Saturday, February 24, 2018

Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi Johor Tempat Wajib Dilawati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau hari tu aku ada update pasal Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF), kali nie aku berada di Desaru Fruit Farm pula yang terletak di Kota Tinggi Johor. Aku ingat Desaru Fruit Farm (DFF) nie lebih kurang macam MTFF tu, rupa-rupanya berbeza sekali yer. Yang pasti, DFF memberi aku satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Mari ikuti kisahnya !


Aku sangka, datang sini untuk petik-petik buah macam di MTFF, rupa-rupanya tak perlu. Apa yang menarik di sini ialah pengunjung berpeluang untuk menikmati hidangan di restoran yang terdapat di DFF.

Mari aku sajikan korang dengan hidangan-hidangan yang dihidangkan kepada kami pada tengahari itu. Sumpah lain dari yang lain sebabnya, semua menu dimasak bersama buah-buahan. Unik kan ?


Papaya Red Dates Chicken. Kerabu betik bersama ayam yang diracik-racik halus bersama buah kurma. Terbaik ! Sangat unik rasa hidangan ini. Rangup dan manis.



Ayam masak buah markisa. Ko rasa ? Pertama kali aku dengar kombinasi buah markisa dalam masakan. Tak sangka kombinasi ini melahirkan satu hidangan yang unik dan sedap. Recommended !


Udang masak nanas. Ala-ala masakan masam manis 3 rasa tu, cuma beza dia yang nie tiada kuah merah. Ditumiskan sahaja bersama nanas.


Pisang muda masak lemak kalau tak silap nama hidangan nie. Kalau hidangan nie, pernah lah juga aku cuba sebelum nie. Kalau korang yang tak pernah cuba tu, boleh jadikan hidangan ini salah satu pilihan. 


Sotong goreng tepung. Selain udang, sotong juga merupakan salah satu makanan kegemaran aku. Ko hidanglah sotong masak apa sekalipon, aku pasti akan makan dan cakap sedap. Hahaha


Asam pedas ikan pari. Perlukah lagi aku terangkan kesedapan asam pedas ikan pari ? Aku rasa semua orang tahu betapa sedapnya asam pedas ikan pari. Regardless lah di restoran mana sekalipon. 



Ini sup berkhasiat. Sup tongkat ali. Tapi malangnya, aku tak berapa menggemari rasa sup ini. Tak kena dengan tekak.


Selain itu kami dijamu dengan pelbagai buah-buahan tempatan yang ditanam di dalam Desaru Fruit Farm ini. Manis dan ranum sungguh hasil buah-buahan di sini.


Buah kegemaranku haruslah buah markisa dan juga jambu air. Nie kalau dekat pasaran, harga dia mahal kot. Memang time nie aku makan tak ingat dunia. Makan sebanyak yang boleh. Puas hati betul ! 



Selepas kenyang, kami dibawa meronda-ronda kawasan sekitar Desaru Fruit Farm ini dengan ATV. Aku memang suka gila naik ATV nie, rasa best sangat. Kalau sebelum nie, dapat bawa sekejap je. Tapi masa di DFF, dapat bawa lama. Mana tak nya, satu tempat tu kami tawaf.



Kami akan berhenti di beberapa check point untuk sesi bergambar dan sesi memperkenalkan tanaman yang terdapat di sekitar itu. Luas sungguh kawasan dalam nie. Macam-macam pokok buah ada. 

Enjoy the video



Kalau tengok buah-buah yang dihidangkan pada kami tu rasa dah banyak, tapi sebenarnya ada banyak lagi buah yang ditanam di sini. Cumanya bukan musim pokok itu berbuah.



Di sini juga dorang ada hasilkan produk keluaran sendiri. Antaranya ialah kuih kapit. Selalu kita jumpa perisa coklat, peanut butter dan pandan. Tapi kat sini, kuih kapit yang dihasilkan berperisa buah-buahan. Unik kan ?


Serious rasa dia sedap. Aku paling suka kuih kapit berperisa durian. Berkali-kali jugak ambik tester dia. Hahahaha. Kalau korang berpeluang datang ke sini, jangan lupa beli kuih kapit yang dijual di sini okay ?


Di sini juga mereka ada menghasilkan madu. Dan telah dipaketkan ke dalam beberapa saiz botol. Jadi bolehlah pilih saiz mana yang berkenan. Antara madu yang ada ialah madu kelulut, madu hutan dan madu tualang.


Atau, korang nak beli buah-buahan untuk dibawa pulang, juga dijual di sini di pintu masuk.

