan disuntik dengan suntikan hormon something supaya ia bertelur. Dalam masa 6 jam (kalau tak silap), keli tadi sedia untuk dikeluarkan telurnya dan disenyawakan dengan air mani keli jantan. Agak malang nasib keli jantan kerana, ikan keli jantan akan dibunuh (dijadikan makanan) untuk dapatkan "kantung" air mani bagi mensenyawakan telur-telur dari keli betina tadi. Once kantung air mani dikeluarkan, kantung itu digunting kecil-kecil supaya proses keluarkan air mani dalam kantung tadi tu mudah. Bila dapat je hasil air mani, air mani itu tadi akan dimasukkan ke bekas yang terdapatnya telur-telur keli tadi. Lepastu digaul sebati, dan dilepaskan di dalam kolam yang disediakan. Tak lama lepas itu, baby keli akan terhasil. Mudah je prosesnya.

Flying Fox : RM 15/pax

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti flying fox di sini. Flying fox tu akan menyusuri tasik buatan yang terdapat di MTFF. But no worries, korang takkan tercecah air tasik tu, just menyusuri atas tasik tu je. Serious best gila.

Selain itu, korang boleh melakukan aktiviti yang dipanggil water confident, di mana korang akan diberi peluang untuk terjun dalam tasik tersebut, dengan memakai jaket keselamatan of course. Dan cuba mengapungkan diri untuk beberapa minit. Aktiviti ini bagi meningkatkan keyakinan mereka-mereka yang takut akan air.

Water Confident : RM 10/pax
Canoeing : RM 15/pax

Then, kami kena bina satu "kapal" yang boleh memuatkan hampir 10 orang. Sebaik sahaja kapal tersebut siap, kami pon naik kapal tu dan melakukan satu rondaan di tasik tersebut. Penat lah jugak nak mendayung, tapi nasib baik aku duduk tengah, so tak perlu mendayung. Hihi


Pada belah malam, kami mengadakan BBQ kecil-kecilan. Masak ikan keli jantan yang kami ambil "kantung" air maninya siang tadi. Sedap-sedap menu BBQ yang MTFF sediakan untuk kami pada malam tu.


Sebaik sahaja selepas makan malam, kami main bola berapi. Agak seriau ye bermain bola berapi nie. Mana tak seriau oi, berapi kot. Bola berapi nie merupakan kelapa tua yang dibuang kulitnya dan ditinggalkan sabutnya sahaja. Lalu dicelup dengan minyak tanah dan dinyalakan api. Maka jadilah bola berapi.

Menurut mereka, naik main permainan bola berapi nie kena confident dan jangan fikir panjang. Tendang sahaja dan anda takkan rasa panas itu. Memang betul ! Just tendang macam biasa. Tak ada rasa apa-apa. Tapi lepastu habis tapak kaki hitam legam. Nak main benda nie kena tanggal selipar. Hihi

Jelajah MTFF menaiki Trem  


Korang juga boleh menginap di MTFF dengan harga semalam yang amat berpatutan. Nak bercamping boleh, nak stay dekat hostel atau chalet pon boleh. Pokoknya, terdapat banyak jenis tempat penginapan dalam MTFF nie dan harganya sangat berpatutan. Di MTFF, dorang ada banyak pakej-pakej harga (accomodation + activities + meal). Jadi kalau nak senaraikan satu persatu payah lah dik non. Kalau korang nak tahu lebih detail mengenai harga, boleh dapatkan detailnya seperti di bawah :

MELAKA TROPICAL FRUIT FARM SDN. BHD

D/A Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang,
76300 Sungai Udang, Melaka Bandaraya Bersejarah


Email : mtff_melaka@yahoo.com / liza.mtff@yahoo.com.my
Tel : 06-351 6916
Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM


Tiket masuk (tanpa menaiki trem) :

Dewasa : RM 7
Kanak-kanak : RM 5

Tiket masuk (menaiki trem) :

Dewasa : RM 15.90
Kanak-kanak : RM 10.60

Unlimited petik buah (with durian) : RM 60
Unlimited petik buah (without durian) : RM 40

Kalau korang nak makan durian, silalah datang pada musimnya ya. Jangan datang pada bukan musimnya, kempunan nanti. Kat MTFF terdapat pelbagai jenis pokok durian. Cuma durian jenis musang king sahaja tiada.

Durian jenis lain insyaAllah ada. So jangan lepaskan peluang ini !


Jangan lupa singgah ke Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) yang terletak di Sg Udang sekiranya anda bertandang ke negeri Melaka ya. Tempat yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama dan boleh dijadikan option untuk destinasi camp building atau yang sewaktu dengannya.