DESARU FRUIT FARM

Sungai Cemaran, Desaru
81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Waze : Desaru Fruit Farm

Dibuka setiap hari, termasuk cuti umum
Jam 8.30 AM - 6.00 PM

Tel : 07-822 5886 / 07-822 3866

Email : sales@desaruff.com

Untuk pengetahuan korang, harga makanan dan buah-buahan tempatan di sini dikira ikut pakej yang disediakan. Jadinya, bertambah-tambahlah jimat. Kalau nak menikati buffet buah-buahan beserta dengan makan tengahari, boleh lah consider Combo B tu. Harga dia sangatlah mampu milik !



Jemput datang sini bawa satu keluarga menikmati buah-buahan tempatan yang segar dari ladang.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini

24 comments:

  1. Rose tak oernah ke sana lagi, tapi pantai di Desaru tu pernahlah. Bestnya. Pisang muda masak lemak tu kalau makan nasi boleh bertambah-tambah ni. Hihi. Seronok join aktiviti macam ni. Dapat melihat keunikkan sesebuah tempat.

    ReplyDelete
  2. Sesi ternak lemak memang seronok kalau makan ramai-ramai. Mesti bertambah-tambah.

    ReplyDelete
  3. semua makanan kat atas tu nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Wahhh uniknya menu ia. Gabungan dengan buahan.

    ReplyDelete
  5. Terliurnya tengok makanan oi.. haha

    ReplyDelete
  6. Banyaknyaaaa local fruits kat sana! fuhhhh...kalau dapat Sally pun mmg habis la semua benda..tak pandang dah sup Tongkat Ali ke Udang Nenas ke..hahaha...

    ReplyDelete
  7. Ya ampun zharif, kenapa semua makanan tu kelihatan menggoda iman ku?? Unik sgt menu dia sebab ada buah dalam tu. Ayam masak buah markisa plg menarik perhatian kak ana. Eh tp markisa tu tak masam ke? Kak ana last makan masam ya amat. Boleh cepat lawas lepas tu.

    ReplyDelete
  8. I super excited when comes to fruits. I definitely will visit this place. The food looks nice and delicious too. Do they have Durian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes they do but you need to come during its season. But still, there are a lot of fruits that u can enjoy there besides durian =)

      Delete
  9. Alahai lapa pulak tgk menu dan buah2an tuu. Memang jenis yang suka makan segala buah2an. Saya kena pegi fruit farm ni!

    ReplyDelete
  10. Best dapat naik atv mcm nie sambil tour kawasan hijau dan udara best. Makanan tu cuba sekali dan sedap sesuai yang hantu buah-buahan.sedapppp

    ReplyDelete
  11. Menarik Desaru Fruit Farm ni dengan hidanh buah-buahan yang menyelerakan pulak tu. Yang paling best naik ATV. Harap 1 day dapat peluang pergi sana.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  12. wowww pulasan... bila nampak menu2 yang disajikan, rasa nak masuk dapur masak je sekarang nie..

    ReplyDelete
  13. Wow so much fruits to eat and so much fun you had there. Hope someday I can visit this place with my friends too....

    Rachel

    ReplyDelete
  14. Ini yg seronok kalau jalan2 tempat orang kan...dah lah dapat jalan2 lps tu dapat pulak makan2 sedap. Kalau sis mau lps travel naik badan..hahaha

    ReplyDelete
  15. Ya allah..fresh2 la buah tu semua..zharif bergambar punnlike " selamat dtg ke dusunku" kan..dh macam peladang atau owner dh..semua buah2 kat atas tu fav akak...

    ReplyDelete
  16. wah.. Desary Fruit Farm .. bestnya kalau dapat pi sini.. macam-macam buah ada.. TB suka makan buah-buahan, nak pulak buah-buahan tempatan ni.. adoi.. gigil tengok gambar-gambar atas ni

    ReplyDelete
  17. looks like so much fun. I love fresh fruits

    ReplyDelete
  18. wow.. banyaknya pilihan buah.. memang kenyang tengok ini..

    ReplyDelete
  19. Zharif! kenapa makanan semua yang diatas nampak begitu sedap! Sis tak tahan kecur air liur tau...

    ReplyDelete
  20. Ayam Masak Buah Markisa.... WoW!!! First time dengar.. Tak pernah lagi ke sini.. Akan cuba dipertimbangkan untuk ke sini.. Terima kasih kerana berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  21. Kreatifnya. Buah buahan diaplikasikan dalam masakan. Kalau nanas ke pisang ke nangka ke biasalah kan.nih buah markisa dimasak dengan ayam. Unik sangay.mesti rasanya lagi wow

    ReplyDelete
  22. Okay kalau cakap pasal buah buahan ni. Semua akan dibedal konfem lah. Memang betul betul nak Vitamin hehehe ...

    ReplyDelete