Enjoy video nie ya. Ini rakaman yang sempat aku rakam sepanjang lawatan aku ke MTFF

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

30 comments:

  1. best bab makan buah jela, yang lain xberani hahah.. takut pacat n takut benda lembik sekian,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah ! Tak tahu mana datang kekuatan untuk mencuba tu. Hahaha

      Delete
  2. giler banyak aktiviti kat sini..best gilerr..yang main futsal dlm lopak air dan cari belut tu mesti happening..kecoh kan hahaha..nti boleh jd wish list bila datang ke melaka

    ReplyDelete
  3. Ya Ampun , seronoknya dapat join trio camni dude. Dari awal dah dapat makan durian pula tu. Best part nya main lumpur. Ok faham part asyik terkejut dengan belut tu , tak leh bayang if i was there. Mau menjerit - jerit. Jungle trekking tu mesti seronok habis. Best gila la semua aktiviti dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xper ! Even terpegang benda lain rasa mcm terpegang belut. Memang terjerit-jerit dibuatnya. hahahaha

      Delete
  4. Duriannnnn.. Zaza mmg hantu duriann.. Lepas ni nak ikut lah jalan2 buat aktiviti mcm ni.. Boleh tak hehe

    ReplyDelete
  5. huaaaa bestnyaa durian. Terus rasa mengidam nak makan durian. banyak juga aktiviti yang boleh dibuat dekat sini.

    ReplyDelete
  6. wah trip ni ke mana lagi, memang dengan bloggers yang sama ke ? atau 1 hari melawat banyak banyak tempat ? apa pun durian tu nampak sedap pula ! hope you had fun visiting Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Syafiera. Bloggers yg sama. Kali nie ke Selatan Johor pulak. Nanti bawa family datang MTFF ya =)

      Delete
  7. Nak pergi fruit farm ni... banyak nya fruits to choose from!

    ReplyDelete
  8. Durian tu nampak mengancam....eiiii idak la akak nak masuk situ tangkap belut. Geliiiiii....hehehe...Berani jugak awak ye?. Naik trem tu memang menarik la Zharif....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon geli tapi sebab sy nie keinginan untuk mencuba tu tinggi, jadi redah je. Lagipula bila lagi kan nak rasa pengalaman seperti ini.

      Delete
  9. Looks like a fun outing for everyone. I'm sure my children will love this too.

    ReplyDelete
  10. Bestnya durian weyhh, haha. Dah lama teringin nak makan durian. Since 2017 lagi ha. Tapi kat kl ni tak reti la nak beli durian. Kalau kat kampung selalu ayah yang belikan, kita tinggal makan je. Ni kalau pi kedai memang emi tak reti nak beli durian unless kalau ada yang dah diasingkan kulit sesiap.

    ReplyDelete
  11. Fuhhh nampak seronok. Teringat zaman muda mudi pi trip gini. Sekarang mak dah tak larat dah. Hahaha. Enjoy k. Akak suka baca blog KO. Gambar cantik dan informasi lengkap!

    ReplyDelete
  12. Sodapnye nampak durian tu ha... gambar first pon dah mengancam. Tapi seronok dalat join aktiviti macam tu.

    ReplyDelete
  13. best kan dpt join trip fun macam ni.. banyak aktiviti plak tu

    ReplyDelete
  14. Mesti fun and enjoy habis dapat jalan dengan kawan kawan satu kepala camtu. Aktiviti do sini pun banyak. Durian tu yg best.

    ReplyDelete
  15. memang best dapat buat aktiviti mcm nie dan tempat pun sesuai sgt untuk team building dan aktiviti lasak. nice!

    ReplyDelete
  16. Ok. Rawlins nak join semua kecuali tangkap keli sebab sangat penggeli dengan keli. Haha. Takut tercarut versi 18SX je.

    ReplyDelete
  17. wow
    nampak menarik
    tapi paling menarik ialah durian tu
    hahaha

    ReplyDelete
  18. wah.. macam-macam aktiviti Zharif dah join.. dasyat-dasyat lak tu.. suka baca entri travelogue zharif.. boleh buat kami yang tengok ni jeles semangkuk tau! alangkah bestnya kalau dapat join.. hahaha..

    ReplyDelete
  19. Yeah! Definitely a must visit here, am really impressed with the variety of activities :)
    The fire 🔥 ball ⚽️ especially 👀😃👍🏻
    Cheers, Sienny

    ReplyDelete
  20. alamak.. durain tu best. Tak tahu melaka da tropical fruit farm.
    bleh masuk dalam tempat wajib pergi bila ke Melaka ni

    ReplyDelete
  21. OMG!!! I want to go to durian farm also. You all had so much fun there.

    ReplyDelete
  22. Macam2 aksi sponton di MTFF.. aktiviti yang terdapat di sini bagus untuk team building!

    ReplyDelete
  23. This looks like it was so much fun! You looked like you had a great experience there as well :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...